Apabila kita menjadi imam,
hendaklah kita prihatin dengan Jemaah di belakang kita…. Cuba kita intai intai
barang kali ada pesakit resdung yang baru saja menjalani pembedahan hidung.
Apabila imam sujud terlampau lama, makmum di belakang terpaksa juga ikut sujud
dengan masa selama mana sang imam masih bersujud kerana jika makmum bangkit ini
boleh membatalkan solat makmum berkenaan…
Tetapi adalah menjadi
pengalaman yang sangat menyiksa andai pesakit resdung (allergic rhinitis ) dan
sinusitis tersebut baru saja menjalani pembedahan sudah tentu akan jadi saat
yang paling getir lagi menyiksakan baginya…
Begitu juga dengan pesakit
yang demam dan sakit kepala mungkin mereka akan mengalami sakit kepala semasa
lama bersujud itu. Kita tidak menyedarinya kerana kebanyakkan mereka segan
memberitahu anda kerana mereka takut dilabel sebagai anti agama.
Mungkin juga pada hari solat
jumaat itu ada makmum yang bersujud di atas tanah kerana tidak dapat tempat di
dalam masjid yang sempit. Habuk tanah mengandungi banyak bakteria ( contoh bakteria
seperti bakteria
Burkholderia_pseudomallei boleh sebabkan penyakit
Melioidosis ). Sekiranya imam sujud terlalu lama, dikhuatiri akan menyusahkan
makmum kerana makmum terpaksa menyedut nafas dari debu tanah.
Barangkali juga ada pesakit
asthma yang menyedut debu pada karpet akan menyebabkan makmum mendapat serangan
asthma disebabkan waktunya bersujud terlalu lama menyedut debu tanah.
Sekiranya Nabi Allah Rasullulah
masih hidup sudah tentu baginda akan melarang imam bersujud terlalu lama kerana
mungkin telah memudaratkan makmum di belakangnya. Rasullulah sendiri pernah
memendekkan waktu sembahyang apabila terdengar suara anak kecil menangis untuk
membolehkan penjaga yang menjadi makmum merawat anak kecilnya. Rasullulah juga melarang
imam menyusahkan makmum mahupun sekiranya ada individu yang menyusahkan
individu lain. Demikian juga dengan pesanan Allah melalui Surah Al Maidah : ayat
32
Sekiranya anda bersolat
seorang diri, maka anda boleh saja bersujud selama mana yang anda suka…. Justeru itu… fikir fikirkanlah….
Sila Klik Di Bawah:
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.