Total Pageviews

Wednesday, 3 August 2016

Jangan Makan Berlebihan

20_07_2016

Makan berlebihan adalah tidak bagus. Sebagai contoh pada 20 07 2016 ku telah makan berlebihan di Restoran Tasik Raban dan ku banyak mengambil minyak dan MSG.. Akibatnya selepas 15 minit selepas makan, ku mulai berasa pening dan mengantuk. Ingin sahaja ku berhentikan kereta dan ku tidur saja di tepi jalan…

Namun niatku terbantut kerana ku membawa Chu dan tentu saja Chu ingin pulang segera… Sambil ku terus membawa kereta, ku berasa seperti kehilangan daya kesedaran ku ( Lost of Consciousness)…

Jadi ku sarankan agar ku mengubah makan dengan makan berpada pada… ambil sedikit saja.  Ambil ikan dan makan banyak sayuran hijau. Chu menyarankan ku jangan makan organ dalaman seperti limpa kerana ia kurang elok.

Kawanku Che'Mah, amat berbeza dariku… Dia tidak makan tengahari… Sarapannya hanya madu bersama air milo O sahaja dan lihatlah di usianya 58 tahun tetapi Che'Mah masih cantik, segak, segar, bugar dan sihat, hinggakan ada kawannya yang mengusik bila dia ingin menambah cawangan satu lagi !!!

Amalkan makan peria kerana menurut kata Chu, peria mengandungi sifat sifat antikanser dan baik untuk ku.

Chu juga menasihati aku untuk mengamalkan makan makanan yg pahit dan masam!!

Elok juga memakan 3 biji kurma di tengah hari sebagai ganti nasi. Gunakan beras perang jika ku ingin makan nasi.

Menurut Che’Mah, beliau lebih senang bekerja dengan perut kosong dan lapar daripada perut kenyang kerana perut kenyang kita akan cepat letih mengantuk, malas untuk bergerak di samping mengalami kekurangan idea.

Chu menyarankan ku mengambil Scott Emulsion untuk menguatkan memori ( ingatan ) di samping dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit berjangkit seperti demam selsema.

Menurut Chu, beliau sekarang mengambil madu kelulut sebagai ganti sarapan pagi atau sebelum membuat kerja yang memerlukan daya fikir tinggi….. kerana menurut Chu, otaknya lebih bergeliga dan dapat berfikir dengan lebih mantap setelah meminum bancuhan madu kelulut dengan air jarang. Selain badan bertambah ringan serta bertenaga… 

aku pun ingin mencubanya ….

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.