Total Pageviews

Saturday, 4 March 2017

Jangan cabut gigi anda


Jangan cabut  gigi anda

Gigi adalah sangat berharga. Tanpa gigi, kualiti hidup anda akan berkurangan. Anda tidak lagi boleh mengunyah atau menikmati makanan keras seperti tebu, ubi, kerepek, kekacang, jagung, daging liat, malahan susah untuk mengunyah nasi sekalipun!

Justeru, anda perlu tahu bagaimana nak menyelamatkan gigi anda!

Sekiranya gigi anda sakit, jangan terus menyuruh doktor gigi mencabut gigi anda. Sebaliknya, suruhlah doktor tersebut membuat rawatan akar (Root Canal Treatment - RCT). Jangan takut akan prosedur yang invasif dan menyakitkan. Dengan ubat bius yang betul, procedure RCT tidak menyakitkan langsung! Cuma anda perlu tahan sakit semasa ubat bius disuntik dalam gusi anda kerana suntikan itu lebih dalam daripada biasa ( jika dibandingkan dengan suntikan kedalaman untuk tujuan mencabut gigi ).

Sekiranya gusi anda bengkak, ia disebabkan oleh jangkitan kuman anerobik. Biasanya, doktor gigi akan merawat jangkitan kuman dengan antibiotik metronidazole 400mg dua kali sehari selama seminggu. Metronidazole adalah antibiotik yang digunakan bagi membunuh bakteria anerobik seperti Anerobik Streptococci, Bact Fragilis, Fusobacterium dan Clostridium Perfringens.
Selepas gusi anda sihat, doktor gigi akan mengambil XRay gigi tersebut untuk memastikan tiada bukti bukti inflamasi (radang) di bahagian akar gigi (hujung yang paling dalam di dalam gusi anda). Sekiranya tiada bukti bukti jangkitan, barulah procedure RCT dijalankan oleh doktor gigi. Jangan bimbang, seperti diceritakan tadi, sakitnya hanya semasa bius ubat penahan sakit sahaja (biasanya lidocaine (lignocaine), bupivacaine bergantung kepada keberanian doktor gigi anda). Antara kesan sampingan lignocaine yang tersalah suntik masuk ke dalam saluran darah atau  sekiranya ia terlebih dose termasuklah cardiac arrhythmia dan cardiac arrest. Justeru sebaik baiknya doctor gigi perlu mempelajari teknik Basic Resuscitation atau Basic Life Support.

Anda perlu berjumpa doktor gigi beberapa kali sebelum crown diletak pada gigi anda. Ada banyak jenis crown di pasaran. Ada metal crown dan porcelain crown. Sebaik baiknya pilihlah precious metal daripada semi precious metal crown. Precious metal adalah yang paling mahal dan paling berkualiti. Ia boleh diperbuat daripada 86% emas manakala bahgaian luarnya daripada porcelain yang menyerupai warna asal gigi anda. Emas adalah sejenis logam yang paling kurang bertindak balas dengan tisu badan anda. Justeru emas (precious metal crown) adalah sangat sesuai untuk orang yang alahan kepada sesuatu bahan asing yang digunakan di dalam badan.

Semasa prosedur RCT, gigi anda akan dimatikan akar. Doktor gigi akan membuat lubang di atas gigi anda (boleh juga di belakang atau di depan gigi ikut kesesuaian hati doktor gigi anda! ) dengan mengorek menggunakan alat khas. Jangan risau, ia tidak sakit lagi kerana telah dibius. Apabila selesai mengorek dan membuang bahagian akar gigi (sebenarnya jisim saraf dalam gigi yang dikorek dan dibuang keluar), doktor gigi tidak akan mebiarkan rongga gigi anda tersebut kosong kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman. Justeru doktor gigi akan meletakkan Gutta Percha ( Getah pokok herba Percha yang banyak tumbuh di negara kita tetapi hak cipta pengeluaran atau patency ownershipsnya dibolot oleh orang Eropah! Perkara ini disebabkan oleh perangai kemalasan orang kita sendiri untuk mencari ilmu pengetahuan ).
Seterusnya apabila Gutta Percha telah diletakkan dalam rongga gigi, (maksudnya gigi telah dimatikan). Doktor gigi akan mengambil XRay gigi bagi memastikan kedalaman terbaik kemasukkan Gutta Percha ke dalam rongga gigi anda. Selepas itu, doktor gigi akan menampal rongga tersebut dan membuat tampalan gigi sementara. Selepas kira kira 3 bulan, anda akan dipanggil semula untuk membuat crowning precious metal.

Untuk menjaga gigi, dari usia kanak kanak adalah cara pencegahan yang terbaik. Kanak kanak perlu diajar untuk Flos gigi mereka sekurang kurangnya sekali sehari iatu sebelum masuk tidur malam. Sebaik baiknya floss gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam untuk kesihatan gigi terbaik dan mengurangkan insiden nafas berbau. Penggunaan ubat gigi perlu diminimakan kerana ia mempunyai bahan kimia. Justeru nasihatkan anak anda agar mengambil sedikit sahaja ubat gigi dan jangan sekali kali menelan ubat gigi. Ubat gigi berperisa strawberry, perisa epal, pisang dsbnya akan mengundang banyak masalah kerana orang ramai kanak kanak akan membeli dan memakannya . apabila banyak ubat gigi masuk ke dalam badan, dikhuatiri ia akan menyebabkan masalah kesihatan kepada orang awam.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.