Apakah itu taqwa? Allah cipta manusia bukan dengan percuma atau untuk main main atau sia sia saja. Tetapi untuk diuji taqwa masing masingnya.
Taqwa adalah tahap
kesanggupan, kesabaran, penyerahan dan bersandar tiada kepada yang lain,
melainkan hanya kepada Allah, yakni Allah saja Tuhan tempat minta pertolongan dan
Tuhan yang dapat memberi pertolongan. Allah saja tempat berharap. Allah saja
tempat minta tolong. Juga merujuk kepada tahap berlapang dada, tahap redho
seseorang individu apabila menerima apa apa bentuk ujian daripada Allah.
Ujian adalah perkara yang
paling manusia tidak suka tetapi terpaksa juga diharungi, ditempuhi, terpaksa
dilalui dengan kesabaran dan penerimaan yang tinggi sebagai ketentuan takdir
dari Allah.
Manusia akan diuji dari pelbagai
macam bentuk segi umpamanya, boleh jadi dari tahap kesihatan tubuh badan, didatangi
penyakit, keberadaan wang ringgit, harta benda, anak anak dan pasangan, ibu
bapa, adik beradik, kekurangan kasih sayang, penganiayaan, menghadapi kezaliman,
fitnah dan tohmahan, penghinaan atau celaan, dipulaukan, tidak dihiraukan, membabitkan ancaman nyawa atau kematian ahli
keluarga, tempat kerja, rakan sekerja, penipuan dsbnya.
Justeru, taqwa adalah perkara
yang paling susah dalam agama dan ketinggian taqwa akan diukur serta menentukan
tahap nilai makam setiap manusia disisi Allah.
Tingkatan taqwa terbaik dapat diselami,
dipelajari, dicontohi atau di teladani dengan mengambil contoh contoh ujian
yang Allah datangkan kepada para kekasihnya kesemua Nabi yang wajib diketahui
berjumlah 25 orang. Kesemua para nabi ( bilangan nabi yang wajib diketahui + bilangan
nabi yang tidak dikissahkan Allah ) jumlah mereka sangat ramai ) telah Allah
uji keimanan dan taqwa mereka sebagai tanda tahap taqwa mereka berada sangat
hampir dengan Allah. Di kalangan rasul 25 itu, ada yang tertinggi tingkatan
taqwa mereka apabila diuji Allah iaitu Nabi Abraham, Nabi Muhammad, Jesus, Moses
dan Nuh.
Lebih baik lagi jika dapat
kita mengkaji taqwa kesemua Rasul yang 313 atau jika kita dapat mengkaji taqwa sekalian
nabi nabi Allah yang sangat banyak jumlahnya itu.
Justeru, jika sungguh ingin
belajar taqwa, sebaiknya perlulah kita belajar sekurang kurangnya mengenai
bagaimana Rasul rasul atau Nabi Ulul Azmi ini telah diuji dengan ujian yang
berat oleh Allah.
Oleh itu, sekiranya ada
kelapangan, selain 5 Rasul Ulul Azmi, seeloknya kita mengkaji ujian ujian taqwa
yang Allah datangkan kepada 20 orang lagi Rasul yang melengkapi 25 Rasul wajib kesemuanya
diketahui bagaimana tahap kesabaran dan iman mereka, bagaimana penerimaan, dan bagaimana
tahap penyerahan diri mereka kepada Allah tatkala mereka hebat diuji oleh Tuhannya.
Terutama apabila diuji pada tahap nyawa seperti telur di hujung tanduk.
Siapakah dia kekasih Allah?
Kekasih Allah terdiri daripada kalangan mereka yang dikasihi Allah. Mereka
adalah dari golongan manusia yang hampir dengan Allah. Mereka yang hampir dengan
Allah adalah dari golongan para rasul dan Nabi, selain termasuk juga golongan
orang yang sangat patuh, sangat beriman tinggi seperti Uwais Al Qarni dan
golongan para wali dan golongan alim ulama yang sangat dekat kedudukan mereka serta
rapat istimewa di sisi Allah.
Sesungguhnya
manusia tidak suka kepada ujian atau perkara susah, musibah, mudarat,
kekurangan atau kesempitan yang menimpa.
Allah mencipta
manusia bukan dengan percuma atau sia sia saja tetapi untuk diuji iman &
taqwanya. Justeru, jadilah kamu orang yang sabar, redho menerima ketentuan
Allah. Selalulah berdoa kepada Allah yang Maha Pengasiih dari segala yang
penyayang agar diringankan kesempitan dan diberi jalan penyelesaian terbaik
atau atau anda ditemukan jalan untuk melegakan kesempitan atau beban tersebut.
11:119
Kecuali orang yang dikasihi Tuhanmu. Kerana itulah Allah menjadikan mereka.
Telah tammat perkataan Tuhanmu, demi akan Kupenuhkan neraka dengan jin dan
manusia sekaliannya.
11:120
Masing masing riwayat Kami kissahkan kepadamu di antara perkhabaran Rasul
rasul, supaya Kami tenteramkan hatimu dengan dia; dan telah datang kepadamu
kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang orang yang beriman.
Sebaik
baiknya cuba menghayati memahami meneladani 4 sifat Nabi Muhammad Benar,
Bijaksana, Amanah, Menyampaikan,
Memahami konsep
Benar bahawa manusia tiada daya sedikitpun. Daya atau kekuatan sebenar adalah
dari Allah.
Memahami bahawa
dunia adalah penjara bagi orang mukmin manakala syurga bagi orang kafir.
Akhirat syurga bagi orang mukmin manakala penjara bagi orang kafir.
2:30 Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Jawapan nya
- Allah nak ikrar anda atau perbuatan manusia yang berbentuk kriteria khas manusia
tersebut … iaitu Allah betul betul hendak memilih, betul betul hendak menentukan
- manusia yang sebenarnya istimewa, manusia istimewa yang sebenarnya lain dari
yang lain disisiNya iaitu orang yang benar dalam segala hal; orang yang redho
& sabar terhadap ujian yang menimpa;
manusia yang takut dan sujud kepada Allah. Orang yang betul betul
beriman & orang yang betul betul mendapat petunjuk bimbingan jalan yang
lurus, jalan yang Allah redho. Semoga kita semua ditunjuki Allah ke Jalan Yang
Lurus. Amin ya rabbal alamin.
2:153 Hai
orang2 beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya
Allah beserta orang2 yang sabar.
2:155
Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu ketakutan,
kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar
gembira orang2 yang sabar (atas cubaan itu).
2:156
(Iaitu) orang2, apabila mereka ditimpa musibah (melapetaka), mereka berkata:
Inna lillahi wainna ilaihi radji’un. ( Bahwa sesungguhnya kita kepunyaan Allah
dan kita akan kembali kepadaNya).
2:157
Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu
mendapat petunjuk.
