Sejarah
Negara disembunyi di luar Negara
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/12/98640/bongkar-fakta-tersembunyi
Kuala Lumpur: Sarjana tempatan perlu ke
luar negara membuat kajian terperinci mengenai Laksamana Hang Tuah untuk
membuktikan kewujudan pahlawan Melayu itu berdasarkan fakta ‘tersembunyi’ di
seluruh dunia, sekali gus menolak dakwaan ia hanya mitos.
Pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim berkata, walaupun sering diberitahu sejarah negara banyak
tersimpan di luar negara, namun tidak ramai sarjana tempatan yang sanggup dan
berpeluang membuat kajian di sana disebabkan kekangan bahasa serta kewangan.
“Kerajaan perlu memberi geran dan galakan kepada
sarjana tempatan untuk membuat kajian lanjut mengenai sejarah negara termasuk
catatan berkaitan Laksamana Hang Tuah yang banyak tersimpan di luar negara.
“Negara kita agak ketinggalan dari segi
sejarah dan geografi berbanding negara maju lain kerana ada beranggapan ia
tidak penting, sedangkan ia tunjang jati diri kita untuk menyemai semangat
patriotik dan sebab itu kita tengok golongan muda kini ramai tidak sedar
kepentingan sejarah serta asal usul mereka,” katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesahihan
kewujudan Laksamana Hang Tuah, Khoo berkata, masyarakat tidak boleh bergantung
kepada hikayat semata-mata dan memerlukan bahan bukti yang boleh diuji bagi
menentukan kebenarannya.
“Kita perlu ada bukti rekod sezaman yang
boleh diterima bagi membuktikan kewujudan Laksamana Hang Tuah, jadi sarjana
tempatan perlu ke luar negara membuat kajian ini kerana manuskrip mengenai
sejarah negara banyak tersimpan di serata dunia.
“Setakat yang saya tahu, bahan mengenai
Laksamana Hang Tuah ada juga di New Delhi, India tetapi tidak ada sarjana
tempatan pergi ke sana membuat kajian.
“Di China pula, ada disebut seorang
laksamana Melayu pernah ke sana dan besar kemungkinan merujuk kepada Hang
Tuah,” katanya.
Beliau berkata, penyelidikan di dalam
negara sahaja tidak mencukupi kerana ia bergantung kepada sumber lisan dan buku
sejarah yang tidak lengkap seperti tiada tarikh berbanding manuskrip luar
negara yang ditulis dengan teliti serta lengkap termasuk ada tersimpan rapi di
perpustakaan utama dunia.
Baru-baru ini, dua penyelidik Universiti
Putra Malaysia (UPM) menemukan tiga sumber utama untuk membuktikan kewujudan
pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah sebagai satu sejarah dan bukan kisah
dongeng.
Profesor Linguistik Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi UPM Prof Emeritus Dr Hashim Musa dan Pensyarah Kanan Jabatan
Bahasa Melayu dari fakulti sama Dr Rohaidah Kamaruddin menemui satu dokumen dan
satu artifak diterima daripada kerajaan Ryukyu (kini Okinawa) di Jepun serta
satu dokumen dari Portugal.
Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/12/98640/bongkar-fakta-tersembunyi
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.