Generasi
lebih mengenal Flor de l’amour daripada Mendam Berahi
Kapal Mendam Berahi
adalah sebuah kapal jenis ghali/gholi yang amat berbeza sekali dengan
kapal-kapal lain yang sezaman dengannya. Kapal ini jauh lebih besar daripada
kapal "Flor De La Mar" . Ianya dibina pada Tahun 1453, Kapal Memdam
Berahi ini diterajui ataupun diketuai oleh Dato Laksamana Hang Tuah kemanapun
ia berlayar , Sungguh kapal ini amat besar dan begitu gah menyusuri seluas
lautan di dunia. Ianya adalah lambang keagungan dan kemegahan Kesultanan Melaka
suatu ketika dahulu.
Panjang kapal ini ialah
328 kaki dan lebarnya pula 36 kaki. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia
dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Kapal ini mempunyai 7 tingkat di mana 2
tingkat berada di bawah paras air dan 5 tingkat lagi berada di atas. Terdapat
tiga tiang layar utama, layar yang terletak di tengah-tengah disebut sebagai
layar agung. Kapal yang besar ini turut mempunyai dayung berjumlah 100 buah
yang menempatkan 50 di kiri dan 50 di kanan, Setiap dayung pula dikendalikan
oleh 2 orang dan itu bermakna pendayung saja ada 200 orang.
Kapal ini mempunyai 2
dek. Dek di belakang adalah untuk raja yang dibalut dengan kain baldu berwarna
kuning. Pemegang di dek ini diperbuat dari emas. Pada dek hadapan pula adalah
untuk orang-orang kebanyakan dan Dek hadapan ini dilengkapi dengan 5 buah
meriam besar dan berpuluh-puluh lagi meriam di sisi-sisi kapal termasuklah
lela, rentaka serta pemuras dan lain-lain senjata.
Muatan kapal ini
dianggarkan sekitar 500 ke 700 tan. Di muncung kapal diperbuat dari teras kayu
cengal batu , diruncing dan ditajamkan (Ramming Beam) Fungsinya ialah untuk
merempuh dan menghancurkan kapal lain apabila bertemu musuh, Caranya dengan
menurukan layar dan pendayung akan mendayung laju ke arah badan kapal musuh dan
merempuh kapal tersebut hingga berkecai serta para perajurit akan melompat ke
kapal musuh. Hebat bukan ? Mendam Berahi ini amat digeruni di lautan apatah di
perairan selat Melaka.
Dalam catatan sejahrawan
Portugis iaitu Gasper Corriea dalam bukunya "Lendas Da India (Legend Of
India)" beliau turut menyelitkan keagungan dan kehebatan Kapal Mendam
Berahi buatan Melayu ini , Beliau begitu kagum dengan dinding kapal ini yang begitu
tinggi sehinggakan tiada siapa mampu memanjat , Malah ribut dan taufan bukan
penghalang bagi Kapal Mendam Berahi ini, Walaupun dibedil kapal musuh ianya
tetap kukuh dan tidak karam. Kerana dinding kapal ini mempunyai 4 Lapisan kayu
yang begitu keras dan walau dibedil oleh meriam Portugis ianya hanya mampu
menembusi 2 lapisan dinding kapal Mendam Berahi.
Dato Laksamana Hang Tuah
pernah ke siam untuk membeli gajah menggunakan kapal mendam Berahi , Ketika itu
kapal ini mampu memuatkan sehingga 20 ekor gajah, Dan ketika itu juga di atas
kapal ini dilengkapi dengan peralatan perang seperti rentaka, meriam dan
senjata lain, berpuluh ekor kuda perang dan beratus orang tentera. Jadi korang
bayanglah luas mana kapal Mendam Berahi yang Gah ini ditambah pula Kapal ini
diketuai oleh Hulubalang Termasyur Melaka Dato Laksamana Hang Tuah setiap kali
ia berlayar menyusuri lautan.
Kapal ini pernah
digunakan oleh Sultan Mahmud Syah ketika baginda mahu meminang puteri raja
Majapahit. Kapal ini turut ke China ketika Dato Laksamana Hang Tuah diutus
sebagai duta Sultan Melaka ke Kota Larangan Maharaja Dinasti Ming. Ketika ia
berlabuh di china pastinya orang-orang di china ketika itu terkejut dan begitu
kagum dengan Kapal Mendam Berahi sehinggakan China pernah mengimport 200 buah
kapal daripada Melaka, Kerana mereka mempercayai buatan dan teknologi pembuatan
kapal di Melaka ketika itu begitu hebat. Selain china Dato Laksamana Hang Tuah
juga pernah berlayar dengan Kapal ini ke Jeddah, Ceylon , Istanbul dan banyak
lagi.
Inilah sedikit sebanyak
sejarah kehebatan kapal perang Mendam Berahi yang perlu kita ingati. Kita harus
bangga bahawa nenek moyang Melayu kita dahulu merupakan orang-orang yang hebat.
Mereka handal dalam apa jua bidang dari pertukangan sehinggalah ilmu pelayaran
membaca angin , cuaca dan arah. Walaupun kapal ini sudah tiada untuk kita
melihat dengan dua mata kepala kita tetapi ada banyak catatan termasuk catatan
tom pires mengenai besarnya kapal ini dan kisah-kisah kehebatannya yang masih
terpahat dan tersimpan dalam lipatan sejarah dan akan terus dikenang sampai
bila-bila.
Saya memang sangat
tersangat mengharapkan agar ada usaha dari Kerajaan untuk membina kembali Kapal
Mendam Berahi yang begitu Agung ini pada suatu ketika dahulu , Semoga suatu
hari nanti, impian seluruh pelusuk Nusantara yang ingin melihat kapal ini
dibangunkan semula dapat direalisasikan. Aamiin Ya Mujib.
*Saya tertanya-tanya
dari dahulu sehingga kini dimana agaknya kapal mendam berahi ini berada. Hanya
Allah Ta'ala Yang Maha Mengetahui , Boleh jadi ianya akan muncul dan digunakan
untuk perang akhir zaman kelak.
Sumber
Kredit Tengku Daeng Mawelle
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.