2:177
Bukanlah kebaikan bahawa kamu hadapkan mukamu arah ke timur dan kebarat, tetapi
yang kebaikan itu ialah orang beriman kepada Allah, hari yang kemudian,
malaikat, Kitab2 dan nabi2; dan dia memberikan harta yang dikasihinya kepada
karib kirabatnya, anak2 yatim, orang2 miskin, orang berjalan, orang2 yang
meminta dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta ia mendirikan solat, memberikan
zakat, menepati janji, bila ia berjanji dan berhati sabar atas kemiskinan,
kemelaratan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang orang yang benar dan
mereka itulah orang orang yang taqwa.
2:195
Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke
dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang
berbuat baik.
2:214
Adakah kamu kira, bahwa kamu akan masuk surga saja dan tiada akan datang
(melapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang orang yang
terdahulu sebelum kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang
sangat, dan mereka gemetar (ketakutan), sehingga berkata rasul dan orang orang
yang beriman bersamanya: Apabilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah
bahwasanya pertolongan Allah hampir akan tiba.
2:249
Maka tatkala keluar Thalut bersama tenteranya berkatalah ia: Sesungguhnya Allah
mencobai kamu dengan suatu sungai. Barang siapa minum daripadanya, maka
bukanlah ia daripadaku dan siapa yang tiada meminumnya, maka ialah daripadaku,
kecuali orang yang meminum sekadar cedok telapak tangannya. Maka mereka meminum
air sungai itu, kecuali sedikit di antara mereka. Setelah Thalut melampaui
sungai itu bersama orang orang yang beriman, berkata mereka itu: Tak ada
kekuasaan bagi kami pada hari ini memerangi Jalut serta tenteranya. Berkata
orang orang yang mengetahui, bahwa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak
kejadian kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah. Dan
Allah beserta orang orang yang sabar.
2:271
Jika kamu lahirkan sedekah maka itulah sebaik baiknya dan jika kamu sembunyikan
dan kamu berikan kepada orang orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu
dan menutupi kesalahanmu dan Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
2:274
Orang orang yang menafkahkan hartanya malam dan siang, dengan bersembunyi dan
berterang terangan, maka untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya dan tak ada
ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
2:277
Sesungguhnya orang2 yang beriman dan mengamalkan salih, lagi mendirikan
sembahyang dan membayarkan zakat, untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya dan
tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
2:280
Jika orang yang berhutang dalam kesempitan, tunggulah hingga waktu kelapangan
dan kalau kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
2:286
Allah tiada memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya. Baginya (pahala)
kebajikan yang diusahakannya dan diatasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya:
Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau siksa kami, jika kami lupa atau salah. Ya,
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat di atas pundak kami,
sebagaimana Engkau pikulkan di atas pundak orang orang yang sebelum kami. Ya,
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas pundak kami apa apa yang tidak
ada kesanggupan kami. Maafkanlah kami dan ampunilah dosa kami dan kasihanilah
kami. Engkau wali (pemimpin) kami, maka tolonglah kami melawan kaum yang
kafir.
3:130 Hai
orang orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berlipat lipat ganda
dan takutlah kepada Allah, mudah mudahan kamu menang (sukses).
3:131
Takutlah kamu akan api neraka yang disediakan untuk orang orang kafir.
3:132
Taatlah kepada Allah dan rasul, mudah mudahan kamu mendapat rahmat.
3:133
Bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan ke syurga, lebarnya seluas
langit dan bumi, disediakan untuk orang orang yang taqwa.
3:134
(Iaitu) orang orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang
orang yang sabar menahan amarah dan orang orang yang memaafkan (kesalahan)
manusia. Dan Allah mengasihi orang orang yang berbuat kebaikan itu.
3:135 Dan
orang orang, apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, mereka
ingat akan Allah, lalu meminta ampun atas dosanya itu. Dan tiadalah yang
mengampuni dosa, kecuali Allah. Mereka itu tiada berkekalan atas perbuatannya
itu, sedang mereka mengetahui.
3:136
Balasan untuk mereka itu ialah ampunan dari Tuhannya dan syurga yang mengalir
air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik baik
pahala bagi orang orang yang beramal.
3:138
(Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi
orang orang taqwa.
3:139
Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita, sedang kamu orang orang yang
lebih tinggi jika kamu orang beriman.
3:140
Jika kamu mendapat luka (dalam peperangan), sesungguhnya kaum itu mendapat luka
pula seumpamanya. Hari hari (kemenangan) itu Kami perganti gantikan di antara
manusia dan supaya Allah mengetahui orang orang yang beriman dan menjadikan
sebahagian kamu mati syahid; dan Allah tiada mengasihi orang orang aniaya.
3:141 Dan
supaya Allah membersihkan orang orang yang beriman dan membinasakan orang orang
yang kafir.
3:142
Bahkan adakah kamu kira, bahwa kamu akan masuk syurga saja, sedangkan Allah
tiada mengetahui orang orang yang berjuang di antara kamu, serta mengetahui
orang orang yang sabar.
3:146
Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum yang banyak. Mereka itu
tidak pengecut, kerana (bahaya) yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada
lemah dan tiada pula tunduk: dan Allah mengasihi orang orang yang sabar.
3:172
Orang2 yang memperkenankan seruan Allah dan rasul, sesudah mereka mendapat
luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka itu serta taqwa, pahala
yang besar.
3:179
Allah tiada membiarkan orang2 yang beriman menurut keadaan kamu (sekarang),
sehingga Ia membezakan orang yang jahat dari orang yang baik. Dan bukanlah
Allah hendak memperlihatkan yang gaib kepadamu, tetapi Allah memilih di antara
rasul rasulNya siapa yang dikehendakiNya; maka berimanlah kamu kepada Allah dan
rasul2Nya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka untukmu pahala yang besar.
3:186
Demi akan dicobai kamu tentang hartamu dan dirimu sendiri, Dan demi, akan kamu
dengar caci, nista yang banyak dari orang orang ahli kitab sebelum kamu dan
orang orang musyrik. Jika kamu sabar dan taqwa, sungguh demikian itulah perkara
yang sangat di cita citakan.
3:198
Tetapi orang orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka itu syurga yang
mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat
hidangan dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah, lebih baik bagi orang
orang yang baik.
4:13
Demikianlah batas batas (peraturan) Allah. Barang siapa mengikut (perintah)
Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam syurga yang mengalir
air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan
yang besar.
4:80
Barang siapa menta’ati rasul, sesungguhnya ia telah menta’ati Allah. Barang
siapa berpaling, maka Kami tiada mengutus engkau untuk menjaga mereka.
4:135 Hai
orang orang yang beriman, hendaklah tegakkan keadilan, serta menjadi saksi bagi
Allah, meskipun atas dirimu sendiri atau ibu bapamu dan karib kerabat mu. Jika
pesakitan itu orang kaya atau miskin, maka Allah lebih mengetahui keadaan
keduanya. Maka janganlah kamu turut hawa nafsu, sehingga kamu tiada berlaku
adil. Jika kamu berputar atau berpaling, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa
apa yang kamu kerjakan.
