Buat Baik Pada Ibu bapa
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
2:23 Jika kamu dalam
ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka
perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari
pada Allah, jika kamu orang yang benar.
2:24 Kalau tidak
kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka
yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.
2:83
Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain
Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan
orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan
dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada
menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap
berpaling.
2:112 Ya, barang siapa yang telah
Islam (menundukkan) mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat baik, maka untuknya
pahala di sisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka
berduka cita.
2:180
Diwajibkan atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang diantara kamu,
jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk dua orang ibu bapa dan karib kerabat
dengan cara yang baik, sebagai kewajiban bagi orang orang yang bertaqwa.
2:195
Belanjakanlah ( hartamu ) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu
ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang
orang berbuat baik.
2:215 Mereka bertanya kepada
engkau, apakah yang akan mereka
nafkahkan? Katakanlah : Apa2 yang kamu nafkahkan dari harta, maka untuk
dua orang ibu
bapa, karib kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin dan orang orang berjalan. Apa2
yang kamu perbuat diantara kebaikan, maka sesungguhnya Allah Maha
mengetahuinya.
4:36
Kamu sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan suatupun dan
berbuat baiklah kepada ibu bapa, karib kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin,
tetangga yang karib dan tetangga yang bukan karib, teman sejawat, orang musafir
dan kepada hamba sahaya kamu. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang yang
sombong dan bermegah megahan.
6:151 Katakanlah: Marilah kamu, aku
bacakan apa apa yang diharamkan Tuhanmu atas kamu, (iaitu) janganlah kamu
mempersekutukan Allah dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa;
dan janganlah kamu bunuh anak2mu kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki
kamu dan mereka dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir
atau yang batin; dan janganlah kamu bunuh orang yang diharamkan Allah, kecuali
dengan hak. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah mudahan kamu
memikirkannya.
6:162
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya
bagi Allah, Tuhan semesta alam.
11:115
Hendaklah engkau sabar, kerana sesungguhnya Allah tiada menyia nyiakan pahala
orang orang yang berbuat kebaikan.
16:97 Barang siapa
mengerjakan kebaikan, baik laki-laki ataupun perempuan, sedang ia beriman,
niscaya Kami hidupkan dia dengan
kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih
baik dari apa yang telah mereka amalkan.
17:18
Barang siapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya didunia apa apa yang
Kami kehendaki untuk siapa yang kami kehendaki. Kemudian Kami adakan untuknya
neraka jahanam, ia masuk ke dalamnya, sedang ia tercela dan terusir.
17:19
Barang siapa menghendaki Akhirat dan mengusahakan amalan untuk akhirat itu,
sedang dia orang beriman, maka usahanya itu diterima.
17:23
Tuhanmu memerintahkan, supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat
baiklah kepada ibu bapa. Jika seseorang di antara keduanya telah tua atau kedua
duanya, janganlah engkau katakan “cis” kepada keduanya dan jangan pula engkau
herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia (lemah
lembut).
17:24 Rendahkanlah sayap kehinaan
(berhina dirilah) kepada keduanya, kerana kasih sayang dan katakanlah: Ya
Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku
masih kecil.
17:79 Pada malam hari, hendaklah
engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk
engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
19:32
Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNya seorang yang
sombong dan derhaka.
20:82 Sesungguhnya Aku amat
pengampun bagi orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik baik,
kemudian ia mendapat petunjuk.
20:112 Barang siapa mengerjakan
yang baik baik sedang dia beriman, maka ia tiada takut akan teraniaya dan tiada
pula akan terkurang haknya.
24:55 Allah telah menjanjikan bagi
orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa
Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang
dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam)
yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan
keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu
juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
28:77
Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada
engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan
berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada
engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu.
29:8 Kami wasiatkan kepada manusia,
supaya berbuat kebaikan kepada ibu bapanya. Jika keduanya (ibu bapa) memaksa
engkau, supaya mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tiada engkau ketahui,
maka janganlah engkau ikut keduanya. KepadaKu tempat kembalimu, lalu
Kukhabarkan kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.
31:14 Kami wasiatkan kepada
manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan (menderita)
kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun
(iaitu): Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu. KepadaKu tempat
kembali.
32:15
Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang orang, bila mereka diberi
peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap sujud dan mereka tasbih serta
memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.
