Total Pageviews

Tuesday 30 May 2017

KURMA TERCEMAR LIPAS & KUMBANG



ISU BUAH KURMA TERCEMAR DENGAN LIPAS DAN KUMBANG


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang menular di laman media sosial berkaitan buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang. KKM memandang serius berhubung isu ini dan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat. Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat. Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq

jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Selamat menjalani ibadah berpuasa dan berbuka puasa kepada semua Umat Islam.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Mei 2017

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.