APAKAH ITU TAKWA?
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1968-apakah-itu-takwa
JAWAPAN - Di
sini, diterangkan maksud takwa itu sendiri:
- Sayidina Ali RA berkata: “Takwa
ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan.
Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
- Al-Nasr Abazi Rahimahullah
berkata: “Takwa ialah seorang hamba
bertakwa atau memelihara selain daripada Allah SWT.”
- Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari
Rahimahullah berkata: “Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.”
- Talaq bin Habib Rahimahullah
berkata: “Takwa ialah amalan dengan dengan ketaatan kepada Allah SWT.”
- Abu Hafs Rahimahullah
berkata: “Takwa hanya pada perkara
yang halal semata-mata dan bukan yang lain.”
- Dikatakan juga, takwa mempunyai beberapa peringkat:
Bagi orang awam, dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus, dengan
selamat daripada maksiat. Bagi wali-wali, dengan selamat bertawassul dengan
perbuatan dan bagi Nabi, takwa dengan selamat, nisbah perbuatan apabila
takwa mereka daripada-Nya kepada-Nya.
- Ibn Ataillah Rahimahullah
berkata: “Takwa terbahagi
kepada dua, iaitu zahir dan batin. Zahirya ialah dengan menjaga
had dan batasan serta batinnya pula dengan niat dan ikhlas.”
- Abu al-Husin al-Zanjani
Rahimahullah berkata: “Siapa yang bermodalkan hartanya dan takwa,
nescaya beratlah segala lidah daripada mensifatkan baunya.”
- Al-Wasiti Rahimahullah
berkata: “Takwa ialah seseorang memelihara dari takwanya, iaitu
dari melihat ketakwaannya.”
- Abdullah bin Mas’ud R.A
mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi
dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”
Berdasarkan
takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang
malakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di
samping taqarrub kepada Allah dengan amalan sunat. Kepentingan
takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah
ialah yang paling bertakwa.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1968-apakah-itu-takwa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.