KKM sahkan tiada beras plastik dijual di negara ini
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan mengesahkan beras jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati
Rice, NICR.RICE yang didakwa dihasilkan daripada plastik, tidak dijual di
negara ini. Turut mengesahkan perkara itu adalah syarikat Padi Beras Nasional
Berhad (BERNAS) bahawa Malaysia tidak mengimport beras berkenaan. Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata beras yang diimport
ke negara ini kebiasaannya daripada Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana
dimaklumkan oleh BERNAS. "Menurut BERNAS, kesemua beras tersebut diimport
secara pukal dan akan dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan. "Dengan
penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan
di pasaran selamat. "Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan status
keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada
kementerian melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah
terdekat. "Aduan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman
sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM)," katanya dalam kenyataan, hari ini, mengulas isu beras
palsu yang viral di media sosial kebelakangan ini.
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
ISU BERAS PALSU
Kementerian
Kesihatan mengambil maklum isu beras palsu yang menular semula di media sosial
sejak kebelakangan ini. Terbaru, terdapat dakwaan bahawa beberapa jenis beras
dengan jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE adalah beras
palsu yang dihasilkan daripada plastik. Pihak Padi Beras Nasional Berhad
(BERNAS)telah mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras dengan
jenama terbabit. Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas beras yang
dijual di pasaran juga mendapati bahawa jenis beras dengan jenama terbabit yang
didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini. Sepertimana
yang telah dimaklumkan melalui kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan pada 21
Mei 2015, beras yang diimport ke negara ini kebiasaannya adalah daripada negara
Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana dimaklumkan oleh BERNAS. Di samping
itu, menurut BERNAS kesemua beras tersebut diimport secara pukal dan akan
dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan. Dengan penjelasan ini,
orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan
keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran
adalah selamat. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan
sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian
Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah
terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia
26
Januari 2017
Cara
beza beras plastik palsu tiruan dan asli
Negara jiran,
Indonesia dikejutkan dengan penemuan beras plastik (tiruan) atau (palsu) di
pasaran negara itu
Perkara itu
terbongkar selepas pengguna mendapati beras tiruan yang dimasak itu mempunyai
banyak kelainan dengan beras asli atau sebenarnya
Menurut media
tempatan Indonesia, beras tiruan itu dihasilkan menggunakan campuran
kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri lalu diproses
agar sama bentuk dengan beras asli
Komponen bahan kimia
yang terkandung dalam beras plastik (tiruan) adalah bahan biasa yang digunakan
untuk membuat paip dan kabel antaranya seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl
phthalate (BBT), Bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisononyl phthalate
(DNIP) boleh mengakibatkan gangguan pencernaan dan mendapat kanser serta
menjejaskan kesihatan jika termakan
Selain memasuki
pasaran Indonesia, Beras tiruan itu dilaporkan turut memasuki negara-negara
yang mempunyai ramai penduduk luar bandar seperti India dan Vietnam
Malah ada pihak
mendakwa penghasilan besar tiruan itu dipercayai di buat di negara China
terutamanya di Taiyuan di wilayah Shaanxi dengan tersebarnya video di laman
sosial youtube yang memaparkan proses penghasilan beras tiruan berkenaan
Bagi mengelakkan
pengguna tahu itu adalah beras tiruan, pengedar tidak bertanggungjawab itu
dipercayai mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli bagi
membolehkan perbezaannya tidak ketara apabila ia dimasak Bagaimanapun taktik
tersebut dapat dikesan juga oleh pengguna
Berikut adalah
laporan mengenai penemuan beras tiruan di Indonesia dan cara untuk
membezakannya Fakta beras (plastik) tiruan atau palsu
Beras
plastik kelihatan berkilat, tidak seperti beras asli yang berwarna putih
susu Tidak mengembang dan tetap keras walau dimasak Mempunyai bentuk dan
panjang yang seragam (sama) Mempunyai bau dan rasa pelik sewaktu dimakan dan
mempunyai kelainan rasa dari beras asli yang begitu ketara Tidak menyerap air
apabila dimasak malah tidak menjadi nasi Harga lebih murah berbanding
dengan beras asli Meskipun di Malaysia belum ada laporan rasmi tentang beras
tiruan / palsu di pasaran negara ini, namun pengguna di minta berhati-hati
terutamanya bagi mereka yang gemar membeli beras import dari pengedar tidak berlesen
ataupun beras yang terlalu murah harganya
Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Bintang.com,
Jakarta Beras plastik asal
China membuat masyarakat khawatir sebab bila dikonsumsi bisa membuat penyakit
akut. Apalagi pakar mengatakan, memakan beras dari plastik itu sama dengan
memakan satu kantong plastik! Ngeri banget, kan.
Nah, dilihat dari
kasat mata, memang tidak ada bedanya antara beras plastik dengan yang asli. Mau
tidak mau Anda harus memasaknya. Berikut ada cuplikan video yang bisa menjadi
acuan kamu, apakah beras yang kamu konsumsi palsu atau tidak. Check this out!
Jadi, masaklah dulu beras yang Anda beli. Lalu lihat hasil
rebusannya dan bau yang dikeluarkan. Jika berbeda dengan beras yang sehari-hari
Anda konsumsi, sudah jelas itu beras
plastik. Hati-hati, ya!
Bintang.com,
Jakarta Di kehidupan
sehari-hari, rasanya plastik sudah
menjadi bagian hidup. Keberadaan plastik seperti nggak bisa dipisahkan dari
manusia. Banyak barang rumah tangga yang terbuat dari bahan sintetis ini. Mulai
dari alat mandi hingga alat makan pasti ada saja yang dibuat dari plastik.
Namun, tahukah kamu fakta-fakta umum di balik benda yang yang kerap kamu
gunakan selama ini?
Kalau belum, yuk
simak fakta-fakta berikut ini. Meski bersifat umum, mungkin kamu sendiri belum
mengetahuinya. Simak, ya! :D
Minyak dunia yang selama ini hanya kita kenal sebagai pengisi
bahan bakar tenyata 8%-nya digunakan untuk membuat plastik, lho! Hasilnya ya polimer plastik itu sendiri. Nggak menyangka,
yah?
Meski begitu, barang rumah tangga yang terbuat plastik yang
selama ini kita jumpai, hanya mengandung 10% plastik. Sisanya? Air. So, selama
ini kita menghabiskan uang hanya untuk dan air.
Tahukah kamu? Kalau 91% barang-barang plastik yang kita buang
ke tempat sampah itu nggak bisa didaur ulang oleh tanah. Jadi, mau nggak mau harus diolah kembali oleh tangan manusia
jadi barang plastik yang baru.
United of State America alias USA, luasnya nggak lebih dari
pulau sampah yang ada di Samudra Pasifik. Gila! Kamu kebayang nggak, sih sama hal itu? :|
Setiap barang yang pernah terbuat dari plastik masih eksis. Ya karena itu tadi, mereka nggak bisa diduraikan secara alami
oleh tanah. :(
Duh, mengetahui
fakta-fakta plastik di
atas, rasanya sedih, ya? :(
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.