Total Pageviews

Thursday, 29 September 2016

Cirit birit di kalangan bayi dan kanak kanak



Anda pernah mengalami anak kecil atau bayi anda cirit birit yang berpanjangan? Ia mungkin disebabkan oleh Rota Virus. Rotavirus adalah agen penyebab penyakit gastroenteritis (radang usus atau cirit birit). Usus yang dijangkiti adalah usus kecil.

Rota Virus adalah agen penyebab yang kerap menjadi punca cirit birit di kalangan bayi kecil atau neonates. Sekiranya anda menyusu badan, si kecil mungkin terselamat dari cirit kerana terdapat antibodi ibu di dalam susu badan anda masuk ke badan bayi bagi melindungi bayi! Justeru bayi berumur antara 6 hingga 2 tahun adalah paling berisiko mendapat jangkitan Rota Virus.
Biasanya orang dewasa imun kepada Rota Virus.

Tanda tanda jangkitan adalah anak mengalami cirit birit yang teruk, loya, muntah, demam dan kekurangan air dalam badan. Kanak kanak di bawah umur lima tahun adalah berisiko tinggi mendapat jangkitan Rota Virus.

Risiko jangkitan boleh disebarkan ke kanak kanak lain mahupun orang dewasa. Anak anda biasanya ambil masa dua hari sebelum mengalami cirit birit. Muntah dan cirit boleh berpanjangan antara 3 hari sehingga seminggu.

Rawatan jangkitan Rota Virus adalah simptomatik. Tiada antivirus bagi merawat penyakit ini. Suruh anak anda minum air selalu. ORS boleh diberikan. Untuk kes teruk, anda boleh memberi tambahan air Normal Saline melalui saluran intravena di hospital.

Walaubagaimanapun, telah ada vaksin bagi mencegah jangkitan Rota Virus.


Fakta:
Cara Jangkitan = Faecal oral
Tempoh eraman = 2 – 4 hari
Muntah adalah tanda paling menyerlah diikuti oleh cirit birit.
Najis berair dan terdapat mucus
Selain Rota Virus, terdapat virus virus jenis lain yang juga menyebabkan cirit birit di kalangan bayi kecil:
     Norwalk virus
     Adenovirus


Monday, 12 September 2016

Zainal Survive Cancer



rujukan: http://www.mummynemo.com

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2012: Dua tahun menderita menghidap penyakit kanser kolon, penyanyi Zainal Abidin, mengakui kini dirinya telah pun bebas daripada penyakit tersebut. Jelas Zainal Abidin, ketika mendapat tahu menghidap kanser, penyakitnya telah pun disahkan berada di peringkat ketiga, namun dia bersyukur setelah menjalani rawatan tradisional cina di Klang, akhirnya kini dia bebas daripada belenggu penyakit berkenaan.

“Saya disahkan menghidap kanser kolon dua tahun lalu. Saya memang terkejut kerana selain kanser saya juga mempunyai tiga lagi penyakit lain iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Apabila disahkan menghidap kanser, di tahap ketiga, pada mulanya saya mahu mendapatkan rawatan di hospital. “Namun apabila memikirkan rawatan di hospital kelak akan membuatkan saya perlu makan ubat-ubatan yang banyak serta mempunyai kesan lain pula, saya nekad mencari pusat rawatan tradisional cina. Alhamdulillah setelah setahun berubat saya pergi semula ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan disahkan bebas kanser,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran konsert The Legendary Concert 2012 , semalam di Hard Rock Café, KL.

Malah jelas pelantun lagu Hijau ini lagi, bukan sahaja kansernya pulih bahkan tiga lagi penyakitnya turut sembuh. Bersyukur dengan apa yang berlaku, kini jelas Zainal Abidin, fokusnya pada kerjaya seninya semula. Tutur Zainal Abidin, dia kini baru sahaja muncul dengan single baru berjudul Kami. Malah dua lagi single barunya berjudul Alam serta Tercipta Untukmu bakal diperkenalkan kepada peminat. “Kini badan saya sihat dan saya rasa lebih aktif dan bertenaga. Saya telah pun muncul dengan single baru berjudul Kami yang akan dimainkan di radio tidak lama lagi. Dalam pada itu, dua lagi single saya juga akan diperkenalkan selepas itu. “Semua itu merupakan satu strategi untuk memberitahu peminat bahawa saya kini aktif dan album baru saya akan berada di pasaran tidak lama lagi.”katanya

