Total Pageviews

Sunday, 5 March 2017

Tip beli ikan bilis

Tip beli ikan bilis

Andai tuan hendak membeli ikan bilis, maka carilah olehmu ikan bilis yang:

1.    Ada dihurung lalat kerana barangkali ikan bilis yang tidak berlalat telah disembur dengan cairan penyembur racun serangga bagi menampakkannya menarik dan kononnya bersih. Tatkala ini, lalat yang pengotor menjadi alat berharga kepada anda untuk mengetahui ikan atau belacan itu barangkali telah disembur dengan racun serangga perosak.

2.    Tidak menggunakan surat khabar sebagai pelapik kerana dakwat surat khabar adalah beracun. Dakwat surat khabar boleh mengandungi lead (timah hitam) yang boleh meracun dan merosakkan organ dalam badan anda.

3.    Pilihlah ikan yang diletak dalam bekas kaca atau stainless steel. Sekiranya peniaga menggunakan bekas plastic, pastikan ia telah dilapik dengan daun pisang produk alami. Pastikan bahan makanan tidak bersentuh dengan plastik kerana plastik mengandungi racun phthalates yang berpotensi sebagai sebatian kimia pengendala endokrin ( endocrine disrupting chemicals ).


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.