Total Pageviews

Tuesday 2 May 2017

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA





LATAR BELAKANG TRIBUNAL

1.       
1.      Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
 
2.      Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.


OBJEKTIF TRIBUNAL
1.       
1.      Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna  di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
 
2.      Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang mana  melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.
 
3.      Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna  menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT. 


KEANGGOTAAN TRIBUNAL

Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan tidak kurang daripada lima orang anggota Tribunal lain yang dilantik oleh Menteri.


BIDANG KUASA TRIBUNAL

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
1.       
1.      apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ianya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;
 
2.      di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
 
3.      apa-apa tuntutan berkaitan apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;dan
 
4.      suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.


BATASAN BIDANG KUASA

Tribunal TIDAK mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
a.       yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;

a.       bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;

a.       pertikaian mengenai hakmilik kepada mana-mana tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah;

a.       pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau kematian tak berwasiat;

a.       pertikaian berkaitan dengan hal-hal:-
                  i.            francais
                ii.            nama baik;
              iii.            rahsia perdagangan atau harta intelek lain;
              iv.            apa-apa hak dalam tindakan; dan

a.   apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan  di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan berkaitan perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
  

JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN DI TRIBUNAL

Pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung atas apa-apa perkara berkaitan kepentingannya sebagai pengguna di bawah  Akta yang berbangkit daripada :-
a.        Perlakuan yang mengelirukan atau memperdaya berhubung dengan barang mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantit barang itu;

a.       perlakuan yang mengelirukan dan memperdaya berhubung dengan perkhidmatan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantiti  perkhidmatan  itu;

a.       representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang bahawa barang itu: -
                  i.            adalah daripada jenis, standard, gred, kualiti, kuantiti gaya atau model tertentu;
                ii.            mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan tertentu atau berasal daripada tempat tertentu;
              iii.            baru atau baru dibaikpulih;
              iv.            telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulih pada suatu masa tertentu;
                v.            mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah

a.       representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan bahawa perkhidmatan itu:
                  i.            adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
                ii.            dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu; atau
              iii.            mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengedorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah

a.       gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya barang atau perkhidmatan boleh didapati;

a.       tawaran apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya atau tidak mengadakan sebagaimana yang ditawarkan;

a.       penerimaan bayaran bagi barang atau perkhidmatan dengan niat  untuk tidak  membekalkan barang atau perkhidmatan itu atau berniat membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaanya bayaran diterima;

a.       membekalkan atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan yang ditentukan berkenaan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan

a.       Hak terhadap pembekal barang berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan barang mengenai:-
                  i.            hakmilik;
                ii.            kualiti boleh terima;
              iii.            kesesuaian bagi maksud tertentu;
              iv.            bahawa barang mematuhi sampel atau perihal;
                v.            harga munasabah;
              vi.            pembaikan dan barang ganti; dan
            vii.            kebolehdapatan barang yang serupa pada masa  hadapan

a.   Hak terhadap pembekal perkhidmatan berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan perkhidmatan mengenai:-
                  i.             ketelitian dan kemahiran munasabah;
                ii.            kesesuaian bagi maksud tertentu;
              iii.            masa siap yang munasabah;dan
              iv.            harga munasabah yang dikenakan.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.