Permudahkanlah Urusan
manusia
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
4:28 Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan
agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.
5:32 Oleh sebab
itulah, Kami tetapkan atas Bani Israel, bahawa sesungguhnya, siapa membunuh
seorang manusia, yang bukan membunuh orang atau bukan berbuat bencana di muka
bumi, maka seolah olah ia telah membunuh manusia semuanya. Barang siapa
menghidupkan seorang manusia, maka seolah olah ia telah menghidupkan manusia
sekaliannya. Sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa orang rasul Kami
dengan membawa keterangan, kemudian kebanyakkan mereka selepas itu melampaui
batas di muka bumi.
8:3 (Dan) orang orang yang mendirikan sembahyang dan
menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
8:4 Mereka
itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan
serta rezeki yang mulia.
8:8 Supaya Allah
menetapkan kebenaran dan menghapuskan yang batil, meskipun benci orang orang
yang berdosa.
8:9 Ketika kamu minta pertolongan kepada Tuhanmu, lalu
diperkenankanNya permintaanmu. Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu
malaikat yang beriring iringan.
31:17
Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf
(yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah
atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang
dicita citakan.
32:13 Jikalau
Kami kehendaki, niscaya Kami berikan petunjuk kepada tiap2 orang, tetapi telah
tetaplah perkataanKu, bahawa akan Kupenuhkan neraka jahanam dengan jin dan
manusia sekaliannya.
32:15 Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang
orang, bila mereka diberi peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap
sujud dan mereka tasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.
32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring
(kurang tidur malam hari), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan
ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepadanya.
32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan
untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah
mereka amalkan.
32:18 Adakah
orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak
bersamaan.
32:19 Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih,
maka untuk mereka syurga tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah),
sebab amalan yang telah mereka kerjakan.
58:11
Hai orang orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: Berlapang lapanglah
kamu dalam majlis, maka hendaklah kamu berlapang lapang, niscaya Allah
melapangkan untukmu. Dan apabila dikatakan Bangunlah (berdirilah) kamu, maka
hendaklah kamu berdiri, niscaya Allah meninggikan orang orang yang beriman
diantara kamu dan orang orang yang berilmu beberapa darjat. Allah Maha amat
mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu
perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah),
maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau
tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka
(sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami
suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang
kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan berikanlah
kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya kepada
mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas
kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang
kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah
kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang
telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu
dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.
74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak
meminta lebih banyak (daripadanya).
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
https://www.facebook.com/100000769711377/posts/4909753169060292/?d=w
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.