Sarimah Survive Cancer


Berpantang maut sebelum ajal

Oleh MUZLINA ABU BAKAR04/04/2011


BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai.
Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri.
Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau.
Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini.
Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam.
Aktres Sarimah atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Mah pagi itu hadir ditemani anak kelimanya, Yusarima Puteri.
Tidak banyak yang berubah pada Sarimah. Pada usianya mencecah 68 tahun, beliau masih manis biarpun sekadar mengenakan solekan yang nipis.
Bagaimanapun, dalam kesederhanaan itu, pada wajahnya sebetulnya terpancar kesedihan yang cuba diselindungi tuan punya dirinya yang kental dengan semangat juang yang tinggi, apa lagi untuk berhadapan dengan ujian maut selama setahun kerana kanser - penyakit yang amat digeruni dan menjadi antara penyakit paling berbahaya di dunia era moden ini.
Semangat berlawan dengan penyakit yang dikongsi dengan Sarimah pada awal perbualan sudah cukup menjelaskan betapa beliau sentiasa reda dengan ujian Ilahi.
Mengenali Sarimah, beliau tidak pernah lekang diuji sejak dari usia mudanya sehingga mendaki usia emas. Ibu tunggal kepada enam orang anak ini tidak henti-henti melafazkan rasa syukur pada Yang Maha Esa kerana kuasaNya itu mengatasi apa yang pernah diungkapkan oleh pengalaman perubatan.
Bila doktor memberitahu jangka hayat Kak Mah hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Kak Mah amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya. Kak Mah harus menerima qada dan qadar Tuhan, Sarimah memulakan perbualan dalam nada yang cukup sebak.
Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.
Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.
Kak Mah masih ingat tarikh 20 April tahun lalu, bila Farawahida, Jamil dan Siti Rohani (arwah menantu yang meninggal kerana kanser payu dara pada Julai tahun lalu) membawa Kak Mah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan keputusan perubatan, Kak Mah hanya berserah pada Allah.
Tatkala doktor mengesahkan Kak Mah mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Kak Mah hanya melafazkan `aku reda.
Sebab Kak Mah percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua, sambung Sarimah dengan nada bergetar.
Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.
Kak Mah cuba kuat, namun hati seorang wanita tidak dapat menahan air mata daripada menitis. Waktu itu Kak Mah memandang Ida, Jamil dan Siti Rohani yang terdiam kaku.
Walaupun hati ini digayut sedih namun Kak Mah reda dan yakin selagi belum sampai ajal, Kak Mah akan berusaha untuk membebaskan diri daripada penyakit ini.
Cuma doa Kak Mah ketika itu, agar Allah beri peluang kepada Kak Mah untuk menunaikan umrah walaupun untuk kali terakhir pada bulan Ramadan lalu. Alhamdulillah, doa Kak Mah dimakbulkanNya, cerita Sarimah dalam nada sebak.
Sebetulnya, tidak ramai yang mengetahui primadona yang bakatnya diasah oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu sudah diserang kanser sejak 2007 lagi.
Waktu itu, dalam seminggu sekurang-kurangnya Kak Mah demam dan batuk sampai tiga empat hari. Bila makan ubat, demam kebah dan batuk pun reda.