4:146
Kecuali orang orang yang telah taubat dan memperbaiki (amalannya) serta
berpegang teguh kepada Allah dan mengikhlaskan agama bagi Allah. Maka mereka
itu adalah bersama orang orang beriman. Nanti Allah akan memberi orang orang
beriman itu pahala yang besar.
5:8 Wahai
orang orang yang beriman! Hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah,
menjadi saksi yang adil. Dan janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum
(seseorang) menjerumuskan kamu untuk tidak berlaku adil. Lakukanlah keadilan.
Keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Mahamengetahui apa yang kamu lakukan.
5:48 Kami
telah menurunkan Kitab kepada engkau (ya Muhammad) dengan (membawa) kebenaran
yang membenarkan Kitab yang di hadapannya serta mengawasinya, sebab itu
hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau
turut hawa nafsu mereka, (dan berpaling) dari kebenaran yang telah datang
kepada engkau. Kami adakan untuk tiap tiap umat di antara kamu satu syariat
(peraturan) dan satu jalan. Kalau Allah menghendaki, niscaya Ia jadikan kamu
umat yang satu, tetapi Ia hendak mencobai kamu tentang apa yang diberikanNya
kepadamu, sebab itu berlomba lombalah kamu (memperbuat) kebaikan. Kepada Allah
tempat kembalimu sekalian lalu Allah mengabarkan kepadamu, tentang apa apa yang
telah kamu perselisihkan.
5:119
Allah berfirman: Inilah hari yang bermanfa’at kebenaran bagi orang orang yang
benar. Untuk mereka itu surga yang mengalir air sungai di bawahnya sedang
mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah suka kepada mereka dan mereka
suka kepada Allah. Itulah kemenangan yang besar.
6:17 Jika
Allah menyentuhkan kemelaratan kepada engkau, maka tiadalah yang akan menghilangkannya,
melainkan Dia sendiri ; dan jika Dia menyentuhkan kebajikan kepada engkau, maka
Dia Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.
6:18 Dia
yang kuasa diatas segala hambaNya. Dia Mahabijaksana lagi Mahamengetahui.
6:53
Seperti demikianlah Kami cobai setengah mereka dengan yang lain, supaya mereka
berkata: Adakah mereka (orang orang miskin) ini mendapat nikmat dari Allah di
antara kami? Bukankah Allah lebih mengetahui orang orang yang berterima kasih?
6:94
Sesungguhnya kamu akan datang kepada Kami (Allah), seorang demi seorang
sebagaimana Kami telah menciptakan kamu pertama kali dan kamu tinggalkan apa
apa yang Kami anugerahkan kepadamu, di belakang punggungmu, dan kami tiada
melihat bersama kamu (berhala berhala) penolong penolongmu, yang kamu anggap, bahwa
mereka sekutu Allah. Sesungguhnya telah putuslah pertalian antara kamu dan
lenyaplah dari padamu apa apa yang kamu anggap itu.
6:112
Demikian kami adakan musuh, bagi tiap tiap nabi, iaitu Syetan manusia dan jin;
setengah mereka membisikkan perkataan yang manis kepada yang lain, untuk
memperdayakannya. Kalau Tuhanmu
menghendaki, niscaya tiadalah mereka itu memperbuatnya, sebab itu
biarkanlah mereka bersama apa apa yang diada adakannya.
6:114
Adakah (patut) lain daripada Allah ku angkat menjadi hakim? Padahal Dialah
menurunkan Kitab kepadamu dengan seterang terangnya. Orang orang yang Kami
anugerahi Kitab, mereka itu megetahui bahawa Quran diturunkan dari pada Tuhanmu
dengan sebenarnya: Sebab itu janganlah engkau termasuk orang orang yang
bimbang.
6:135
Katakanlah: Hai kaumku, bekerjalah kamu menurut keadaan kamu dan aku bekerja
pula. Nanti akan kamu ketahui, siapa yang mendapat akibat yang baik di kampung
(akhirat). Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.
6:162
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya
bagi Allah, Tuhan semesta alam.
6:165
Dialah yang mengangkat kamu jadi khalifah di bumi, dan meninggikan setengah
kamu daripada yang lain beberapa darjat, supaya Dia mencobaimu tentang apa apa
yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat lekas siksaanNya dan
sesungguhnya Dia Pengampun, lagi Penyayang.
7:26 Hai
segala anak Adam; Sesungguhnya telah kami turunkan pakaian kepadamu untuk
menutupi kemaluanmu, begitu pula pakaian perhiasan. Tetapi pakaian taqwa
terlebih baik. Demikianlah ayat ayat Allah (tanda kekuasaanNya), mudah mudahan
mereka menerima peringatan.
7:42
Orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, - tiadalah Kami berati
diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka itu penghuni syurga, sedang
mereka kekal di dalamnya.
7:43 Kami
hapuskan apa apa yang di dalam dada mereka, iaitu irihati (dengki), mengalir
air sungai di bawah mereka, seraya mereka berkata : Puji pujian bagi Allah yang
telah menunjuki kami kepada ini. Tiadalah kami mendapat petunjuk, kalau tiada
kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul2 Tuhan kami dengan
(membawa) kebenaran. Mereka diseru (dengan suara) : Syurga itu kamu terima pusaka, disebabkan apa yang telah kamu
amalkan.
7:128
Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan sabarlah,
sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diberikannya kepada siapa yang
dikehendakiNya di antara hambaNya. Akibat yang baik itu adalah bagi orang orang
yang taqwa.
7:170
Orang orang yang berpegang kepada kitab dan mendirikan sembahyang, sesungguhnya
Kami tiada menyia nyiakan pahala orang orang yang berbuat baik itu.
7:172
Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka,
Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri. Allah berfirman : Bukankah Aku
Tuhan kamu? Sahutnya : Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu jangan mengatakan
pada hari kiamat : Sesunggguhnya kami lengah terhadap perihal ini.
8:2
Sesungguhnya orang orang beriman ialah orang orang bila disebut Allah gemetar
hatinya, dan apabila dibacakan ayat ayat Allah kepadanya, bertambah imannya,
sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.
8:3 (Dan)
orang orang yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang
Kami berikan kepadanya.
8:4
Mereka itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang
tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.
8:66
Sekarang Allah telah meringankan daripadamu dan Dia mengetahui, bahawa di
antara kamu ada yang lemah. Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar,
mereka dapat mengalahkan dua ratus orang kafir, dan jika ada di antara kamu
seribu orang, dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta
orang orang yang sabar.
9:16
Adakah kamu kira, bahawa kamu akan dibiarkan saja, sedang Allah tiada
mengetahui orang2 yang berjuang di antara kamu dan tiada mengangkat, selain
daripada Allah dan rasulNya serta orang2 beriman menjadi penyimpan rahsia.
Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
9:20
Orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah, dengan
harta dan dirinya, lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang2
yang menang.
9:21 Tuhan
mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaannya serta
syurga, untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi),
9:22
Sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah
pahala yang besar.
