Total Pageviews

Thursday, 26 January 2017

Di Mana Silapnya



Hari ini ku membeli beberapa cucur udang. Atau setengah orang memanggilnya pulut udang atau pulut panggang...

Apa saja lah namanya...Ia dibalut dengan daun pisang yang distapler hujungnya. Jika zaman dahulu tiada stapler tetapi menggunakan lidi yang ditajamkan... justeru lebih asli dan tidak menakutkan.

Semasa ku menunggu pakcik tu membakar pulut udang yang ku pesan, ku ternampak abang ini menyapu minyak ke atas pembungkus pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang asli.

Yang membuatkan ku tak sedap hati, penyapu minyak ini dibuat dari daun pisang yang diikat dan direndam dalam bekas plastik.

Bekas plastik ini diletak dekat sangat dengan tempat pemanggang. Akibatnya lidah atas bekas plastik ini telah mengelenyor atau menggelebeh kerana menjadi lembut akibat didiangkan berhampiran sumber api.

Aku menegur Pak Cik Pulut Panggang ini dengan baik supaya menukarkan bekas plastik itu dengan bekas kaca tetapi dia buat tak tahu sahaja. Isterinya juga ada di situ tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi lebih berminat menantikan duit yang akan ku bayar kepadanya...

Justeru sudah tentu minyak sapuan itu telah mendapat dioxin yang larut dari bekas plastik.

Dioxin bukanlah bahan yang friendly kepada manusia... dan tuan boleh mengetahui sifat toksiknya dari bahagian lain dari dalam laman ini.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.