32:16
Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari
), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan
mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
32:17
Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam
macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.
32:18 Adakah orang yang beriman,
sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak bersamaan.
32:19
Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka syurga
tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah
mereka kerjakan.
35:10
Barang siapa yang menghendaki kekuatan, maka bagi Allah kekuatan itu semuanya
(diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya). KepadaNya naik perkataan yang
baik dan amalan yang salih, yang ditinggikanNya (dibalasNya). Orang2 yang
menipu dengan (tipuan) yang jahat, maka untuk mereka siksa yang keras, sedang
tipuan mereka itu akan binasa (gagal).
39:9
Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud
dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat
Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah; Adakah sama orang orang
yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan?
(Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:10
Katakanlah: Hai hamba hambaKu yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk
orang orang yang berbuat baik di dunia ini ada kebaikan pula. Dan bumi Allah
itu luas. Orang orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.
39:11
Katakanlah: Sesungguhnya aku disuruh supaya aku menyembah Allah, serta
mengikhlaskan agama bagiNya.
39:12
Dan aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula mula Islam.
39:13
Katakanlah: Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar, jika aku
mendurhakai Tuhanku.
39:14
Katakanlah: Hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku bagiNya.
44:51 Sesungguhnya orang2 yang taqwa adalah dalam
tempat yang aman,
44:52
Dalam kebun kebun dan mata air,
44:53
Mereka memakai sutera yang tipis dan sutera yang tebal, serta berhadap hadapan
(sesamanya).
44:54
Demikianlah (keadaannya), dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari (perempuan
putih yang bundar matanya).
44:55
Mereka meminta di dalamnya bermacam macam buah buahan serta aman sentosa,
44:56
Mereka di sana tiada merasai mati, kecuali mati yang pertama dan mereka
dipeliharakan dari siksa neraka,
44:57
Sebagai kurnia daripada Tuhanmu. Itulah kemenangan yang besar.
46:12 Dan sebelum Quran, ada kitab
Musa (Taurat), jadi ikutan dan rahmat. (Quran) ini kitab yang membenarkan
(kitab kitab dahulu itu) dalam bahasa Arab, untuk memberi peringatan kepada
orang orang yang aniaya, dan memberi khabar gembira bagi orang orang yang
berbuat baik.
46:13 Sesungguhnya orang2
yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus, maka
tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita.
46:15 Kami wasiatkan kepada
manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya
dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa
mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya.
Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun, ia
berkata: Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri
nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu
bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah
bagiku anak anak cucuku (keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepadaMu dan aku
termasuk orang orang Islam.
46:17
Orang yang berkata kepada ibu bapanya: Cis kamu berdua, adakah kamu janjikan
kepadaku, bahawa aku akan dikeluarkan (dari dalam kubur), sesungguhnya telah
lalu beberapa umat sebelumku? Lalu keduanya meminta tolong kepada Allah, (katanya):
Celakalah engkau (hai anakku), berimanlah, sungguh janji Allah sebenarnya. Lalu
anaknya berkata: Ini tidak lain, hanya dongeng dongeng orang orang dahulu.
46:18
Mereka itulah orang orang yang telah berhak perkataan (siksa) untuk mereka,
serta termasuk umat umat yang telah lalu sebelum mereka, iaitu di antara jin
dan manusia. Sungguh mereka itu orang merugi.
46:19
Untuk masing masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang
telah mereka amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka,
sedang mereka itu tiada teraniaya.
46:20
Pada hari dihadapkan orang2 yang kafir ke dalam neraka (lalu dikatakan
kepadanya): Adakah kamu sia siakan kesenanganmu waktu hidupmu di dunia dan kamu
telah bersukaria dengan dia, maka pada hari ini kamu dibalas dengan siksa
kehinaan, kerana kamu takbur di muka bumi, tanpa kebenaran dan kerana kamu
pasik.
74:6
Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak
(daripadanya).
77:41
Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam naung (yang sejuk) dan mata
air,
77:42
Dan buah buahan yang mereka ingini,
77:43
Makanlah kamu dan minumlah dengan bersedap sedap, kerana amalan kamu.
77:44
Sesungguhnya demikianlah Kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
92:5 Adapun orang yang memberi dan
taqwa,
92:6 Dan membenarkan adanya
kebajikan,
92:7 Maka akan Kami mudahkan
baginya jalan yang mudah.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.