Total Pageviews

Thursday, 19 January 2017

Sayur Beracun




Tahukah anda? Anda terdedah dengan bahaya racun serangga atau kulat dan tanpa di sedari anda telah memakan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga dan kulat hampir setiap hari jika tidak diurus dengan betul sayuran yang anda beli.
Kita tidak mengetahui adakah petani mengikut peraturan pada label untuk meracun serangga atau kulat pada tanaman mereka. Semburan racun kulat atau serangga perlu dihentikan 14hari sebelum hasil dituai. Pada kebiasaanya, sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik.
Bagaimana untuk mengelakkan anda memakan sayuran yang mengandungi racun serangga atau kulat? Semuanya terletak pada tangan anda sendiri semasa membeli sayuran dipasar dan cara menguruskan sayuran sebelum memasak.
Lumrah manusia memang mahukan sesuatu yang cantik, baik dan murah. Jika membeli sayur, ramai yang saya perhatikan memilih sayur yang cantik dan murah. Padahal mereka tidak mengetahui sayuran yang dibeli mengandungi racun serangga dan kulat yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan.
Kesan memakan sayuran yang mengadungi racun serangga dan kulat bukan anda terima dalam sehari terus sakit. Ia memakan masa bertahun-tahun sehinggalah seseorang boleh menghidap kanser, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain.
Jika memikirkan perkara ini memang merisaukan kerana sayuran adalah makanan kita setiap hari. Oleh itu, kita perlulah mengambil langkah pencegahan awal dari membeli sayur di pasar supaya kita sekeluarga terhindar dari bahaya racun serangga dan kulat.
Di sini saya ada sediakan sedikit teknik untuk memilih sayuran di pasar dan teknik membasuh sayuran yang hendak di masak.

Teknik Memilih Sayuran Yang Kurang Racun Serangga Atau Kulat
1)      Jika membeli sayur jenis daun (sawi, kangkung, bayam dan sebagainya), pilihlah sayur yang daunnya berlubang atau dimakan serangga belalang kerana ia mepunyai kadar racun serangga yang rendah.
2)      Bagi sayur jenis buah pula (timun,petola,terung dan sebagainya), pilih buah yang kurang cantik iaitu sedikit bengkok  atau tiada salutan debu pada sayuran tersebut. Salutan debu tersebut merupakan sejenis racun kulat.
3)      Sayuran jenis kekacang seperti  kacang panjang atau buncis, anda pilih kacang yang mempunyai lubang  yang ditebuk serangga atau ulat. Beli kacang yang kurang cantik iaitu kurang tegak adalah lebih baik kerana ia kurang racun serangga.
Awas! Jangan makan terus sayuran yang dibeli, pastikan anda membasuhnya bersih-bersih terlebih dahulu.

Teknik Membersih Sayuran Sebelum Memasak
1)      Rendamkan dahulu sayur anda ke dalam bekas berisi air beberapa minit sebelum dipotong kecil supaya lapisan racun kulat dan serangga tanggal.
2)      Kemudian, basuh sayur dengan air paip yang mengalir sehingga bersih.
3)      Gosok sayur jenis buah supaya salutan racun serangga dan kulat tanggal
4)      Sayur boleh dipotong  mengikut cita rasa anda.
5)      Basuh lagi sekali sayur anda setelah dipotong kecil dengan air yang mengalir dan bolehlah dimasak.
Semoga sedikit info ini dapat memberi  kesedaran kepada anda tentang bahaya racun serangga dan kulat yang terdapat pada sayuran yang anda beli. Selepas ini anda bolehlah memilih sayur dengan berhati-hati semasa membeli sayuran di pasar untuk menjamin kesihatan keluarga anda.
Setakat ini sahaja post untuk kali ini. Jumpa lagi. Terima kasih.

Pendapat saya: Sebenarnya walaupun anda telah membasuh sayur atau buah2an anda dengan lama dan merendam dengan air garam sekalipun, sebenarnya masih ada terdapat kesan residual racun yang masih degil dan tertinggal di permukaan sayur atau buah tersebut. Ini adalah kesan residual racun yang mungkin telah dapat menyerap masuk ke dalam kulit sayur dan juga dapat menyerap masuk ke dalam sayur. Apabila anda memakannya, anda akan mendapat kesan bioaccumulative ( sikit sikit lama lama jadi bukit ) . 

Racun ini biasanya akan disimpan oleh mekanisma tubuh di dalam sel sel lemak atau sel hati anda. Racun ini juga mungkin disimpan di dalam sum sum tulang, kuku, rambut dan sebagainya. Untuk mengetahui tahap racun perosak atau apa apa bahan kimia yang telah menyerap masuk ke dalam tubuh badan anda, anda boleh membuat ujian darah atau biological monitoring.

Apabila jumlah racun terlampau banyak, ia akan mula mampu menyebabkan kesan kesan buruk kepada anda terutamanya kepada target organ di mana anda mungkin mendapat kerosakan ginjal, kerosakan hati, kerosakan saraf, kecacatan janin, bayi lembam, mudah lupa, kanser dan sebagainya.

Selain merosakkan organ dalaman atau menyebabkan kecacatan bayi, racun atau apa apa bahan kimia yang telah dapat masuk ke dalam badan manusia boleh menyebabkan ganguan hormon iaitu mereka bertindak sebagai Sebatian Mengendala Hormon ( Endocrines Disruptors / Endocrines Disrupting Chemicals ).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.