PRODUK-PRODUK
KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada
membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan
mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil. Nama Produk Nombor
Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan Nama Pemegang Notifikasi
1. Night Glowing
NOT160306080K Merkuri Ezzueriche Wellness
2. Night Glow NOT160306081K
Hydroquinone dan Tretinoin
3. Glowing Speed Gold Day
Cream NOT160104705K Merkuri Babiez Glow Skincare
4. Glowing Speed Gold Night
Cream NOT160104706K
5. Qu Gebu AP Krim
NOT160400837K Hydroquinone dan Tretinoin Vida Beauty
6. Nour Ain Night Cream
NOT140701453K Merkuri Elsuhaz (M) Sdn. Bhd.
7. Royal Expert Whitening
Cream NOT150501310K Merkuri Ortus Expert Cosmetics Sdn. Bhd
2. Notifikasi produk-produk
kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi,
KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
PERIHAL
BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN
3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin
adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional
kesihatan.
4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone
boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan
warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari
penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang
mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh
meningkatkan risiko kanser kulit.
5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin
biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu
mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional
kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak
selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri
boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk
kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada
buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak
kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada
merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak
apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap
dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila
mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan
produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.
Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi
dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN
KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
8. Penjual dan pengedar
produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan
pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan
bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan
Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
9. Individu yang melakukan
kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi
5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang
melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan
pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN
KEPADA ORANG AWAM
10. Orang awam yang sedang
menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan
penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami
sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
11. Sebarang pertanyaan
berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi
talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak
status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
26 Mei 2017