9:112
Mereka orang orang yang taubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang
berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh
dengan maaruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas batas (perintah)
Allah. Berilah khabar gembira orang orang yang beriman itu (dengan syurga).
9:126
Tiadakah mereka tahu, bahawa mereka dicobai tiap tahun, sekali atau dua kali,
kemudian mereka tiada taubat dan tiada pula mengambil peringatan.
10:4 KepadaNya tempat kembalimu sekalian. Janji
Allah sebenarnya. Sesungguhnya Dia memulai ciptaan, kemudian mengulanginya
(waktu berbangkit), supaya dibalasiNya orang orang yang beriman dan mengamalkan
salih, dengan keadilan. Orang orang kafir untuk mereka itu minuman dari air
yang sangat panas dan siksaan yang pedih, karena mereka itu kafir.
10:14
Kemudian Kami angkat kamu menjadi khalifah (pengganti mereka) di muka bumi
sesudah mereka, supaya Kami lihat bagaimana kamu bekerja.
11:7 Dia
yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 hari (masa) dan adalah arasyNya, di
atas air, supaya Dia menguji, siapa di antara kamu, orang yang terbaik
amalannya. Demi jika engkau berkata: Sesungguhnya kamu dibangkitkan sesudah
mati, niscaya orang2 kafir itu berkata: Ini tidak lain, hanya sihir yang nyata.
11:11
Kecuali orang2 yang sabar dan beramal salih. Untuk mereka itu ampunan dan
pahala yang besar.
11:23
Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati
mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
11:115
Hendaklah engkau sabar, kerana sesungguhnya Allah tiada menyia nyiakan pahala
orang orang yang berbuat kebaikan.
11:119
Kecuali orang yang dikasihi Tuhanmu. Kerana itulah Allah menjadikan mereka.
Telah tammat perkataan Tuhanmu, demi akan Kupenuhkan neraka dengan jin dan
manusia sekaliannya.
12:23
Kemudian yang empunya rumah tempat tinggalnya (Zalikha) mengajak Yusuf berbuat
jahat, lalu ditutupnya segala pintu, serta katanya: Marilah engkau ! Jawab
Yusuf : Berlindung aku kepada Allah, sesungguhnya suami kau tuan saya, telah
membaikkan kedudukan saya ( maka tak patut saya berkhianat kepadanya ).
Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.
12:83
Berkata Ya’kub: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu kepadamu.
Maka sabarlah yang indah. Mudah mudahan Allah mengembalikan sekaliannya (Yusuf
dan Bunyamin) kepadaku. Sesungguhnya Dia Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
13:19
Adakah orang yang mengetahui, bahawa Quran yang diturunkan kepada Engkau dari
Tuhanmu, adalah suatu kebenaran, serupa dengan orang yang buta (tiada
mengetahui)? Hanya orang orang yang berakal, menerima pengajaran.
13:20
(Iaitu) orang orang yang menepati janji Allah dan mereka tiada memungkiri
janji.
13:21 Dan
orang orang yang memperhubungkan apa yang diperintahkan Allah, supaya
diperhubungkan (iaitu silaturrahim), lagi mereka takut kepada Tuhannya dan
takut akan perhitungan yang keras.
13:22
Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan
sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka
dengan bersembunyi dan berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan
kebajikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),
13:23 (Iaitu) syurga Aden, mereka masuk ke dalamnya
bersama orang orang yang salih di antara bapak2nya, isteri isterinya dan anak
anaknya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari tiap tiap pintu.
13:24
(Lalu mengucapkan): Salamun ‘alaikum
(keselamatan atas kamu) , kerana kamu telah sabar, maka sebaik baiknyalah
akibat di kampung itu (syurga).
14:5
Sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan (membawa) keterangan Kami: Hendaklah
engkau keluarkan kaum engkau dari gelap gulita kepada terang benderang; dan
ingatkanlah kepada mereka hari hari Allah (iaitu kejadian2 yang ditimpakanNya
kepada umat umat dahulu). Sesungguhnya pada demikian itu, menjadi keterangan
bagi tiap tiap orang yang sabar lagi
berterima kasih.
14:12
Mengapakah kami tidak akan bertawakal kepada Allah, pada hal Dialah yang
menunjuki kami ke jalan kami. Demi kami akan sabar atas cercaan kamu terhadap
kami. Dan kepada Allah hendaklah bertawakal orang orang yang tawakal.
14:23
Dimasukkan Allah orang orang yang beriman dan mengamalkan salih ke dalam syurga
yang mengalir sungai di bawahnya, kekal mereka di dalamnya dengan izin Tuhan.
Ucapan selamat mereka di dalamnya : Assalamu (‘alaikum).
15:45
Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam kebun kebun dan mata air.
15:46
Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat dan sentosa.
15:47
Kami cabut apa yang ada dalam dada mereka, (yakni sifat) dengki, sedang mereka
itu bersaudara dan berhadapan di atas dipan (tempat tidur).
15:48
Mereka itu tiada merasa lelah di dalamnya, sedang mereka tiada dikeluarkan
daripadanya.
15:49 Khabarkanlah
kepada hamba hambaKu, bahwa aku Pengampun lagi
Penyayang.
16:96 Apa
apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa yang ada di sisi Allah akan
kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang yang sabar dengan pahala yang
terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
16:97
Barang siapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki ataupun perempuan, sedang ia
beriman, niscaya Kami hidupkan dia dengan
kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih
baik dari apa yang telah mereka amalkan.
16:126
Jika kamu menyiksa (orang), hendaklah kamu siksa dengan seumpama kamu
disiksanya. Tetapi jika kamu sabar, sesungguhnya itulah lebih baik bagi orang
orang yang sabar.
16:127
Sabarlah engkau (ya Muhammad) dan tiadalah kesabaran engkau itu, melainkan
dengan (pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita, terhadap mereka
itu, dan jangan pula sempit hati (keluh kesah) disebabkan tipu daya mereka itu.
17:78
Dirikanlah sembahyang dari condong matahari sampai gelap malam dan Quran fajar
(sembahyang subuh). Sesungguhnya Quran fajar itu dipersaksikan (oleh malaikat).
17:79
Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam)
sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat
yang terpuji.
18:7
Sesungguhnya Kami jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya
Kami uji, manakah di antara mereka, orang yang lebih baik amalannya.
18:28
Sabarkanlah hatimu serta orang orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan
petang, sedang mereka menghendaki keredhaan Allah; dan janganlah engkau
palingkan pemandangan dari pada mereka, kerana menghendaki perhiasan hidup di
dunia. Janganlah engkau turut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari
mengingat Kami dan mengikut hawa nafsunya; dan adalah perbuatannya melebihi
batas.
19:60
Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu
akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.
19:61
(Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya,
dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
19:62
Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk
mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.
19:63
Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba
hamba Kami.
20:130
Sebab itu, sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta
memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu
malam, hendaklah engkau tasbih pula dan lagi di waktu tepi siang (pagi &
petang), mudah mudahan engkau suka (menerima pahala).
