Sejarah
Negara dirahsiakan di luar Negara
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/01/106162/mencari-sejarah-hilang
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyediakan
satu geran khas kepada pengkaji tempatan untuk mengesan semua dokumen atau
catatan di zaman kegemilangan empayar Melaka termasuk sejarah Laksamana Hang
Tuah bagi membuktikan kewujudannya kepada generasi masa depan.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia
Kamarul Baharin A Kassim berkata, ini kerana sebahagian besar rujukan sejarah
itu bersandarkan dokumentasi yang direkodkan penjajah Inggeris disebabkan tidak
wujud sistem penyimpanan rekod di zaman kegemilangan tamadun Melayu.
Beliau berkata, disebabkan masalah itu,
proses mencari maklumat mengenai sejarah dan tamadun Melayu secara tepat
mengalami kesukaran sehingga menimbulkan polemik seperti kewujudan Hang Tuah.
“Pencarian dokumen seperti hikayat, sajak
dan syair boleh dilakukan dengan mengakses bahan sejarah itu di beberapa tempat
simpanan seperti universiti luar negara.
“Ini kerana universiti di negara itu sudah
wujud pada abad keenam menyebabkan saya yakin maklumat mengenai tamadun Melayu
mampu diperoleh sekiranya dibuat secara komprehensif,” katanya ketika ditemui
di sini, kelmarin.
Kamarul Baharin berkata, tamadun Melayu
pada zaman lampau sangat tinggi sehingga bahasa Melayu digunakan sebagai
‘lingua franca’ atau bahasa utama perdagangan, tetapi kegemilangan itu tidak
menjadi kebanggaan generasi sekarang.
Sebagai contoh, katanya, sejarah
mencatatkan bahtera yang dibina oleh orang Melayu pernah dikatakan berada
hampir di semua pelabuhan di dunia.
“Orang Inggeris sendiri mengakui kehebatan
teknologi pembinaan bahtera kita, tetapi ia digunakan semata-mata untuk
perdagangan bukan penaklukan seperti Sepanyol, Belanda atau Portugis.
Malangnya, kemahiran atau teknologi pembinaan bahtera itu lenyap selepas
penjajah menghapuskan generasi pembuat bahtera,” katanya.
Sementara itu, di Melaka, Pengasas Pusat
Penyelidikan Warisan Wong Kampung (WAK) Datuk Dr Ibrahim Ghaffar berkata,
kekurangan kajian dan fakta yang tepat menyebabkan berlaku kekeliruan dalam
masyarakat terutama apabila ada pihak mendakwa Hang Tuah sekadar mitos dan
timbul pihak mengaku sebagai pewaris Kesultanan Melayu Melaka.
“Saya yakin jika kerajaan menyediakan geran
secukupnya, ramai pengkaji universiti awam (UA) tempatan tampil melakukan
kajian, akhirnya memberikan faedah kepada masyarakat di negara ini,” katanya
ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Sejarah
dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD) di Duyong, di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi PESAWAD Khalid
Hussin berkata, kajian mengenai Hang Tuah dan Kesultanan Melayu Melaka perlu
dilakukan secara mendalam kerana kedua-duanya saling berkait.
“Kami sedia membantu, ia mungkin mengambil
masa kerana perlu dilakukan secara teliti untuk mendapat fakta yang betul,”
katanya.
Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016
Sampai bilakah kita sanggup ditertawakan sebagai satu
bangsa yang tidak ambil berat dan tidak kisah dengan asal usul pengorbanan
perjuangan bangsanya?
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/01/106162/mencari-sejarah-hilang
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.