ALOR SETAR - Seorang warga emas
yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala
waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100
tahun.
Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.
Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.
Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.
Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.
Ahmad berkata, dengan usia yang
seperti itu, ayahnya masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan
pekerjaan seperti biasa, termasuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat.
Menurutnya, pemeriksaan ujian
darah di hospital juga mendapati ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit
meskipun penyakit yang dipanggil ‘tiga serangkai’ iaitu darah tinggi, kencing
manis dan sakit jantung.
“Ayah mempunyai hobi yang
sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan
masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam
al-Quran.
“Berbanding dengan orang lain
seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan
urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan
saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Rahsia membaca al-Quran
Rahsia membaca al-Quran
Jelasnya, keunikan hasil
daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan ayahnya masih
tajam dan tidak memerlukan pemakaian cermin mata untuk membaca.
“Ayah baca al-Quran tidak pakai
cermin mata, penglihatan dia masih tajam. Baca surat khabar dan menonton
televisyen pun tidak pakai cermin mata. Malah dia masih kenal setiap gambar
yang dipaparkan, khususnya tokoh-tokoh politik,” katanya.
Ahmad berkata, keajaiban yang
dimiliki oleh ayahnya sehingga mampu bertahan pada usia lebih 100 tahun itu
juga turut dikagumi oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.
“Ramai juga jiran-jiran selalu
datang rumah melawat ayah. Tambahan pula, ayah seorang yang peramah dan mudah
mesra dengan orang ramai. Sehinggakan pada suatu hari, ayah berani ke bandar
seorang diri menaiki bas tanpa pengetahuan kami sekeluarga.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan
ini, kami sekeluarga tidak membenarkan ayah keluar rumah seorang diri kerana
khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kalau nak keluar pun, kami akan
keluar bersama,” katanya.
Mengulas mengenai pengambilan
makanan setiap hari, Ahmad berkata, ayahnya tidak mengamalkan pemakanan yang
tidak sihat.
“Kalau bab makan itu sama saja
seperti kita, semuanya dia makan. Dengan keadaan gusinya yang tiada gigi itu
pun masih mampu makan makanan yang rapuh. Tapi ayah tidak mengambil makan yang
tidak sihat.
“Bagaimanapun, nasi lemak mesti
menjadi hidangan wajib pada setiap pagi,” katanya.
Masih ingat zaman
penjajah
Dalam pada itu, Husain ketika
ditemui berkata, dalam fikirannya masih segar beberapa peristiwa semasa zaman
jajahan British dan Jepun di tanah air. Antara yang tidak dapat dilupakan
adalah keterpaksaan untuk mengingati dan menyanyikan lagu Jepun padas setiap
kali berjumpa dengan anggota tentera tersebut.
“Saya ingat lagi, masa itu kami
(penduduk tanah air) kena paksa nyanyi dan hafal lagu Jepun. Siapa yang tidak
boleh nyanyi nanti kena pukul dengan tentera Jepun,” katanya.
Membuktikan perkara itu, beliau
turut menyanyikan sebuah lagu Jepun yang dihafalnya sejak zaman tersebut yang
berdurasi selama tiga minit kepada Sinar Harian.
Diselitkan pula mengenai peristiwa
sejarah di Kedah, beliau mengakui telah hidup semasa tiga keturunan Sultan
Kedah.
“Saya pernah berjumpa dengan
Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram
Shah di sekitar negeri ini pada suatu ketika dulu.
“Kemudiannya, pemerintahan
Sultan Kedah bertukar kepada Sultan Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Badlishah,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan
isteri, Che Som Yakob juga telah dikurniakan enam orang cahaya mata, tiga
lelaki dan tiga perempuan.
Difahamkan, beliau yang tidak
lagi membuat kerja-kerja bendang sejak kebelakangan ini turut dikurniakan lebih
20 orang cucu, 10 orang cicit dan bakal menimbang seorang pipit dalam masa
beberapa bulan sahaja lagi.
Gagal rekod tahun
kelahiran
Sementara itu, Pegawai
Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, Jainisah Mohd Noor
berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan umur sebenar Husain selepas didapati
terdapat tanda bintang kecil pada hujung sebelah kanan MyKad beliau.
“Selalunya orang yang ada tanda
bintang pada MyKad ini adalah orang yang telah hidup dari zaman jajahan tentera
British ataupun Jepun. Tetapi kita tidak dapat sahkan berapa umur beliau yang
sebenar pada ketika ini.
“Cumanya nombor kad pengenalan
yang ada pada mykad beliau itu adalah kita ambil sempena tarikh beliau mula
daftar untuk buat kad pengenalan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.