Kanser
daripada sotong kering - Mengandungi
logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah
lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya
dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat
bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium
mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit
buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di
pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering,
makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi
kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan
mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had
yang dibenarkan,'' ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.