Total Pageviews

Sunday 7 August 2016

Buat Baja Kompos Sendiri








Cara mudah membuat kompos

Dapatkan bekas plastik dan tebuk bahagian bawah dan penutup. Kemudian masukkan sisa seperti daun, batang, akar sayuran, lebihan buahan ke dalam bekas itu.
Campurkan satu bahagian sisa itu dengan satu bahagian tanah yang bersih atau kompos sedia ada. Apabila bekas itu penuh kacaulah ia setiap 20 hari. Selepas kira-kira dua bulan campuran itu sedia untuk digunakan.

Kompos daripada cacing tanah

Ia juga merupakan satu idea yang baik untuk menggunakan cacing tanah (sering digunakan sebagai umpam memancing) dalam campuran sisa makanan dan tanah.

Cacing tanah mempercepatkan proses kompos dan anda tidak perlu mengacau kompos dan menghidu bau bahan reput.

Tambahan pula, tinja cacing tanah juga turut menyediakan nutrien tambahan kepada tanah.

Tanah Asli – Alternatif yang baik

Dapatkan sisa buangan daripada penjual ikan dan masukkan ke dalam bekas yang diisi dengan 30 cm tanah asli (tanah yang tidak tercemar dengan bahan kimia atau terjejas oleh beberapa keadaan yang lain).

Tanah asli mengandungi bahan organik dan bahan galian yang kaya serta sistem ekologi mikro yang seimbang.

Tanah asli perlu tebal secukupnya (cukup untuk meliputi 1/3 ketinggian bekas). Ini memudahkan untuk mengekalkan suhu yang tinggi sesuai untuk penapaian dan membunuh kuman.

Dalam proses ini tidak perlu mendapatkan perkara lain selain daripada tanah asli dan sisa buangan dapur. Selepas empat hingga enam bulan campuran itu sedia untuk digunakan.

Kompos merupakan tanah yang diperkayakan oleh bahan organik yang reput dan boleh digunakan terus untuk tanaman.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.