SEJARAH TOK JANGGUT SEHINGGA PEPERANGAN TERCETUS
KEBANGKITAN TOK JANGGUT AKIBAT KEBIADAPAN BRITISH
https://nuramalinaminna.weebly.com/blog/sejarah-tok-janggut-sehingga-peperangan-tercetus
PENGENALAN
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas, merupakan anak
kepada Pesuruhjaya Raja Kelantan di Kota Jeram.
PERANG TOK JANGGUT 29/04/1915
Pada hari ini dalam tahun 1915 bermulalah detik awal penentangan yang lebih dikenali sebagai “Perang Tok Janggut” untuk menentang system pentadbiran British di Kelantan.
Mula tercetus apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan
Che Wan, seorang anggota Polis British yang berakhir dengan kematian Sarjan
itu.
FAKTOR PENENTANGAN
a) British memperkenalkan peraturan
cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa
yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih dan ternakan lembu serta
kerbau.
c) Kesukaran membayar cukai kerana
pejabat cukai terletak di bandar. Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap
dan didenda. Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan
penduduk terhadap British.
d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru
umat Islam berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan
tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
https://nuramalinaminna.weebly.com/blog/sejarah-tok-janggut-sehingga-peperangan-tercetus
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.