Total Pageviews

Saturday, 18 July 2020

Rahsia Disebalik Kota A Famosa

 

Rahsia Disebalik Kota A Famosa

 

https://ladyofmalaysia.blogspot.com/2011/02/btn-rahsia-disebalik-kota-famosa.html

 

Penjajahan yang paling kejam adalah penjajahan Portugis : kerana binaan Kota A Farmosa  adalah binaan daripada batu bata daripada robohnya Istana Sultan Melayu Melaka, rumah-rumah orang melayu & Islam, serta masjid-masjid orang islam & kubur pahlawan. Daripada hasil Portugis robohkan semua di atas la dibinanya kota A Farmosa. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.

"Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain." -info PMR

 

Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu? 

Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan ( mungkin juga masjid ) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan. 

Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.) 

Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana? 

 

 

https://ladyofmalaysia.blogspot.com/2011/02/btn-rahsia-disebalik-kota-famosa.html

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.