20:131
Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan
kepada bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia,
supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam
syurga), lebih baik dan lebih kekal.
20:132
Suruhlah keluarga engkau (mendirikan) sembahyang dan sabarkanlah hatinya untuk
mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki kepadamu. Kami yang memberi rezeki
kepadamu. Akibat yang baik (Syurga) adalah untuk orang yang taqwa.
21:16
Bukanlah Kami jadikan langit dan bumi dan apa apa yang di antara keduanya
sebagai bermain main.
21:35
Tiap tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan
kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; Kepada kami kamu akan
dikembalikan.
21:83
Ingatlah akan Aiyub, ketika dia menyeru Tuhannya: Sesungguhnya aku telah
ditimpa kemelaratan, sedang Engkau lebih pengasih dari segala yang pengasih.
21:84
Lalu Kami perkenankan permintaannya dan Kami hilangkan kemelaratan yang ada
pada dirinya dan Kami datangkan kepadanya keluarganya berlipat ganda, sebagai
rahmat dari sisi Kami dan jadi peringatan bagi orang orang yang beribadat
(menyembah Kami).
21:85
(Ingatlah) akan Ismail, Idris dan Zulkifli. Masing masingnya termasuk orang
orang yang sabar.
21:86
Kami masukkan mereka itu ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka itu orang
orang yang salih.
21:111
Aku tiada tahu, mudah mudahan itu cobaan untukmu atau menjadi kesenangan hingga
seketika (mati).
21:112
Dia (Rasul) berkata : Ya Tuhanku, Engkau hukumlah dengan yang benar. Tuhan kami
Mahapengasih dan tempat minta tolong atas apa yang kamu sifatkan itu.
22:35
(Iaitu) orang orang, apabila disebut nama Allah, gemetar hatinya ketakutan dan
orang orang yang sabar atas cobaan yang menimpanya dan orang orang yang
mendirikan sembahyang dan orang orang yang menafkahkan sebagian rezeki yang
Kami berikan kepadanya.
22:36 (
Mengorbankan ) unta Kami jadikan untukmu sebagian syiar syiar (agama) Allah,
untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika
menyembelihnya, (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah
(mati), makanlah sebagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan
orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serahkan) hewan itu kepadamu,
mudah mudahan kamu berterima kasih.
22:37
Daging dan darahnya tiada sampai kepada Allah, tetapi taqwa daripadamulah yang
sampai kepadaNya. Demikianlah Dia (Allah)
menyerahkan hewan untukmu, supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang
telah ditunjukkanNya kepadamu. Dan berilah kabar gembira orang orang yang
berbuat kebaikan.
23:62
Kami tiada memberati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya dan di sisi
Kami ada Kitab yang menerangkan kebenaran, sedang mereka tiada teraniaya.
23:115
Adakah kamu kira, bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main main
saja) dan kamu tiada akan kembali kepada
Kami?
24:37
Beberapa orang laki laki yang tidak lalai kerana perniagaan dan tiada pula
kerana berjual beli dari mengingat Allah dan mendirikan sembahyang serta
memberikan zakat; mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan
pemandangan di waktu itu.
24:38
Supaya Allah membalasi mereka dengan yang terlebih baik dari amalan mereka, dan
menambah kurnia untuk mereka. Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendakiNya dengan tiada terhisab.
24:55
Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan
mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di
muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan
menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan
mengganti ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah aku dan tiada
mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu,
mereka itulah orang yang fasik.
25:20
Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum engkau, melainkan adalah mereka memakan
makanan dan berjalan di pasar pasar. Kami jadikan setengah kamu menjadi cobaan
bagi yang lain. Adakah kamu sabar (menerimanya)? Dan Tuhanmu Maha melihat
(usahamu).
25:61
MahaSuci Yang menjadikan buruj (bintang bintang) di langit, dan mengadakan di
sana pelita yang besar (matahari) dan bulan yang menerangi.
25:62 Dia
yang menjadikan malam dan siang berganti ganti untuk (keterangan) bagi orang
yang hendak mendapat peringatan atau orang yang hendak berterima kasih (kepadaNya).
25:63
Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi
dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil
(jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64 Dan
orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
25:65 Dan
orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada
kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).
25:67 Dan
orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula
kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68 Dan
orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula
membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula
mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui
dosa (siksa).
25:70
Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah
akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi
Penyayang.
25:71
Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat
kepada Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan
orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong
kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan
orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada
menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan
orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak
anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang
orang yang taqwa.
25:75
Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi
(syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan
kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76
Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat
diam.
26:184
Takutlah kepada Yang menjadikan kamu dan (menjadikan) makhluk makhluk dahulu
kala.
29:2
Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah
beriman, tanpa mereka mendapat cobaan.
29:3
Sesungguhnya telah Kami cobai orang2 yang sebelum mereka, supaya Allah
mengetahui orang2 yang benar dan mengetahui orang2 yang dusta ( dengan terang
dan nyata ).
29:58
Orang orang yang beriman dan beramal salih, akan Kami tempatkan mereka dalam
syurga, pada beberapa kamar (bilik), yang mengalir air sungai di bawahnya,
sedang mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik baik pahala bagi orang orang yang beramal.
29:59
(Iaitu) bagi orang orang yang sabar dan bertawakkal (menyerahkan diri) kepada
Tuhannya.
31:17 Hai
anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf (yang
baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah atas
cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita
citakan.
31:31
Tiadakah engkau lihat bahwa kapal berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya
Dia memperlihatkan kepadamu ayat ayatNya (tanda tanda kekuasaanNya). Sungguh
tentang demikian itu menjadi tanda tanda bagi tiap tiap orang yang sabar lagi
berterima kasih.
32:14
Sebab itu rasailah olehmu (siksa itu), kerana kamu telah melupakan pertemuan
hari ini, sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula , dan rasailah olehmu,
siksa yang kekal, kerana (dosa) yang telah kamu lakukan.
32:15
Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang orang, bila mereka diberi
peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap sujud dan mereka tasbih serta
memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.
32:16
Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari
), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan
mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
32:17
Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam
macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.
32:18
Adakah orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak
bersamaan.
32:19
Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka syurga
tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah
mereka kerjakan.
33:21
Sesungguhnya pada Rasul Allah, ada ikutan yang baik bagimu, iaitu bagi orang
yang mengharapkan Allah dan hari yang kemudian, serta ia banyak mengingati
Allah.
33:41 Hai
orang orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak
banyaknya. (Perbanyaklah mengingat Allah).
33:42 Dan
tasbihlah (sucikanlah) Dia pada pagi pagi dan petang.
33:43 Dia
yang selawat (memberikan rahmat) kepadamu beserta malaikatNya, supaya Dia
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada terang benderang. Dia pengasih kepada
orang orang mukmin.
