About This Blog
2:94 Katakanlah: Jika kampung akhirat khusus
untukmu di sisi Allah, tanpa manusia yang lain, maka hendaklah kamu cita cita
mati, jika kamu orang yang benar.
3:169 Janganlah
engkau kira mati, orang-orang yang telah terbunuh pada jalan Allah, bahkan
mereka itu hidup disisi Tuhannya, serta diberi rezeki.
4:78 Di mana juapun
kamu berada, niscaya maut akan mendapati kamu, meskipun kamu tinggal dalam
benteng yang tertinggi. Jika mereka beroleh kebaikan, mereka berkata:
(Kebaikan) ini dari sisi Allah. Tetapi jika mereka ditimpa kejahatan, mereka
berkata: ini dari sisi engkau (ya Muhammad). Katakanlah : Semuanya itu dari
sisi Allah. Mengapakah kaum itu hampir tiada mengerti perkataan itu?
7:25 Allah berfirman
: Di bumi itulah kamu hidup, dan di sanalah kamu mati dan daripadanya kamu akan
dikeluarkan nanti (berbangkit).
7:34 Bagi tiap2 umat
ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu , tiada dapat mereka minta
mengundurkannya dan tiada pula minta mendahulukannya sesaat juapun.
10:46 Jika Kami
perlihatkan kepada engkau, sebahagian (siksa) yang Kami janjikan kepada mereka
atau Kami wafatkan engkau lebih dahulu, maka kepada Kami mereka kembali,
kemudian Allah menjadi saksi atas apa apa yang mereka perbuat.
10:49 Katakanlah :
Aku tiada berkuasa menolak kemelaratan dari diriku dan tiada pula mendapat
kemanfaatan, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap tiap umat ada ajal.
Apabila datang ajal mereka, maka tiada terlambat mereka sesaat pun dan tiada
pula terdahulu.
16:61 Kalau sekiranya
Allah menyiksa manusia disebabkan aniayanya, niscaya tiada ditinggalkanNya
sesuatu yang melata di muka bumi, tetapi mereka diberiNya tempoh, sampai masa
yang ditentukan. Apabila datang ajal mereka, maka tiadalah mereka terlambat
sesaat pun dan tiada pula terdahulu.
17:85 Mereka bertanya kepada engkau tentang ruh.
Katakanlah: Ruh itu sebahagian dari urusan Tuhanku; kamu tiada diberi
pengetahuan melainkan sedikit.
21:35 Tiap tiap diri
(yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan,
sebagai satu ujian; Kepada kami kamu akan dikembalikan.
23:115 Adakah kamu kira, bahawa Kami menjadikan kamu dengan
percuma (main main saja) dan kamu tiada
akan kembali kepada Kami?
23:116 Maka
Mahatinggi Allah yang menguasai (alam), lagi sebenarnya Tuhan, tidak ada Tuhan
melainkan Dia yang mempunyai arasy yang mulia.
29:2 Adakah manusia
mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman, tanpa
mereka mendapat cobaan.
29:40 Masing masingnya Kami siksa, kerana dosanya; di antara
mereka ada yang Kami kirim kepadanya angin tofan (yang mengandungi pasir) dan
di antara mereka ada yang disiksa oleh teriakan yang keras (terus mati) dan di
antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada
yang Kami tenggelamkan (dalam laut). Allah tiada menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
29:57 Tiap tiap diri
(manusia) mesti merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
30:41 Telah lahirlah
bencana di darat dan di laut, kerana usaha tangan manusia, supaya Allah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang mereka
perbuat, mudah mudahan mereka kembali (taubat).
33:23 Di antara
orang-orang Mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah
dijanjikannya kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah sampai ajalnya
(mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya
(ajalnya), dan mereka tiada menukar (janji) dengan tukaran apa pun.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.