Total Pageviews

Wednesday 3 August 2016

Bahan berbahaya dalam kosmetik Wanita

Bahan berbahaya dalam kosmetik Wanita

Anda seorang wanita? Berhati hati apabila memilih produk krim pemutih kulit kerana ada pengeluar krim pemutih kulit yang tak bertanggungjawab  sanggup meletakkan raksa dalam produk krim pemutih mereka. 

Raksa atau mercury adalah merupakan logam cecair jika dalam bentuk unsur (natural elements) manakala ia boleh juga ujud dalam bentuk organik iaitu methyl mercury di mana kadar toksisitinya adalah lebih buruk daripada raksa berbentuk unsur (cecair)…  

Justeru janganlah terlampau galak untuk memutihkan kulit sehingga akhirnya anda sendiri yang rugi. Raksa (Mercury) adalah logam berat dan boleh merosakkan tubuh anda terutamanya system saraf dan buah pinggang. 

Raksa seperti air boleh juga meruap atau bertukar menjadi gas terutamanya jika ia tumpah dalam bentuk titisan cecair halus di atas lantai… Semakin halus cecair raksa maka semakin tinggi kadar raksa bertukar menjadi gas.

Justeru itu, jangan beri anak anda bermain main dengan cecair raksa.

Sekiranya anda dalam keraguan, jangan risau … apabila ada tumpahan raksa atau mercury anda boleh menghubungi Pejabat Kesihatan anda yang berdekatan bagi bantuan kepakaran pembersihan atau decontamination.

Pernahkah anda mendengar logam berat timah hitam? Nama lain adalah Plumbum atau Lead. Ia boleh digunakan sebagai pewarna dalam lipstick. Juga sebagai pewarna dalam lukisan bunga di permukaan pinggan kaca.. Bersifat meracun sel darah merah menjadikan anda anaemia dan jug aboleh merosakkan oragan  dalaman badan anda…
Berhati hatilah…



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.