Bukan itu sahaja, malah kadang-kadang waktu tengah malam, tiba-tiba lidah Kak Mah keras. Kak Mah tak boleh rasa apa pun. Kepala sakit macam nak putus nyawa.
Walaupun ketika itu, Kak Mah memujuk hati ini agar sabar namun kadang-kadang Kak Mah dapat rasakan maut bagaikan di depan mata. Apa yang mampu Kak Mah lakukan, hanyalah meminum air zam-zam yang menjadi minuman utama Kak Mah setiap hari.
Bukan itu sahaja, malah Kak Mah sering diserang sakit kepala yang amat sangat dan mata semakin kabur. Bila penyakit itu datang menyerang, Kak Mah rasa dunia ini bagaikan gelap dan tidak punya apa-apa lagi, Sarimah mendedahkan derita yang dilalui dengan penuh keinsafan.
Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.
Sebagai seorang muslim, Sarimah berpegang pada ketentuan seandainya Allah mencabut nyawanya pada bila-bila masa, dia reda namun kewajipan sebagai hambaNya tidak akan sama sekali dipersiakan.
Ada ketika dalam serba kesulitan juga, Sarimah tetap mendekati Allah biarpun dalam keadaan terbaring.
Namun, satu hal yang tidak sanggup untuk dilalui pelakon Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu ialah proses perubatan kimoterapi yang disyorkan doktor kerana proses itu amat menyakitkan.
Melihat kedegilan kak Mah enggan menjalani kimoterapi, Usha membawa kak Mah berjumpa doktor dan memberitahu keadaan sebenar. Bukan Kak Mah tidak percaya dengan perubatan moden, tetapi dalam usia Kak Mah ketika itu sudah mencecah 67 tahun ketika, tubuh Kak Mah tidak mampu menerimanya lagi.
Bagi Kak Mah biarlah Kak Mah bertahan begitu dan jika Allah akan menjemput Kak Mah pulang, Kak Mah reda daripada menjalani proses kimoterapi, kata Sarimah berkali-kali.
Beruntung Sarimah kerana beliau disayangi ramai. Saudara-mara dan kenalan rapat yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya turut sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.
Ini termasuk saudara terdekat, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan isteri yang tidak pernah putus mengadakan solat hajat mendoakan kesihatannya.
Ketika Sarimah menanggung kesakitan yang amat sangat dan teraba-raba untuk mencari ubat, seorang kawan membawanya berjumpa seorang Profesor yang dikenali sebagai Prof. Syed yang menawarkan makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico.
Sebelum mengamalkan pil supplemen ini, Kak Mah harus menjalani ujian darah. Hasil daripada keputusan ujian darah itu barulah Profesor berkenaan mengetahui penyakit Kak Mah. Keputusannya, Prof. Syed mendapati Kak Mah mengidap kanser hidung dan otak tahap empat dan Kak Mah juga ada masalah jantung, Sarimah menjelaskan hasil penemuan dengan professor berkenaan.
Amalan dan gaya hidup Sarimah selama ini sememangnya positif dan memenuhi kriteria mereka yang sihat. Beliau amat menjaga kesihatan terutama dari aspek pemakanan selain sentiasa mengadakan senaman ringan setiap hari.
Justeru, apabila disahkan mempunyai masalah jantung, beliau sendiri keliru dan tertanya-tanya kenapa ia berlaku pada dirinya.
Akhirnya kak Mah berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang kak Mah katakan sebagai umat Islam, kak Mah reda dengan ujian Allah. Dengan wang simpanan yang kak Mah ada serta bantuan anak-anak, kak Mah bersedia menjalani rawatan alternatif yang ditawarkan," jelasnya yang berterima kasih kepada anak-anak yang sentiasa mengambil berat soal kesihatannya.