33:44
Ucapan mereka pada hari mereka menemuiNya (Allah): Selamat! Dia menyediakan
untuk mereka pahala yang mulia.
33:47
Berilah khabar gembira orang orang mukmin bahwa untuk mereka kurnia yang besar
daripada Allah.
33:48
Janganlah engkau ikut orang orang yang kafir dan orang orang munafiq, dan
biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakkallah (menyerahlah) kepada Allah.
Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan).
38:17
Sabarlah engkau ( Ya Muhammad ) atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan
hamba Kami, Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia banyak kembali kepada
keredaan Allah.
38:41
Ingatlah akan hamba Kami, Aiyub, ketika ia menyeru Tuhannya: Sesungguhnya aku
disentuh syetan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang disebabkan oleh
syetan (hamba hamba penyakit).
38:42
(Firman Allah kepadanya): Pukullah (bumi) dengan kaki engkau, (lalu terbit mata
air). Inilah air mandi yang sejuk dan minuman (lalu sembuhlah penyakitnya)
38:43
Kami berikan kepadanya keluarganya dan seumpama mereka bersama mereka (berlipat
ganda dari yang telah lalu), sebagai rahmat daripada Kami dan peringatan bagi
orang orang yang berakal.
39:9
Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud
dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat
Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah ; Adakah sama orang orang
yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan?
(Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:10
Katakanlah: Hai hamba hambaKu yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk
orang orang yang berbuat baik di dunia ini ada kebaikan pula. Dan bumi Allah
itu luas. Orang orang yang sabar disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.
39:11
Katakanlah: Sesungguhnya aku disuruh supaya aku menyembah Allah, serta
mengikhlaskan agama bagiNya.
39:12 Dan
aku disuruh pula, supaya aku orang yang mula mula Islam.
39:13
Katakanlah: Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar, jika aku
mendurhakai Tuhanku.
39:14
Katakanlah: Hanya Allah aku sembah, serta mengikhlaskan agamaku bagiNya.
39:22
Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat
cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah
bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan
yang nyata.
39:32
Maka siapakah yang terlebih aniaya dari orang yang berdusta terhadap Allah dan
mendustakan kebenaran ketika sampai kepadanya? Bukankah dalam neraka tempat
tinggal orang orang yang kafir?
39:33
Orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang orang yang membenarkannya adalah
mereka itu orang orang yang taqwa.
39:34
Untuk mereka itu apa apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Itulah balasan
untuk orang orang yang berbuat baik.
39:35
Supaya Allah menutupi (mengampuni) kejahatan yang mereka kerjakan dan membalasi
pahala mereka dengan yang terlebih baik daripada yang telah mereka kerjakan.
39:61
Allah menyelamatkan orang orang yang taqwa dengan kemenangannya, mereka tiada
ditimpa kejahatan dan tiada pula berdukacita.
39:62
Allah yang menciptakan tiap tiap sesuatu dan Dia menjadi wakil (memelihara)
tiap tiap sesuatu.
40:55
Maka sabarlah engkau, sungguh janji Allah sebenarnya, dan minta ampunlah atas
dosamu, dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu pada petang petang dan pagi pagi.
40:77
Maka sabarlah engkau, sesungguhnya janji Allah sebenarnya. Maka adakalanya Kami
perlihatkan kepada engkau sebahagian (siksa) yang Kami janjikan kepada mereka,
atau Kami wafatkan engkau lebih dahulu, maka mereka akan dikembalikan kepada
Kami.
41:30
Sesungguhnya orang orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka
berlaku lurus (dalam amalannya), niscaya turunlah kepada mereka malaikat,
(katanya): Janganlah kamu takut, dan janganlah berduka cita dan bergembiralah
kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.
41:31
Kamilah wali wali kamu pada hidup di dunia dan di akhirat, dan untukmu di sana
apa apa yang diingini oleh nafsumu dan untukmu di sana apa apa yang kamu minta.
41:32
Sebagai rezekimu dari yang Pengampun lagi Pengasih (Allah).
41:33
Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah,
(agamaNya) dan beramal salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang orang
muslimin.
41:34
Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan
orang) dengan (jalan) yang terbaik, lalu sekonyong konyong orang yang ada
permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.
41:35
Tetapi tiadalah yang memperbuatnya (membalas kejahatan dengan kebaikan),
kecuali orang orang yang sabar dan tiadalah yang memperbuatnya, kecuali orang
yang mempunyai keuntungan yang besar.
41:36
Jika engkau dihasut oleh syetan dengan suatu asutan, maka berlindunglah engkau
kepada Allah. Sesungguhnya Dia Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
41:37 Di
antara tanda tanda Allah ialah malam dan siang, matahari dan bulan. (Sebab itu)
janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula kepada bulan, dan sujudlah
kepada Allah yang menciptakan semuanya itu, jika kamu menyembah kepadaNya.
41:38
Jika mereka sombong, maka mereka (malaikat malaikat) yang di sisi Tuhanmu,
bertasbih kepadaNya, pada malam dan siang, sedang mereka tidak bosan bosannya.
41:39 Dan
di antara tanda tandaNya, bahwa engkau lihat bumi itu kering, apabila Kami
turunkan air (hujan) kepadanya, lalu bergerak (tumbuh-tumbuhannya) dan
bertambah tinggi. Sesungguhnya (Allah) yang menghidupkan bumi itu, ialah yang
menghidupkan orang orang yang mati. Sungguh Dia Mahakuasa atas tiap tiap
sesuatu.
44:51
Sesungguhnya orang2 yang taqwa adalah dalam tempat yang aman,
44:52
Dalam kebun kebun dan mata air,
44:53
Mereka memakai sutera yang tipis dan sutera yang tebal, serta berhadap hadapan
(sesamanya).
44:54
Demikianlah (keadaannya), dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari (perempuan
putih yang bundar matanya).
44:55
Mereka meminta di dalamnya bermacam macam buah buahan serta aman sentosa,
44:56
Mereka di sana tiada merasai mati, kecuali mati yang pertama dan mereka
dipeliharakan dari siksa neraka,
44:57
Sebagai kurnia daripada Tuhanmu. Itulah kemenangan yang besar.
46:13
Sesungguhnya orang2 yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka
berlaku lurus, maka tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita.
46:14
Mereka itulah penghuni syurga, serta kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi
apa yang telah mereka amalkan.
46:15
Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya.
Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah
pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan
lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun,
ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri
nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu
bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah
bagiku anak anak cucuku (keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepadaMu dan aku
termasuk orang orang Islam.
46:16
Mereka itulah orang orang yang Kami terima daripada mereka sebaik baik (amalan)
yang mereka amalkan, dan Kami maafkan kesalahan mereka serta termasuk penghuni
syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.
46:35
Maka, sabarlah engkau (Ya Muhammad), sebagaimana telah sabar orang orang yang
mempunyai kemauan di antara rasul rasul, dan janganlah engkau minta segerakan
(siksa) untuk mereka. Seolah olah mereka pada hari melihat (siksa) yang
dijanjikan kepada mereka , tiada diam (di atas dunia) melainkan sesaat dari siang
hari. (Inilah) yang disampaikan (kepada mereka). Maka tiadalah yang dibinasakan
kecuali kaum yang pasik.
