Golongan Hampir / Golongan Kanan & Kiri
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
2:23 Jika kamu dalam
ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka
perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari
pada Allah, jika kamu orang yang benar.
2:24 Kalau tidak
kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka
yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.
2:42
Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan (jangan) kamu
sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya.
2:46 (Yaitu) orang orang yang
yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya.
2:155 Demi, sesungguhnya akan Kami
uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan
harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar gembira orang2 yang sabar
(atas cubaan itu).
2:156 (Iaitu) orang2, apabila
mereka ditimpa musibah (melapetaka), mereka berkata: Inna lillahi wainna ilaihi
radji’un. (Bahwa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali
kepadaNya).
2:157
Untuk mereka itu selawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu
mendapat petunjuk.
2:195
Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke
dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang
berbuat baik.
3:104
Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan
maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang
menang.
3:138
(Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi
orang orang taqwa.
3:139
Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita, sedang kamu orang orang yang
lebih tinggi jika kamu orang beriman.
4:13 Demikianlah batas batas (peraturan) Allah.
Barang siapa mengikut (perintah) Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan
dia ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal
di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.
4:103
Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan
Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring.
Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang
(sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin
pada waktunya.
5:8 Wahai orang orang yang beriman!
Hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan
janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum (seseorang) menjerumuskan kamu untuk
tidak berlaku adil. Lakukanlah keadilan. Keadilan itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang
kamu lakukan.
7:26
Hai segala anak Adam; Sesungguhnya telah kami turunkan pakaian kepadamu untuk
menutupi kemaluanmu, begitu pula pakaian perhiasan. Tetapi pakaian taqwa
terlebih baik. Demikianlah ayat ayat Allah (tanda kekuasaanNya), mudah mudahan
mereka menerima peringatan.
7:170
Orang orang yang berpegang kepada kitab dan mendirikan sembahyang, sesungguhnya
Kami tiada menyia nyiakan pahala orang orang yang berbuat baik itu.
11:17 Adakah orang yang mendapat
keterangan daripada Tuhannya dan diikuti oleh saksi dari Allah (Quran) dan
sebelumnya ada kitab Musa (Taurat), menjadi ikutan dan rahmat (sama dengan
orang yang tiada mendapat keterangan?). Mereka itu beriman kepadanya. Barang
siapa yang ingkar akan dia, di antara beberapa golongan, maka nerakalah
tempatnya. Sebab itu janganlah engkau dalam keraguan tentang Quran,
sesungguhnya Quran itu sebenarnya daripada Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia
tiada mau beriman.
12:23
Kemudian yang empunya rumah tempat tinggalnya (Zalikha) mengajak Yusuf berbuat
jahat, lalu ditutupnya segala pintu, serta katanya: Marilah engkau! Jawab
Yusuf: Berlindung aku kepada Allah, sesungguhnya suami kau tuan saya, telah
membaikkan kedudukan saya (maka tak patut saya berkhianat kepadanya).
Sesungguhnya tiada menang orang orang aniaya.
16:96
Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa yang ada di sisi Allah akan
kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang yang sabar dengan pahala yang
terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
16:97 Barang siapa
mengerjakan kebaikan, baik laki-laki ataupun perempuan, sedang ia beriman,
niscaya Kami hidupkan dia dengan
kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih
baik dari apa yang telah mereka amalkan.
17:60
Ketika Kami berkata kepada engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia.
Kami tiada jadikan penglihatan (mimpi) yang Kami perlihatkan kepada engkau
(ketika Israk), melainkan untuk cubaan bagi manusia dan (begitu juga) pohon
kayu yang terkutuk dalam Quran, Kami pertakuti mereka itu, tetapi pertakut itu
tiada menambah mereka, melainkan kedurhakaan yang besar.
17:79 Pada malam hari, hendaklah
engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk
engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
19:60 Kecuali orang yang taubat dan
beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka
tiada teraniaya sedikitpun.
19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang
dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib.
Sungguh janjiNya akan datang.
19:62 Mereka tiada mendengarkan di
sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di
dalamnya pada pagi dan petang.
19:63
Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba
hamba Kami.
23:57
Sesungguhnya, orang orang yang takut, kerana takut (akan azab) Tuhannya,
23:58
Dan orang orang yang percaya kepada ayat ayat Tuhannya,
23:59
Dan orang orang yang tiada mempersekutukan Tuhannya,
23:60
Dan orang orang yang memberikan apa apa yang telah diberikannya (sedekah, zakat
dsbnya) sedang hati mereka itu takut, kerana mereka akan kembali kepada
Tuhannya.