Datin Endon Survive Cancer




Sikap positif bantu lawan kanser

Oleh ZUHAYATI YAZID   14/06/2011

Tanggal 2006 adalah tahun paling mencemaskan kepada saya kerana didiagnos sebagai pesakit kanser. Tetapi saya bersyukur dan tidak panik walaupun penyakit itu kritikal.
"Saya yakin selagi mana saya ditakdirkan hidup, saya mantapkan fikiran yang positif untuk menghadapi segala kemungkinan,'' ujar Datin Rahmah Mahmood ketika berkongsi pengalaman mengenai kanser payu dara yang menyerang dirinya.
Cerita adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini, selepas pemergian kakak tersayang, dia disyorkan oleh doktor supaya menjalani ujian penentuan untuk memastikan bebas dari virus kanser.
"Setelah menjalani ujian saya disahkan sebagai pesakit kanser. Masa itu, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya selepas disahkan ada virus itu di tubuh saya.
"Tambahan pula, saya sendiri menyaksikan keperitan melihat kakak Endon berhempas pulas melawan penyakit yang cukup memeritkan itu,'' ujarnya tenang mengimbau pengalaman dirinya disahkan menghidap kanser payu dara.
Katanya lagi, mengingatkan keadaan bagaimana kakaknya melawan penyakit itu, menjadikannya serik dan takut. Namun mengenangkan kenapa perlu mengalah dan menyerah sahaja pada takdir membuatkan wanita cekal ini berubah hati untuk bingkas bangun dan bertekad untuk melawan penyakit tersebut.
"Saat itu juga saya mulakan misi untuk mencari rujukan dan maklumat. Malah ketika itu buku dan Internet adalah kawan yang paling rapat selain sokongan anak-anak.
"Malah hampir keseluruhan masa digunakan untuk mencari maklumat tentang penyakit tersebut.
"Sebenarnya bukan sesuatu yang senang untuk merawat kanser, saya perlu mengubah keseluruhan gaya hidup saya,'' ujarnya yang disarankan supaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan seterusnya menjalani proses kimoterapi.
Dalam usaha bersungguh-sungguh melawan penyakit, dia bersyukur seorang teman mengesyorkan dia bertemu dengan seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik terapi di Melbourne, Australia iaitu Dr. Vagif Soultanov.
Tutur wanita cekal itu, kehadiran lelaki itu bagaikan penyelamat dalam hidupnya. Ketika itu, hatinya kembali berbunga.
Malah, kata-kata semangat daripada doktor terebut membuatkan dia seolah-olah menerima motivasi dan bersemangat untuk terus berjuang melawan penyakit nombor satu yang menyerang kaum Hawa itu.
Tambahnya lagi, ketika itu dia dinasihatkan oleh Dr. Soultanov supaya terus mengikuti prosedur menjalani pembedahan sebelum membuat rawatan herba .
"Mungkin berkat kesabaran dan kesungguhan diri, akhirnya saya berjaya menjalani pembedahan itu dan kemudian mencuba rawatan alternatif yang menggunakan bahan semula jadi,'' katanya pada satu majlis memperkenalkan ubatan herba semula jadi secara alternatif untuk rawatan pesakit kanser.
Rahmah memberitahu, selepas menggunakan rawatan herba yang disyorkan oleh Dr. Soultanov keadaan dirinya semakin berubah dan menjadi semakin sihat dan kuat.
Kini selepas sekian lama menggunakan rawatan alternatif daripada Dr. Soultanof dirinya disahkan bebas daripada virus kanser.


bahaya ubat gegat



Naftalen atau mothballs atau ubat gegat telah diharamkan di Eropah dan China kerana kesan buruk kepada kesihatan. Justeru hindari keluarga anda dari pada menggunakan bahan yang berbahaya kepada kesihatan ini…


Naphthalene is an organic compound with formula C10H
8
. It is the simplest polycyclic aromatic hydrocarbon, and is a whitecrystalline solid with a characteristic odor that is detectable at concentrations as low as 0.08 ppm by mass.[12] As an aromatichydrocarbon, naphthalene's structure consists of a fused pair of benzene rings. It is best known as the main ingredient of traditionalmothballs.
In the early 1820s, two separate reports described a white solid with a pungent odor derived from the distillation of coal tar. In 1821,John Kidd cited these two disclosures and then described many of this substance's properties and the means of its production. He proposed the name naphthaline, as it had been derived from a kind of naphtha (a broad term encompassing any volatile, flammable liquid hydrocarbon mixture, including coal tar).[13] Naphthalene's chemical formula was determined by Michael Faraday in 1826. The structure of two fused benzene rings was proposed by Emil Erlenmeyer in 1866,[14] and confirmed by Carl Gräbe three years later.[15]
A naphthalene molecule can be viewed as the fusion of a pair of benzene rings. (In organic chemistry, rings are fused if they share two or more atoms.) As such, naphthalene is classified as a benzenoid polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH). There are two sets of equivalent hydrogen atoms: the alpha positions are numbered 1, 4, 5, and 8 (per diagram in right margin), and the beta positions, 2, 3, 6, and 7. Unlike benzene, the carbon–carbon bonds in naphthalene are not of the same length. The bonds C1−C2, C3−C4, C5−C6 and C7−C8 are about 1.37 Å (137 pm) in length, whereas the other carbon–carbon bonds are about 1.42 Å (142 pm) long. This difference, established by X-ray diffraction,[16] is consistent with the valence bond model in naphthalene and in particular, with the theorem of cross-conjugation. This theorem would describe naphthalene as an aromatic benzene unit bonded to a diene but not extensively conjugated to it (at least in the ground state). As such, naphthalene possesses several resonance structures. With alkali metals, naphthalene forms the dark blue-green radical anion salts such as sodium naphthalenide, Na+C10H8-. The naphthalenide salts are strong reducing agents. Naphthalene can be hydrogenated under high pressure in the presence of metal catalysts to give 1,2,3,4-tetrahydronaphthalene.