47:11
Demikian itu, kerana Allah wali (menolong) orang orang yang beriman dan orang
orang yang kafir tak ada walinya.
47:31
Demi sesungguhnya akan Kami cobai kamu, sehingga Kami ketahui orang2 yang
berjuang di antaramu dan orang2 yang sabar dan (sehingga) Kami siarkan
perkhabaranmu.
47:36
Hidup di dunia, hanya permainan dan bersenda gurau. Jika kamu beriman dan
bertaqwa, maka Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta
kepadamu semua hartamu:
48:3 Dan
(supaya) Allah menolongmu dengan pertolongan yang perkasa.
48:4 Dia
yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang orang yang beriman, supaya
bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentara langit
dan bumi dan Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
48:5
Supaya Dia memasukkan orang orang yang beriman laki laki dan orang orang yang
beriman perempuan ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang
mereka kekal di dalamnya, dan supaya Dia mengampuni kejahatan mereka. Demikian
itu di sisi Allah adalah kemenangan yang besar.
48:6 Dan
supaya Dia menyiksa orang orang munafik laki laki dan orang orang munafik
perempuan dan orang orang musyrik laki laki dan orang orang musyrik perempuan
yang menyangka terhadap Allah dengan persangkaan yang jahat, (bahawa Dia tidak
akan menolong Muhammad). Kepada mereka itulah peredaran kejahatan. Dan Allah
marah kepada mereka dan mengutuki mereka dan menyediakan neraka jahanam untuk
mereka. (Itulah) tempat kembali yang amat jahat.
48:18
Sesungguhnya Allah telah rela (suka) terhadap orang orang Mukmin, ketika mereka
bai’ah (berjanji setia) dengan engkau di bawah pohon kayu, lalu Dia mengetahui
apa apa yang dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam
hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.
49:13 Hai
manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan (bapa
dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat) dan
bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di
antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah
Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
50:39
Maka sabarlah engkau (Ya Muhammad) (mendengarkan) apa apa yang mereka katakan
dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenamnya.
52:48
Sabarlah engkau (ya Muhammad)(menerima) hukum Tuhanmu, sesungguhnya engkau
dalam penjagaan mata Kami, dan tasbihlah (menyucikan Tuhan) serta memuji
Tuhanmu, ketika engkau berdiri.
53:42 Dan
bahawa sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kesudahan (kembali).
53:43 Dan
bahawa sesungguhnya Dia mentertawakan (mengggembirakan) dan menangiskan
(mendukacitakan).
53:44 Dan
bahawa sesungguhnya Dia mematikan dan menghidupkan,
53:45 Dan
bahawa sesungguhnya Dia menjadikan dua macam (jodohan), laki laki dan
perempuan,
53:46
Dari pada mani (air laki laki), ketika ia tertumpah (ke dalam rahim),
53:47 Dan
bahawa sesungguhnya Dia (menjadikan) kejadian yang lain (hidup kembali),
53:48 Dan
bahawa sesungguhnya Dia mengayakan dan memberikan harta simpanan,
53:49 Dan
bahawa sesungguhnya Dia Tuhan (yang menjadikan) bintang Asysyi’ra, (yang mereka
sembah),
53:50 Dan
bahawa sesungguhnya Dia membinasakan (kaum) ‘Ad yang dahulu.
53:51 Dan
(kaum) Tsamud, sehingga tiada yang tinggal (sudah musnah),
53:52 Dan
kaum Nuh sebelum itu. Sesungguhnya mereka itu lebih aniaya dan lebih melewati
batas.
53:53 Dan
negeri kaum Luth digugurkanNya (dirobohkanNya).
53:54
Lalu negeri itu tertutup oleh apa apa yang menutupinya.
54:52
Tiap tiap sesuatu yang mereka perbuat, (dituliskan) dalam kitab kitab.
54:53
Tiap tiap yang kecil dan yang besar (semuanya) tertulis.
54:54
Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam beberapa kebun dan sungai (syurga).
54:55 Di
majlis (tempat) yang benar, di sisi Maharaja ( Allah ) yang berkuasa.
55:31
Nanti Kami akan menyelesaikan (perhitunganmu), hai dua jenis yang diberatkan
(dengan kewajipan) (jin dan manusia).
59:23
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan, kecuali Dia, Raja (yang memerintahi semesta
alam), Maha suci, Maha Selamat (Sejahtera dari aib dan kekurangan), Memberi
keamanan, yang Mengawas (segala hambaNya), Maha Perkasa, yang Maha Pemaksa dan
yang Maha amat besar. Maha suci Allah dari apa apa yang mereka persekutukan.
59:24
Dialah Allah, yang Menciptakan, yang Mengadakan ( dari tidak ada menjadi ada )
dan yang Merupakan ( Membentuk rupa dengan indah ), bagiNya beberapa nama yang
terbaik. Tasbih kepadaNya apa apa yang di langit dan di bumi, dan Dia Mahaperkasa
lagi Mahabijaksana.
61:10 Hai
orang orang yang beriman, maukah ku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang
akan melepaskan kamu dari siksa yang pedih,
61:11(Iaitu)
bahwa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah
dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui.
61:12
(Jika kamu perbuat demikian), niscaya Allah mengampuni dosamu dan memasukkan
kamu ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, dan (ke dalam) tempat
tempat diam yang indah dalam surga ‘Aden. Itulah kemenangan yang besar.
61:13
(Dan lagi nikmat nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada
Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang orang mukmin.
61:14 Hai
orang yang beriman, hendaklah kamu penolong (agama) Allah, sebagaimana Isa anak
Maryam berkata kepada Hawariyin (murid murid pilihannya): Siapakah penolongku
kepada Allah? Sahut Hawariyin, kami penolong (agama) Allah. Kemudian beriman
satu golongan di antara Bani Israil dan kafir golongan (yang lain). Kemudian
kami kuatkan orang orang beriman melawan musuhnya, lalu mereka menang.
63:9 Hai
orang2 yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak
anakmu daripada mengingat Allah. Barang siapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang merugi.
63:10
Nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadamu, sebelum maut datang
kepada salah seorang kamu, lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau tidak
memberi tempoh kepadaku, hingga waktu yang dekat, supaya aku bersedekah dan
termasuk orang orang yang salih?
64:14 Hai
orang2 yang beriman, sesungguhnya di antara isteri2mu dan anak2mu ada yang
menjadi musuhmu, sebab itu waspadalah kamu terhadap mereka; jika kamu
memaafkan, membebaskan dan mengampun, maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi
Penyayang.
64:15
Sesungguhnya harta bendamu dan anak anakmu menjadi cobaan (ujian) bagimu. Allah
di sisiNya pahala yang besar.