23:61
Mereka itulah orang orang yang bersegera membuat kebaikkan dan merekalah yang
terdahulu (menang).
24:35
Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahayaNya, seperti sebuah
lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas.
Gelas itu seperti bintang yang berkilau kilauan. Pelita itu dinyalakan dengan
minyak pohon yang diberkati, iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) yang bukan di
timur dan bukan pula di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya;
meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki
siapa yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu. Allah mengunjukkan beberapa
contoh untuk manusia. Allah Maha mengetahui tiap tiap sesuatu.
24:36 Pelita itu dalam rumah
(masjid) yang telah diizinkan Allah menghormatinya dan menyebut namaNya dalam
rumah itu, serta tasbih di dalamnya pagi dan petang.
24:37 Beberapa orang laki laki yang
tidak lalai kerana perniagaan dan tiada pula kerana berjual beli dari mengingat
Allah dan mendirikan sembahyang serta memberikan zakat; mereka takut akan hari
yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu.
24:38 Supaya Allah membalasi mereka
dengan yang terlebih baik dari amalan mereka, dan menambah kurnia untuk mereka.
Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dengan tiada terhisab.
24:55 Allah telah menjanjikan bagi
orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa
Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang
dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam)
yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan
keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu
juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
25:63
Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi
dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil
(jahat), mereka berkata: Selamat !
25:64
Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
25:65
Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada
kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).
25:67
Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada
pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.
25:68
Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada
pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak
pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan
menemui dosa (siksa).
25:70
Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah
akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi
Penyayang.
25:71 Barang siapa yang taubat dan
beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada Allah sebenar benarnya
taubat.
25:72 Dan orang orang yang tidak
mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat
sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang orang, jika mereka
diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga
pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan orang orang yang berkata:
Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati
kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.
25:75 Orang orang yang tersebut itu
akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati
sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka kekal di dalamnya.
(Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.
26:227 Kecuali orang2 yang beriman
dan beramal salih, serta banyak mengingat Allah dan mereka beroleh kemenangan
sesudah teraniaya. Nanti akan tahu orang2 yang aniaya, ke tempat mana mereka
akan kembali.
27:2 Untuk petunjuk dan
khabar gembira bagi orang2 yang beriman.
27:3 (Iaitu) orang orang yang
mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka yakin akan adanya
akhirat.
35:31 Yang Kami
wahyukan kepadamu, iaitu kitab adalah kebenaran, membenarkan (kitab kitab) yang
sebelumnya. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahamelihat (segala
hambaNya).
35:32 Kemudian Kami
pusakakan kitab itu untuk orang orang yang Kami pilih di antara hamba hamba
Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya (tidak menurut isi kitab
itu) dan di antaranya ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya) dan di
antaranya ada yang maju (juara) memperbuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah
kurnia yang besar.
36:55 Sesungguhnya penghuni syurga
pada hari itu, bersenang senang dalam pekerjaannya.
36:56 Mereka bersama sama dengan isteri
isterinya tinggal di tempat yang terlindung, bersandar di atas peterana (tempat
duduk pengantin).
36:57 Untuk mereka di sana buah
buahan dan apa apa yang mereka minta.
37:74 Kecuali hamba hamba Allah
yang disucikan.
37:128 Kecuali hamba hamba Allah
yang disucikan.
38:45
Ingatlah akan hamba hamba Kami Ibrahim, Ishak dan Yaqub, yang mempunyai
kekuatan dan pemandangan.
38:46
Sesungguhnya Kami sucikan mereka dengan suatu kesucian, (iaitu) mengingat
kampung (akhirat).
38:47
Sungguh mereka itu di sisi Kami, termasuk orang orang pilihan dan orang orang
baik.
38:48
Ingatlah akan Ismail Ilyasa’ dan Zulkifli, masing masingnya termasuk orang
orang yang baik.
38:49
Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa
sebaik baik tempat kembali.
38:50
(Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya untuk mereka.
38:51
Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta buah buahan yang banyak
dan minuman.
38:52
Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata (bukan mata keranjang) lagi
sebaya.
38:53
Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab (kiamat).
38:54
Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis habisnya.