Exposure to large amounts of naphthalene may damage or destroy red blood cells, most commonly in people with an underlying G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) deficiency.[30] Over 400 million people have an inherited condition called glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency. Humans, in particular children, have developed this condition, known as hemolytic anemia, after ingesting mothballs or deodorant blocks containing naphthalene. Symptoms include fatigue, lack of appetite, restlessness, and pale skin. Exposure to large amounts of naphthalene may cause confusion, nausea, vomiting, diarrhea, blood in the urine, and jaundice (yellow coloration of the skin due to dysfunction of the liver).[31]
When the US National Toxicology Program (NTP) exposed male and female rats and mice to naphthalene vapors on weekdays for two years,[32] male and female rats exhibited evidence of carcinogenesis with increased incidences of adenoma and neuroblastoma of the nose, female mice exhibited some evidence of carcinogenesis based on increased incidences of alveolar and bronchiolar adenomas of the lung, and male mice exhibited no evidence of carcinogenesis.
The International Agency for Research on Cancer (IARC)[33] classifies naphthalene as possibly carcinogenic to humans and animals (Group 2B). The IARC also points out that acute exposure causes cataracts in humans, rats, rabbits, and mice; and that hemolytic anemia (described above) can occur in children and infants after oral or inhalation exposure or after maternal exposure during pregnancy. Under California's Proposition 65, naphthalene is listed as "known to the State to cause cancer".[34] A probable mechanism for the carcinogenic effects of mothballs and some types of air fresheners containing naphthalene has been identified.[35][36]
US government agencies have set occupational exposure limits to naphthalene exposure. The Occupational Safety and Health Administration has set a permissible exposure limit at 10 ppm (50 mg/m3) over an eight-hour time-weighted average. The National Institute for Occupational Safety and Health has set a recommended exposure limit at 10 ppm (50 mg/m3) over an eight-hour time-weighted average, as well as a short-term exposure limit at 15 ppm (75 mg/m3).[37]
Mothballs and other products containing naphthalene have been banned within the EU since 2008.[38][39]
In China, the use of naphthalene in mothballs is forbidden.[40] Danger to human health and the common use of natural camphor are cited as reasons for the ban.



Pewarna Makanan Cegah Sebelum Parah



Ramai antara kita memilih pewarna tiruan apabila saja mahu membuat air minuman, kuih muih, kek, ais krim, nasi hujan panas dsbnya yang berasaskan makanan….

Industri juga cenderung untuk menggunakan pewarna tiruan apabila membuat produk makanan kerana harganya yang murah di samping mudah apatah lagi menjimatkan masa. Sebagai contoh, belacan boleh ditambah dengan pewarna merah bagi menarik orang ramai. Air minuman juga mempunyai pelbagai warna menarik. Ada merah, ungu, kuning, jingga, hijau dsbnya.

Ramai tidak mengetahui terdapat dua jenis pewarna di pasaran iaitu pewarna yang dibenarkan dan juga pewarna tidak dibenarkan sebagai bahan tambah ( food additive ) dalam makanan.

Antara sebab pewarna ini diharamkan dalam produk makanan adalah kerana kesan buruknya kepada kesihatan, umpamanya, ia boleh menyebabkan kanser, merosakkan saraf, merosakkan buah pinggang, menyebabkan penyakit kurang darah (anemia), mengganggu pertumbuhan Normal kanak kanak dsbnya. Sebagai contoh, terdapat pengusaha belacan yang tidak bertanggungjawab menambah rhodamine B ke dalam produk belacan atau teh untuk warna merah. Rhodamine B adalah sejenis dye pakaian dan telah pula terbukti berbahaya dan sebagai penyebab kanser ( bahan karsinogenik ).

