Total Pageviews

Thursday, 4 May 2017

Rawatan Ozon diharamkan




PUTRAJAYA 3 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengharamkan semua bentuk perkhidmatan rawatan terapi ozon yang ditawarkan di klinik, salun kecantikan dan pihak yang tidak berkelayakan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkhidmatan tersebut perlu dihentikan serta-merta dan kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pengharaman itu juga terpakai ke atas mesin terapi ozon yang digunakan untuk rawatan terapi.

“Kementerian menegaskan bahawa terapi ozon merupakan rawatan yang tidak diiktiraf dan boleh menyebabkan komplikasi perubatan termasuklah kematian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Kementerian Kesihatan haramkan rawatan terapi ozon


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan termasuk klinik dan salun kecantikan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit.
"Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Selain itu, katanya, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan terapi ozon yang mendaftarkan mesin mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Justeru, katanya, semua pembuat, pengimport dan pengedar mesin terapi ozon perlu menarik semula pengedaran atau penggunaan mesin tersebut dari pasaran selewat-lewatnya pada 1 Julai ini
Subramaniam berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama



Rawatan terapi ozon diharamkan

bharian.com

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon di semua pusat kecantikan dan klinik kerana ia boleh menyebabkan komplikasi perubatan sehingga menyebabkan kematian. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati tiada sebarang manfaat diperoleh pesakit yang menjalani rawatan berkenaan, sebaliknya ia hanya membahayakan nyawa pengguna. Katanya, segala kelengkapan seperti mesin yang digunakan untuk rawatan itu juga tidak didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. "Saya beri tempoh sehingga 1 Julai ini kepada semua pembuat, pengimport atau yang meletakan mesin berkenaan di dalam pasaran untuk menarik balik mesin berkenaan. "Kegagalan untuk mematuhi ketetapan ini boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang dan didenda sehingga RM200,000 atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya," katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini, hari ini. Dr Subramaniam berkata, mereka yang menerima rawatan berkenaan berisiko untuk mengalami pendarahan kerana menggunakan heparin iaitu ubat untuk mencairkan darah. "Selain itu, mereka juga akan mengalami embolism atau penyekatan salur darah oleh gelembung udara, jangkitan kuman dari alatan yang tidak disteril serta hilang upaya kekal akibat kegagalan organ seperti buah pinggang," katanya. Beliau berkata, dakwaan awatan terapi ozon boleh melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dan memutihkan kulit adalah tidak benar.





PUTRAJAYA 3 Mei ― Kerajaan mengharamkan rawatan oksigen, atau terapi ozon, kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk kematian. Penilaian Kementerian Kesihatan mendapati tiada manfaat rawatan itu, sebaliknya ia membahayakan nyawa pengguna, lapor Berita Harian.
Pihak yang tidak menarik balik mesin rawatan itu menjelang 1 Julai ini boleh didenda sehingga RM200,000, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Pembuat, pengimport, pengedar dan penyedia mesin juga boleh dipenjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika enggan mematuhi larangan itu.
Kelengkapan rawatan termasuk mesin juga tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa negara ini, kata Subramaniam lagi.
Pengguna rawatan tersebut, yang didakwa melambatkan penuaan dan meningkatkan tenaga, mengalami risiko pendarahan kerana menggunakan kimia heparin.
“Selain itu, mereka juga akan mengalami embolism atau penyekatan salur darah oleh gelembung udara, jangkitan kuman dari alatan yang tidak disteril serta hilang upaya kekal akibat kegagalan organ seperti buah pinggang,” katanya.
Tidak benar dakwaan rawatan itu boleh melambatkan penuaan, memberi tenaga dan memutihkan kulit, kata menteri itu lagi. 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.