Total Pageviews

Sunday 1 January 2017

Kes Terpotong Kepala


Kisah Dr Terpotong Kepala Kemaluan

Saya tidak berpuashati dengan segelintir pengamal perubatan yang bersikap sambil lewa apabila berbuat sesuatu... kita ambil contoh untuk majlis berkhatan, perkara yang diberi keutamaan adalah mendapat untung yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan atau mengambil kira faktor faktor lain seperti keletihan, ergonomik, kebersihan dan sebagainya.
Justeru itu, sekiranya anda ingin menyunatkan anak anda, ada beberapa senarai semak yang perlu anda pastikan ...

1.    Apakah kelulusan Dr ini ?
a.    Di samping MBBS, tanya juga kelulusan SPM beliau sama ada beliau lulus cemerlang atau kelulusan sebaliknya.
b.    Dari universiti mana beliau mendapatkannya?

2.    Adakah doktor ini berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)?

3.    Berapa banyak budak yang telah disunatkan hari itu?
a.    Lebih banyak budak → Dr akan keletihan → lebih cerah peluang mendapat medical negligence!
b.    Kurang budak → Dr cukup rehat → lebih kecil peluang mendapat medical negligence!

4.    Waktu disunatkan pagi atau malam?
a.    Kalau malam → Dr akan keletihan → lebih cerah peluang mendapat medical negligence!
b.    Kalau pagi → Dr segar dan kurang kemungkinan beliau melakukan kesilapan.

5.    Pencahayaan → sekiranya cahaya tak cukup → lebih risiko dr melakukan kesilapan dalam prosedur.

6.    Apa jenis ubat bius yang digunakan?

a.    Local Anesthetic saja

b.    Local Anesthetic + Vasoconstrictor - ini lebih bahaya sebab lebih risiko kepala penis mendapat gangrene - sila tanya operator anda apa jenis LA yang digunapakai semasa masuk jawi anak anda.  

c. Bius seluruh badan (General Anesthesia) - Tak perlu pun ... tapi boleh je kalau dr nak untung lebih.        

7.    Adakah kain hamparan itu telah disteril?

8.    Adakah kain hamparan itu ditukarkan setiap kali budak baru akan disunatkan?

9.    Adakah sarung tangan ditukarkan setiap kali budak lain akan disunatkan?

10.                    Adakah mesin autoclave dalam klinik itu?

11.                    Adakah mesin autoclave itu di periksa oleh JKKP dan telah disahkan boleh berfungsi?

12.                    Adakah mesin autoclave bercop SIRIM?

13.                    Adakah mesin autoclave telah diluluskan oleh Department of Standard Malaysia?

Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.
Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.
"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.
"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.
Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis HKL selepas mendapat saranan daripada pihak hospital berikutan terdapat unsur kecuaian.
"Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian itu.
"Namun, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 9:42 PM





another-case-of-a-penis-lost-in-circumcision


KUALA LUMPUR: Days after a 10-year-old boy had part of his penis severed during a botched circumcision, the story of another nine-year-old who lost his penis in a failed circumcision has surfaced.
While the boy in the first case had the severed part reattached, the other case ended with a failed reattachment.
According to Hindraf lawyer P. Uthaya­kumar, the nine-year-old boy had the front of his penis completely severed during a circum­cision procedure using scissors at a Jalan Ipoh clinic on Dec 15.
Uthayakumar said the boy was then sent to Hospital Kuala Lumpur (HKL) to try and have his penis reattached. However, the reattachment failed and the penis blackened, leaving the doctor no choice but to amputate it.
“It is so unfortunate that this has happened to the poor boy. He is so young, he doesn’t know what has happened,” said Uthayakumar who will be holding a press conference on the matter today.
On Tuesday, it was reported that the 10-year-old boy had his penis severed during a laser-based circumcision procedure at a clinic in Taman Cheras Utama.
It is learnt that the incident occurred at about 8.15pm on Dec 20.
Soon after the procedure, the doctor told the father of the boy that he had accidentally cut off the head of his son’s penis.
The boy was rushed to the Universiti Kebang­­saan Malaysia Hospital, which then referred him to the HKL for surgery to reattach the head of his penis. It is learnt that the surgery was a success.


Lagi kes terpotong kemaluan ketika berkhatan

sumber.dari.bharian

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan putus sebahagian kemaluan ketika berkhatan, kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang berkhatan pada 15 Disember lalu. Difahamkan, kepala kemaluan kanak-kanak itu terputus ketika menjalani prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik Jalan Ipoh di sini. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menyambung kembali kepala kemaluannya, namun selepas seminggu, kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotongnya.
Peguam P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada sekali di bilik rawatan. Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting, namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain diletakkan di badan mangsa. "Ketika prosedur dijalankan, doktor cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan yang terlindung pada kulit kemaluan yang dipotong dan cuba menjahitnya semula, namun tidak berjaya dan mengaku dia cuai. "Klinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor, namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan," katanya pada sidang media di perkarangan HKL, hari ini. Katanya, keluarga mangsa kemudian menghantar anak mereka ke HKL pada petang kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam. Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat merayu mana-mana pihak membantu anaknya mendapatkan rawatan di luar negara. "Saya dan isteri memang tertekan dan buntu. Kami berharap pihak HKL dapat mempertimbangkan untuk membantu anak kami mendapatkan rawatan di luar negara yang mempunyai kepakaran dan kaedah perubatan canggih," katanya. Pada Selasa lalu, media melaporkan kepala kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong ketika prosedur berkhatan berasaskan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama, Kajang. Selepas prosedur selesai, doktor memberitahu bapa kanak-kanak itu yang dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya. Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.


Kes ke-3 terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan

 


Ibu bapa mangsa mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anak mereka mengalir keluar dari lubang di bahagian bawah batang kemaluan akibat kecederaan pada saluran kencing.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menyiasat satu lagi kes kanak-kanak berusia 10 tahun terpotong sebahagian kepala kemaluannya ketika menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 November lalu, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan itu berkata, kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Selayang 2 hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya.
Katanya, ibu bapa mangsa mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anak mereka mengalir keluar dari lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.
“Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti dilaporkan akhbar.
“Ibu bapa diberi penjelasan oleh pakar pembedahan urologi kanak-kanak yang rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan mendapatkan pandangan pakar hospital swasta dan menandatangani pelepasan keluar dari Hospital Selayang atas tanggungan risiko sendiri.
Katanya, Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas kepada hospital swasta itu bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan ibu bapa terbabit anak mereka boleh kembali mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa.

Ini adalah kejadian ke-3, selepas 2 kes pada bulan lalu.
Pada 15 Disember lalu, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas kepala kemaluannya terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh.
Keluarga mangsa kemudiannya menghantar anak mereka ke HKL pada petang hari kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam.
Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong kemaluannya ketika prosedur berkhatan menggunakan kaedah laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama, Kajang, kira-kira jam 8 malam 20 Disember lalu.
Doktor memberitahu bapa mangsa dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya. Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan dan dirujuk ke HKL untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.
Dr Noor Hisham berkata, walaupun berkhatan ialah prosedur ringkas, namun komplikasi prosedur itu mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.
Sehubungan itu, katanya, pengamal kesihatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kecekapan dan pengalaman mencukupi untuk menjalankan prosedur berkhatan.
“Mereka diingatkan sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing sebagai pengamal kesihatan.”

  

Mereka mendakwa HKL tiada teknologi melakukan pembedahan dan tidak merujuk kepada unit kebajikan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan di luar negara.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.