Total Pageviews

Sunday, 1 January 2017

Jus alami hari Sabtu



Jus hari Sabtu



Untuk yang bekerja sudah tentu minggu anda sibuk dengan macam macam perkara. Namun, anda mesti ingat walau bagaimana sibuk pun, anda mesti mengkhaskan hari Sabtu untuk Detox dan Ahad untuk keluarga. Sebenarnya saya tiada istilah untuk menggantikan perkataan Detox jadi saya gunakannya. Maafkan saya..

Yang paling senang adalah dengan buah nenas. Saya pilih nenas kerana ia paling mudah untuk dikupas dan disediakan untuk membuat jus. Mereka juga mengatakan nenas mengandungi Bromelain dan pelbagai enzyme yang boleh menggugurkan sel sel kanser. Kalau nak dibeli produk nenas yang telah diproses dan dipek saya tidak menyetujuinya kerana telah ditambah pengawet kimia selain harganya telah berlipat ganda mahalnya! Juga khasiat nenas yang telah diolah secara kimia lebih susah untuk diserap di dalam usus manusia! 
 
Berbanding jus nenas semulajadi ciptaan Pencipta yang Mahabesar, produk alami lebih mesra usus yakni lebih senang diserap dan kebanyakkannya hampir 100% boleh diserap berbanding dengan produk nenas yang telah diolah secara sintetik.
 
Plastik juga diketahui sebagai penyebab kanser kerana hampir semua plastik mengandungi racun phthalates, dioxin dsbnya! 
 
Justeru, untuk apa apa produk makanan tambahan, lebih baik anda memilih produk dari punca semulajadi walaupun susah sedikit untuk disediakan tetapi untuk jangka panjang terbukti selamat dan sihat untuk anda.

Selain nenas, jika rajin bolehlah guna ubi karot, ubi sengkuang, ubi beet root, buah amrah, buah avocado dan macam macam lagi. Cuma elakkan mengguna sayuran dari kawasan yang diketahui kerap menggunakan racun kerana tahap racun yang ada di permukaannya mungkin tidak mengikut SOP atau standad piawai. Mungkin elok juga anda tanam sendiri sayuran anda, kerana anda dapat beriadah mengeluarkan peluh!

Saya juga menggunakan halia kerana halia adalah salah satu herba yang disebut dalam Quran. Saya tidak dapat membuktikan secara saintifik khasiat herba herba ini kerana bukan bidang saya. Kita perlukan pakar FRIM, pakar Mardi, Jabatan hutan, makmal IMR, ahli kimia, ahli toksikologi dsbnya untuk membuktikan khasiat-khasiatnya. Namun saya percaya Allah menjadikan pokok pokok bukan untuk sia sia tetapi banyak khasiat dan manfaatnya kepada manusia. Syukurlah selalu kepada Allah.




Saya gunakan 3 biji nenas madu pada hari Sabtu. Kaau anda rajin, bolehlah dicampur dengan halia muda. Buang kulitnya dan masukkan ke dalam juicer. Saya pilih Panasonic MJ 70 kerana murah dan mudah mengendalikannya serta senang membasuh serta untuk menyimpannya.

Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah sebelum anda meminumnya. Salawat juga ke atas Rasul2Nya. InshaAllah selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.