Untuk pewarna makanan yang dibenarkan pula adalah kerana sifat mereka yang belum dapat dibuktikan akan atau boleh memudaratkan kepada kesihatan manusia. Apabila kesan buruk pewarna ini dapat dibuktikan, pewarna makanan yang dibenarkan akan menjadi pewarna yang tidak dibenarkan. Tetapi, perkara ini selalunya mengambil masa yang sangat lama untuk dibuktikan kerana kejadian kanser, pembantutan otak, alzheimer dsbnya mengambil jangka masa yang lama sehingga puluhan tahun baru kesannya akan terpapar. Justeru, apakah kita sanggup menjadi guinea pig ( tikus ujikaji makmal ) bagi tujuan ini?

Justeru itu, sebagai amanat akhir, sudah sampai masanya kita melihat ke produk alami zaman tok nenek kita pada zaman dahulu kala iaitu berbalik kepada hasilan semulajadi. Ini disahkan dengan tok nenek kita dahulu mereka jarang mendapat penyakit kronik. Tok nenek kita mampu memanjat pokok kelapa walaupun sudah berumur lanjut. Mampu pula mengayuh basikal dalam jarak jauh kerana stamina mereka tinggi. Mereka jarang sakit dan hidup dalam suasana sihat dan boleh pula hidup sampai beratus tahun. Makanan mereka dari sumber asli segar lagi tidak tercemar. Mereka tidak mengunakan plastik sebagai bekas makanan. Malahan botol susu bayi adalah diperbuat sedari kaca yang berbentuk pisang.

Kadar kesuburan mereka tinggi dan rata rata mereka mempunyai lebih 10 orang anak. Walaupun beranak ramai, wanita zaman dahulu tidak pula mengalami reput tulang atau gigi luruh akibat osteoporosis.






Haiwan yg pandai cari jalan pulang


Banyak haiwan yang diciptakan Allah pandai mencari jalan pulang walaupun telah merantau jauh? Benar haiwan ini berupaya mencari semula jalan pulang mereka dengan tepat walaupun jauh dari tempat kediaman asal mereka.

1.    Lebah

2.    Rama rama Monarch

3.    Penyu

4.    Ikan Paus

5.    Ikan Salmon

6.    Merpati

7.    Arctic Tern

8.    Unggas Penjelajah ( Migratory Birds )

9.    Kucing

Bagaimana haiwan ini melakukannya? Mereka tiada mempunyai kompas atau belajar ilmu geografi dsbnya? Adakah mereka mendapat petunjuk dari :

1.    Bau?
2.    Genetik?
3.    Arus lautan?
4.    Naluri sendiri?
5.    Medan magnet bumi?
6.    Gambar Rajah minda?
7.    Komunikasi antara haiwan?
8.    Bulan bintang dan matahari?



Ribuan ikan Mati di Tasik




Jakarta: Sumber pendapatan nelayan di Tasik Citra di sini terjejas teruk apabila beribu-ribu ikan di tasik berkenaan mati tiba-tiba.
Pegawai perikanan dan saintis juga bingung dengan punca menyebabkan bertan-tan ikan mati dan terapung di tasik itu.
Bagaimanapun, hujan lebat di Jakarta sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadi punca.
Jabatan perikanan memberitahu, hujan lebat mungkin menyebabkan suhu air meningkat mendadak.
Keadaan itu mungkin menyebabkan paras oksigen dalam air menurun menyebabkan ikan di tasik berkenaan mati.
Sekumpulan nelayan dan sukarelawan semalam dilihat mengumpul bangkai ikan untuk dilupuskan bagi mengelak tasik itu tercemar.
Saintis juga mengambil sampel bangkai ikan dan air tasik untuk mencari punca kematian.
Seorang nelayan, Bambang, 47, berkata, pada mulanya dia melihat beberapa ekor ikan mati dan terapung.
“Beberapa jam kemudiannya jumlah ikan yang mati meningkat mendadak dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.
“Kejadian ikan mati seperti ini pernah berlaku, tetapi kali ini jumlahnya sangat banyak,” katanya.


Ada beberapa sebab boleh menyebabkan ikan mati.

1.    Oksijen berkurangan
2.    Pencemaran bahan kimia yg larut dalam air hujan lalu mengubah pH air
3.    Bahan kimia terlarut yang tidak sesuai untuk persekitaran ikan.


Jadi adakah ikan ini selamat untuk dimakan oleh manusia dalam jangka panjang? Sekiranya benar ikan2 ini mati disebabkan oleh bahan kimia sudah tentu tidak selamat untuk dimakan manusia untuk tempoh jangka panjang oleh kesan bioakumulatif.