Total Pageviews

Saturday 18 July 2020

Kampung Melayu hangus dibakar

 

 

 

https://malaysiadateline.com/kubur-jww-birch-yang-dibunuh-datuk-maharajalela-terbiar/

 

Kawasan Bandar Baru yang dibina Residen British JWW Birch selepas termateri Perjanjian Pangkor 1874, kini terbiar.

Malah kubur pegawai tinggi British itu dipenuhi belukar dan tidak diendahkan.

Mayat Birch bagaimanapun telah dibongkar dan dibawa pulang ke Britain.

Pensyarah Universiti Teknologi Petronas Dr Muhaimin Sulam yang berkunjung ke tapak bandar tinggalan penjajah itu mendapati kesan-kesan sejarah yang ada juga tidak dipulihara.

“Inggeris menghantar JWW Birch ke Perak sebagai Residen British. Tugas Birch adalah ‘menunjukkan cara baginda memerintah negeri dengan baik’. Itulah hasrat yang ditulis dalam surat Raja Abdullah kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Andrew Clarke.

“JWW Birch memilih sebuah tempat yang strategik kerana tebing sungai kawasan tersebut rendah dan berada di tengah-tengah kubu orang Melayu. Tempat itu dikenali sebagai ‘Bandar Baru’. Birch bina rumah kediaman, pejabat dan tempat askar sepoi.

“Tempat ini pernah dijadikan tempat bersemayamnya Sultan Abd. Malek Mansur Shah, Sultan Perak ke-19,” tulis Dr Muhaimin di laman facebook beliau.

Menurutnya, sebelum bandar baru itu dibina, ada sebuah penempatan yang dikenali sebagai Bandar dan Bandar Tua.

Semasa menjadi pusat pemerintahan Sultan Abd. Malek, bandar baru menghadapi ancaman dari Sultan Selangor, Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim menuntut kawasan yang ditakluk oleh Sultan Perak.

Sultan Perak mendirikan Kota Lumut sebagai kota pertahanan sebarang serangan Selangor ke atas Bandar Baru.

Sultan Abd. Malek mangkat dan dimakam di Bandar Baru.

JWW Birch dibunuh di Pasir Salak, kubu Dato’ Maharajalela.

Mayatnya hanyut di Sungai Perak dan ditemui di Bandar Baru selepas empat hari dibunuh, lalu dikebumikan dalam satu istiadat yang sederhana di situ.

Tentera Inggeris yang dipimpin Frank Swettenham menjadikan Bandar Baru sebagai pangkalan melancarkan serangan terhadap Dato’ Maharajalela dan para pengikutnya.

Bantuan diterima daripada Pulau Pinang Hong Kong, India dan London.

Tentera Inggeris menyerang dua kampung Melayu dan membakar hangus rumah orang kampung.

Ramai yang dibunuh dan sebahagiannya lari ke dalam hutan.

Tentera Inggeris kemudiannya kembali ke Bandar Baru bagi meraikan kejayaan mereka memusnahkan kota Dato’ Maharajalela.

“Kini, Bandar Baru sepi tiada lagi penghuni. Yang tinggal hanya perigi buta, tangga batu, lantai masjid. Tiada bekas kota Birch.

“Yang ada hanya jirat Birch dan kunco-kunconya terbiar. Penghuni Bandar Baru berpindah ke kawasan lain kerana air Sungai Perak sering menenggelami tempat mereka.

“Bandar Baru telah mati, tenggelam dan hilang,” tulis Dr Muhaimin.

 

 

https://malaysiadateline.com/kubur-jww-birch-yang-dibunuh-datuk-maharajalela-terbiar/

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.