44:51 Sesungguhnya orang2 yang taqwa adalah dalam
tempat yang aman,
44:52
Dalam kebun kebun dan mata air,
44:53
Mereka memakai sutera yang tipis dan sutera yang tebal, serta berhadap hadapan
(sesamanya).
44:54
Demikianlah (keadaannya), dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari (perempuan
putih yang bundar matanya).
44:55
Mereka meminta di dalamnya bermacam macam buah buahan serta aman sentosa,
44:56
Mereka di sana tiada merasai mati, kecuali mati yang pertama dan mereka
dipeliharakan dari siksa neraka,
44:57
Sebagai kurnia daripada Tuhanmu. Itulah kemenangan yang besar.
45:3
Sesungguhnya di langit dan bumi ada beberapa ayat (tanda tanda kekuasaan Allah
) untuk orang orang yang beriman.
45:4
Dan pada kejadian kamu dan binatang binatang yang bertebaran ada pula beberapa
ayat bagi kaum yang berhati tetap.
45:5
Dan pertikaian malam dan siang dan rezeki (air) yang diturunkan Allah dari
langit (awan), lalu dihidupkanNya dengan air itu bumi, sesudah matinya dan
pertiupan angin, adalah beberapa ayat bagi kaum yang berakal.
45:6
Itulah ayat ayat Allah, Kami bacakan kepada engkau dengan sebenarnya. Dengan
perkataan apakah mereka akan beriman, sesudah (perkataan) Allah dan ayat
ayatNya?
45:11
Inilah petunjuk. Orang orang yang kafir (tidak percaya) kepada ayat ayat
Tuhannya, untuk mereka itu siksa yang pedih dari sekeras keras siksaan.
45:12
Allah yang menundukkan laut untukmu, supaya kapal berlayar di sana dengan
izinNya dan supaya kamu mencari kurniaNya (rezekiNya) dan mudah mudahan kamu
berterima kasih (kepadaNya).
45:13
Dia menundukkan untukmu apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi
semuanya, (sebagai kurnia) daripadaNya. Sungguh pada demikian itu beberapa ayat
(keterangan) bagi kaum yang berfikir.
45:14 Katakanlah kepada orang orang
yang beriman : Hendaklah mereka mengampuni ( memaafkan kesalahan ) orang orang
yang tidak mengharapkan, ( takut ) akan hari ( siksa ) Allah, supaya Allah
membalas kaum, menurut apa yang telah mereka usahakan.
45:15 Barang siapa yang beramal
salih, maka (pahalanya) untuk dirinya dan siapa berbuat jahat maka (siksanya)
atas pundaknya. Kemudian kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan.
45:16
Sesungguhnya telah Kami berikan kepada Bani Israil kitab (Taurat), hukum hukum
dan kenabian dan Kami berikan rezeki kepada mereka di antara makanan yang lazat
lazat dan Kami lebihkan (muliakan) mereka di atas sekalian alam.
45:17
Dan Kami berikan kepada mereka beberapa keterangan di antara urusan (agama),
maka tiadalah mereka berbantah bantah, melainkan sesudah datang kepada mereka
ilmu pengetahuan, kerana berdengki dengkian sesama mereka. Sesungguhnya Tuhanmu
akan menghukum antara mereka pada hari kiamat tentang apa apa yang mereka
perselisihkan.
45:19
Sesungguhnya mereka itu tidak akan mempertahankan engkau dari (siksa) Allah
sedikitpun. Sesungguhnya orang orang yang aniaya setengah mereka jadi wali bagi
yang lain, sedang Allah jadi wali bagi orang orang yang taqwa.
45:20
(Quran) ini jadi pelita hati (keterangan agama) untuk manusia dan jadi petunjuk
dan rahmat untuk kaum yang yakin.
45:21 Bahkan adakah orang orang
yang memperbuat kejahatan mengira, bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti
orang orang yang beriman dan beramal salih, bersamaan hidup dan mati mereka.
Amat jahat hukuman mereka itu! (Menyamakan orang jahat dengan orang baik).
47:31 Demi sesungguhnya akan Kami
cobai kamu, sehingga Kami ketahui orang2 yang berjuang di antaramu dan orang2
yang sabar dan (sehingga) Kami siarkan perkhabaranmu.
47:36
Hidup di dunia, hanya permainan dan bersenda gurau. Jika kamu beriman dan
bertaqwa, maka Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta
kepadamu semua hartamu:
49:13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan
(bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat)
dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia
di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah
Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
50:16 Sesungguhnya telah Kami
jadikan manusia dan Kami ketahui apa apa yang diwas waskan (dibisikkan) oleh
hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya.
