Total Pageviews

Thursday 21 July 2016

Tragedi Ubat



Ubat Thalidomide adalah sejenis ubat penenang yang digunakan di Negara Eropah dalam tahun 1960-an. Disebabkan pembuatnya (pengilangnya) sangat berkeyakinan tinggi mengatakan penggunaan ubat ini selamat, ia telah dipreskripsi dengan mudah hingga boleh dipreskripsi dengan tidak jumpa doktor terlebih dahulu. Di kaunter kaunter ubat ia bebas dijualkan kepada orang ramai.

Akibatnya , apabila semakin ramai orang yang mahukannya… Maka terdapat juga ibu ibu mengandung yang menggunakan ubat ini…

Ibu ibu mengandung adalah sangat merbahaya menggunakan ubat ubatan kimia terutamanya dalam trimester pertama usia kandungan ( 3 bulan pertama selepas persenyawaan benih perempuan ovum dan benih lelaki sperma) kerana semasa tempoh inilah bayi awal dalam kandungan (fetus) akan mengalami pembentukan tangan, kaki mata, telinga, pembentukan organ organ dalaman seperti hati, buah pinggang, limpa, paru paru, jantung dan sebagainya..

Justeru, ubat Thalidomide rupanya mudah menyeberangi halangan uri lalu dapat masuk ke dalam system peredaran darah fetus lalu mengganggu pembentukan kaki, pembentukan tangan bayi dan lain lain proses .. Akibatnya bayi yang dilahirkan mengalami tangan atau kaki yang pendek, kecil atau tiada tangan atau kaki .

Sila klik:



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.