Wahai
insan yang dipanggil manusia,
Berhina
dirilah kamu sebenar benarnya kamu berhina diri,
Ikhlaskanlah
dirimu dalam agamamu,
Buangilah
olehmu sehingga tiada sebutir zarrah ujub, ria, istidraj, dalam jiwamu,
Janganlah
kamu menganiaya manusia yang lain,
Minta
ampunlah kamu sebenar benarnya kamu meminta ampun dari Tuhanmu, semoga kamu
beroleh keampunan Tuhanmu yang Maha Suci, Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengasih
dari segala yang pengasih. Tuhanmu Mahapengampun dan Dia Mahapemaaf dan Maha
penerima taubat.
Mintalah
oleh kamu sebenar benarnya minta, agar kamu diberi petunjuk oleh Tuhanmu kepada
jalan yang sebenar benarnya jalan yang lurus, iaitu jalan yang Tuhan kamu redha
kepada jalan yang kamu pilih itu, iaitu bukan dari jalan mereka yang sesat dan
bukan pula jalan mereka yang dimurkai.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.