56:7 (Ketika itu) kamu ada tiga
macam:
56:8 Golongan kanan, siapakah
golongan kanan itu? (Orang orang mukmin yang diunjukkan buku amalannya dari
sebelah kanannya).
56:9 Dan golongan kiri, siapakah
golongan kiri itu? (Orang orang kafir yang diunjukkan buku amalannya dari
sebelah kirinya).
56:10 Dan orang orang dahulu yang
terdahulu (masuk Islam),
56:11 Mereka itu orang yang hampir
di sisi Tuhan,
56:12 Dalam syurga kesenangan,
56:13 Mereka itu banyak di antara
orang orang dahulu,
56:14 Dan sedikit di antara orang
orang yang kemudian.
56:15 Mereka di atas dipan
(peterana) yang bertatahkan (emas dan intan).
56:16 Sedang mereka bersandar di
atasnya, berhadap hadapan,
56:17 Mereka dikelilingi (dilayani)
oleh anak anak yang berkekalan,
56:18 Menghidangkan cangkir
cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,
56:19 Mereka tiada pusing dan tidak
pula mabuk, kerana minuman itu,
56:20 Dan buah buahan di antara apa
apa yang mereka sukai,
56:21 Dan daging burung yang mereka
ingini.
56:22 (Di samping) mereka itu ada
bidadari,
56:23 Seperti mutiara yang
tersimpan rapi
56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan
yang mereka kerjakan,
56:25 Mereka tiada mendengar di
dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,
56:26 Melainkan ucapan: selamat,
selamat!
56:27 Golongan kanan, siapakah
golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon
sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang
tersusun,
56:30 Dan Naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan
tidak pula terlarang
56:34 Dan hamparan yang tinggi
56:35 Sesungguhnya Kami adakan (
untuk mereka ) bidadari bidadari dengan satu kejadian.
56:36
Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37
Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38
(Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39
(Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40
Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:41 Orang orang golongan kiri,
siapakah orang orang golongan kiri itu?
56:42 (Mereka) dalam api yang panas
dan air yang panas
56:43 Dan naungan asap yang hitam.
56:44 Yang tiada sejuk dan tiada
pula baik.
56:45 Sesungguhnya mereka sebelum
itu (dahulu) bersenang senang (bermewah mewah),
56:46 Dan mereka terus menerus
(memperbuat) dosa yang besar.
56:47
Dan mereka itu berkata: Apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah dan
tulang tulang, adakah kami akan dibangkitkan kembali,
56:48
Dan manakah bapa bapa kami yang dahulu?
56:49
Katakanlah: Sesungguhnya orang orang dahulu dan orang orang kemudian,
56:50
Akan dihimpunkan pada waktu hari yang ditentukan,
56:57
Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan (hari
berbangkit itu)?
57:4
Dia yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (enam masa yang
tertentu). Kemudian Dia bersemayam di
atas arasy. Dia mengetahui apa apa yang masuk ke dalam bumi dan apa apa yang
keluar daripadanya dan apa apa yang turun dari langit dan apa apa yang naik
kepadanya. Dia beserta kamu dimana kamu berada. Allah Mahamelihat apa apa yang
kamu kerjakan.
64:9 Pada hari Allah menghimpunkan
kamu pada hari berkumpul (segala manusia) (kiamat), itulah hari pengungkapan
kesalahan kesalahan. Barang siapa yang beriman kepada Allah, dan beramal salih,
niscaya Allah menutupi (mengampuni) kejahatannya dan memasukkannya ke dalam
syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya
selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
64:10 Orang orang yang kafir dan
mendustakan ayat ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka, serta kekal di
dalamnya. Itulah sejahat-jahat tempat
kembali.
64:17 Jika kamu meminjami Allah
(berderma kepada orang orang miskin) dengan pinjaman yang baik, niscaya Allah
melipatgandakan (balasannya) bagimu dan mengampuni kamu. Allah Penerima kasih
(memberi pahala) lagi Penyantun.
