Total Pageviews

Sunday 7 August 2016

Plastik Mudah Urai

Penyelidik NUS cipta bungkusan makanan mesra alam dari bahan semula jadi


berita.penyelidik-nus-cipta

SINGAPURA: Para penyelidik daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) mencipta bahan bungkusan makanan jenis 'biodegradable' atau yang mudah urai.
Bahan mesra alam ini sama seperti plastik yang digunakan untuk "cling wrap" atau beg ziplock, iaitu ia boleh menggandakan hayat simpanan makanan mudah rosak seperti roti.
Bagaimanapun ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti perahan biji limau gedang dan chitosan, yang diperolehi daripada kulit ketam.
Sifat semula jadi bahan ini dapat melambatkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
Para penyelidik juga bercadang untuk mempertingkatkan teknologi yang digunakan dan mengujinya ke atas barangan makanan yang lain seperti produk tenusu, daging merah dan makanan laut.
Mereka berharap untuk memasarkannya di pasaran tetapi kos yang tinggi menjadi hambatan.
Menurut para penyelidik, bahan tersebut 30 peratus lebih mahal daripada kepingan plastik yang digunakan sekarang ini. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.