64:17
Jika kamu meminjami Allah (berderma kepada orang orang miskin) dengan pinjaman
yang baik, niscaya Allah melipatgandakan (balasannya) bagimu dan mengampuni
kamu. Allah Penerima kasih (memberi pahala) lagi Penyantun.
67:2 Yang
menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalannya, dan Dia Mahaperkasa lagi Pengampun.
67:12
Sesungguhnya orang orang yang takut kepada Tuhannya, dalam keadaan gaib
(sendirian), untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.
68:48
Maka sabarlah engkau (menerima) hukum Tuhanmu dan janganlah engkau seperti
orang yang dalam perut ikan (Yunus), ketika ia bermohon (kepada Tuhan), sedang
ia dalam kedukaan.
70.5 Maka
sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.
70:21 Dan
apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan (bersedekah).
70:22
Kecuali orang orang yang sembahyang,
70:23
Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.
70:24 Dan
orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.
70:25
Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,
70:26 Dan
orang orang yang membenarkan hari pembalasan,
70:27 Dan
orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,
70:28
Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),
70:29 Dan
lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).
70:30
Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka
sesungguhnya mereka tiada dicela.
70:31
Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka mereka itu orang orang
aniaya (melampaui batas).
70:32 Dan
orang orang yang memelihara amanah dan janji mereka,
70:33 Dan
orang orang yang melakukan kesaksian (dengan sebetulnya),
70:34 Dan
orang orang yang memelihara sembahyangnya.
70:35
Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.
73.9
(Dia) Tuhan timur dan barat, tidak ada Tuhan kecuali Dia, sebab itu ambillah
Dia menjadi wakil (menyerahkan urusan kepadaNya).
73:10
Sabarlah engkau atas apa apa yang mereka katakan dan ceraikanlah mereka dengan
perceraian yang baik.
74:6
Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak
(daripadanya).
76:5
Sesungguhnya orang orang baik akan meminum (arak) dari gelas, yang campurannya
(air) kapur (nama tumbuh2an yang harum baunya).
76:6 Dari
mata air, yang diminum oleh hamba hamba Allah (yang salih), mereka alirkan dia
dengan aliran (kemana yang disukainya).
76:8 Dan
mereka memberikan makanan yang dikasihinya kepada orang miskin, anak yatim dan
orang tawanan.
76:9
(Mereka berkata): Hanya kami memberi makan kepadamu, kerana mengharapkan
keredhaan Allah, tiada kami menghendaki daripada mu balasan dan tidak pula
terimakasih.
76:10
Sesungguhnya kami takut dari pada Tuhan kami akan hari, (pada masa itu) orang
orang bermuka masam sesangat sangat masamnya.
76:11
Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan
menganugerahi mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.
76:12 Dia
membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,
76:13
Sedang mereka duduk di sana di atas dipan yang indah. Mereka tiada melihat di
dalamnya matahari (yang memanaskan) dan tidak pula sangat dingin.
76:14
Naung (pohon pohonnya) hampir kepada mereka dan buah buahannya mudah
memetiknya, semudah mudahnya.
76:15
Diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan gelas gelas dari botol botol,
76:16
(Iaitu) botol botol dari perak, mereka aturkan menurut kadarnya.
76:17 Dan
mereka diberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas (jahe).
76:18
Dari mata air di dalamnya dinamai Salsabila.
76:19
Beredar keliling mereka beberapa anak anak yang kekal, apabila engkau melihat
mereka, niscaya engkau kira mereka itu mutiara yang bertebaran.
76:20
Apabila engkau lihat di sana, niscaya engkau lihat nikmat dan kerajaan yang
besar.
76:21 Di
atas (badan) mereka kain sutera halus yang hijau dan kain sutera yang tebal.
Dan dihiasi (tangan) mereka dengan gelang gelang dari perak dan Tuhan mereka
memberi minuman mereka dengan minuman yang suci.
76:22
Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usaha kamu diterima dengan baik.
76:23
Sesungguhnya Kami menurunkan Quran kepada engkau dengan berangsur angsur.
76:24
Maka sabarlah engkau (menerima) hukum Tuhan engkau dan janganlah engkau ikut
orang berdosa atau orang kafir di antara mereka
76:25
Sebutlah nama Tuhanmu pada pagi pagi dan petang petang.
76:26
Pada malam hari hendaklah engkau sujud kepadaNya dan tasbihlah (sembahyang
tahajud) pada malam yang panjang.
76:29
Sesungguhnya ini jadi peringatan. Barang siapa yang menghendaki, dia ambil
jalan kepada Tuhannya.
77:41
Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam naung (yang sejuk) dan mata
air,
77:42 Dan
buah buahan yang mereka ingini,
77:43
Makanlah kamu dan minumlah dengan bersedap sedap, kerana amalan kamu.
77:44
Sesungguhnya demikianlah Kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
79:35
Pada hari (itu) teringatlah manusia apa apa yang telah dikerjakannya.
79:36 Dan
diperlihatkan neraka kepada orang yang melihat,
79:37
Maka barang siapa yang durhaka,
79:38 Dan
mengutamakan hidup di dunia.
79:39
Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya.
79:40
Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada
nafsunya,
79:41
Maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.
90:4
Sesungguhnya Kami menciptakan manusia padahal ia dalam kesusahan.
90:8
Tiadakah Kami adakan baginya dua buah mata,
90:9 Dan
lidah dan dua buah bibir,
90:10 Dan
Kami tunjukkan kepadanya, dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang
buruk).
90:11
Tetapi manusia tidak mau menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).
90:12
Tahukah engkau apakah kesulitan itu?
90:13
(Ialah) memerdekakan budak,
90:14
Atau memberi makan pada hari kelaparan,
90:15
Kepada anak yatim yang berkarib,
90:16
Atau orang miskin yang telah tidur di tanah (sangat miskin).
90:17
Kemudian ia (orang yang mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang
beriman dan berwasiat dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.
90:18
Mereka itulah golongan kanan (ahli syurga).
93:3
Tuhanmu tidaklah meninggalkan engkau (ya Muhammad), dan tiada pula membenci
(engkau).
93:4
Sesungguhnya akhirat lebih baik bagi engkau daripada dunia.
94:1
Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad),
94:2 Dan
telah Kami ringankan bebanmu yang berat,
94:3 Yang
memberati punggungmu,
94:4 Dan
Kami tinggikan (muliakan) namamu ?
94:5
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.
94:6
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.
94:7
Apabila engkau telah selesai, (mengerjakan suatu pekerjaan), maka bersusah
payahlah (mengerjakan yang lain),
94:8 Dan
kepada Tuhanmu, berharaplah.
98:7
Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah, manusia
yang sebaik baiknya.
98:8
Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Aden, yang mengalir air
sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redho
kepada mereka dan mereka redho kepadaNya. (Syurga) Itu untuk orang orang yang
takut kepada Tuhannya.
103:1
Demi masa
103:2
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
103:3
Kecuali orang orang yang beriman dan beramal salih dan berwasiat (nasihat
menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.