73:20
Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahwa engkau sembahyang malam hari, kurang
dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya,
bersama sama dengan segolongan orang orang yang bersama engkau. Allah
menentukan kadar (waktu) malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tiada
dapat mengghinggakannya (menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima tobat
mu, sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antara Al Quran. Dia mengetahui
bahwa akan ada di antara kamu orang orang yang sakit dan yang lain berjalan di
muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan
Allah. Sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antaranya (Quran) dan dirikanlah
sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik
(berderma). Apa apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh
di sisi Allah kebaikan pula dan pahala terbesar. Minta ampunlah kamu kepada
Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.
74:6
Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak
(daripadanya).
74:38
Tiap tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan usahanya.
74:39 Kecuali orang orang golongan
kanan.
74:40 (Mereka itu) dalam syurga,
sambil tanya bertanya,
76:5
Sesungguhnya orang orang baik akan meminum (arak) dari gelas, yang campurannya
(air) kapur (nama tumbuh2an yang harum baunya).
76:6
Dari mata air, yang diminum oleh hamba hamba Allah (yang salih), mereka alirkan
dia dengan aliran (kemana yang disukainya).
76:8
Dan mereka memberikan makanan yang dikasihinya kepada orang miskin, anak yatim
dan orang tawanan.
76:10
Sesungguhnya kami takut dari pada Tuhan kami akan hari, (pada masa itu) orang
orang bermuka masam sesangat sangat masamnya.
76:11
Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan
menganugerahi mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.
76:12
Dia membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,
76:13
Sedang mereka duduk di sana di atas dipan yang indah. Mereka tiada melihat di
dalamnya matahari (yang memanaskan) dan tidak pula sangat dingin.
76:14
Naung (pohon pohonnya) hampir kepada mereka dan buah buahannya mudah
memetiknya, semudah mudahnya.
76:15
Diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan gelas gelas dari botol botol,
76:16
(Iaitu) botol botol dari perak, mereka aturkan menurut kadarnya.
76:17
Dan mereka diberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas
(jahe).
76:18
Dari mata air di dalamnya dinamai Salsabila.
76:19
Beredar keliling mereka beberapa anak anak yang kekal, apabila engkau melihat
mereka, niscaya engkau kira mereka itu mutiara yang bertebaran.
76:20
Apabila engkau lihat di sana, niscaya engkau lihat nikmat dan kerajaan yang
besar.
76:21
Di atas (badan) mereka kain sutera halus yang hijau dan kain sutera yang tebal.
Dan dihiasi (tangan) mereka dengan gelang gelang dari perak dan Tuhan mereka
memberi minuman mereka dengan minuman yang suci.
76:22
Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usaha kamu diterima dengan baik.
77:41
Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam naung (yang sejuk) dan mata
air,
77:42
Dan buah buahan yang mereka ingini,
77:43
Makanlah kamu dan minumlah dengan bersedap sedap, kerana amalan kamu.
77:44
Sesungguhnya demikianlah Kami membalasi orang orang yang berbuat baik.
87:14 Sesungguhnya menanglah orang
yang suci (hati),
87:15 Dan menyebut nama Tuhannya
serta bersembahyang.
87:16
Tetapi kamu mengutamakan hidup di dunia.
87:17
Sedang akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
87:18
Sesungguhnya (ayat ayat) ini (sudah termaktub) dalam kitab kitab dahulu.
87:19
(iaitu) kitab kitab Ibrahim dan Musa.
90:4
Sesungguhnya Kami menciptakan manusia padahal ia dalam kesusahan.
90:10 Dan Kami tunjukkan kepadanya
dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang buruk).
90:11 Tetapi manusia tidak mau
menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).
90:12 Tahukah engkau, apakah
kesulitan itu?
90:13 (Ialah) memerdekakan budak,
90:14 Atau memberi makan pada hari
kelaparan,
90:15 Kepada anak yatim yang
berkarib,
90:16 Atau orang miskin yang telah
tidur di tanah (sangat miskin).
90:17 Kemudian ia (orang yang
mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang beriman dan berwasiat
dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.
90:18 Mereka itulah golongan kanan
(ahli syurga).
90:19 Orang orang yang kafir (tak
percaya) kepada ayat ayat Kami, mereka itulah golongan kiri.
90:20 Api neraka akan ditutupkan
atas mereka itu.
96:19
Sekali kali janganlah begitu, janganlah engkau ikut orang yang bersalah itu dan
sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepadaNya).
98:7
Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah, manusia
yang sebaik baiknya.
98:8
Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Aden, yang mengalir air
sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redho
kepada mereka dan mereka redho kepadaNya. (Syurga) Itu untuk orang orang yang
takut kepada Tuhannya.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.