http://tarikatusufiah.blogspot.com/2009/02/dimanakah-jalan-mencari-allahmenemui.html
Duhai
Sahabat,
Mencari Allah bukanlah di langit dan di bumi, bukanlah Allah dicari di Utara
atau di Selatan atau di Timur atau di Barat, bukanlah dicari di kiri, di kanan,
di atas, di bawah, di hadapan, di belakang, bukan, bukan, bukan! Sekali lagi,
bukan! Malahan, carilah Allah, di dalam LUBUK HATI sendiri!
PAYAH-PAYAH MENCARI BILAH,
BILAH
ADA DI DALAM BULUH,
PAYAH-PAYAH
MENCARI ALLAH,
CARILAH
ALLAH DI DALAM TUBUH.
Firman Allah di dalam Hadith Qudsy, bermaksud:
Telah AKU [Allah] perbuat di dalam rongga anak Adam satu Mahligai, dan di dalam
Mahligai itu adalah Dada dan di dalam Dada itu adalah Hati, dan di dalam Hati
itu adalah Fuad, dan di dalam Fuad itu adalah Syagaaf, dan di dalam Syagaaf itu
adalah Sirr, dan di dalam Sirr itu adalah AKU, yakni di dalam Sirr itu adalah
tempat tajalli AKU [Allah] dan tempat AKU menaruh RAHSIA, dan tempat mengenal
akan AKU.
Hati itu adalah diri kita yang Batin. Dari itu Allah Zat Maha Bijaksana,
mendesak kita supaya kita melihat ke dalam diri kita sendiri, seperti di dalam
FirmanNya, bermaksud:
' Dan di dalam diri kamu [hati kamu] kenapa tiada kamu lihat? [ perhatikan].
Bagaimana kita akan melihat Allah, walhal, kita tidak mempunyai HATI YANG
BERSIH!
Kalau HATI/ROH/JIWA kita telah bersih daripada sifat-sifat kejahatan
[Mazmumah], dapatlah kita melihat kepada diri kita, bererti, kita telah
mendapat cermin untuk melihat Allah Zat yang Maha Esa. Sebaliknya, jika
HATI/ROH/JIWA kita itu Kotor / Buta / Berkarat / Berpenyakit / Bernajis -
bererti, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat kepada Allah!
Hati yang diisi dengan mengingati Allah, seolah-olah rumah Allah.
Hati
yang lupa/lalai kepada Allah adalah rumah Syaitan/Iblis, tempat Hawa Nafsu
jahat bergelora!
Perhatikan Sabda Rasulullah, bermaksud:
'
Di dalam tubuh anak Adam [manusia] ada segumpal daging; jika daging itu baik,
nescaya baiklah sebatang tubuhnya; jika jahat [busuk], maka binasalah sebatang
tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu ialah HATI ROHANI. [Tempat Rahsia
Allah].'
Firman Allah, Q.Surah asy-Syams:9-10, bermaksud:
‘Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan hati / jiwa / nafsu
mereka, dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya.’
HATI yang dikatakan baik ialah jikalau HATI itu BERKENALAN / BERKEKALAN / BERPANJANGAN
MENGINGATI ALLAH!
Sebaliknya, dikatakan HATI itu jahat, jikalau HATI itu ENGKAR / LALAI / LUPA
kepada mengingati ALLAH ZAT WAJIBAL WUJUD!
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH JATUH KASIH / CINTA KEPADA ALLAH.
Firman Allah, bermaksud:
' Sesungguhnya, orang-orang beriman itu amat mengasihi / mencintai Allah.'
1] Bergerak-gerak lidah / hatinya membaca Kalimah Allah.
2] Gementar sekelian persendiannya dan seluruh tubuh dan tulang belulangnya.
3] Dirasanya lemah dan rapuh tubuh badan dan tulang belulangnya.
4] Tersimpul lidahnya dan malas ia berkata-kata yang sia-sia [tak bermanfaat].
5] Dingin perasaannya seperti dirasakan oleh Rasulullah.
6] Bercucuran air matanya oleh rasa insaf diatas kelalaiannya.
7] Rajin ia bersolat dan beramal / ibadah.
8] Benci kepada segala perkara kemungkaran dan maksiat.
9] Merasa amat proaktif dalam menghadapi hidup penuh cabaran dan dengan daya
Tahan dan kreatif yang tinggi, senantiasa mendepani peluang untuk berkebajikan
dunia dan akhirat.
10]
Jauh hatinya dari sifat ria, ujub, takkabur, istidraj. Bermaksud amat jauh dia
dari sifat sombong, bongkak, suka mempamerkan kepandaian diri, kebolehan atau
kekayaannya. Apatah lagi jauh ia dari sifat menganiaya atau suka berbuat rusak
binasa porak peranda kepada sekelilingnya, munafik dsbnya atau lain-lain lagi sifat
karekter yang tidak mudah untuk diungkapkan isi.
WAHAI YA ALLAH, BUKALAH HATI KAMI UNTUK BERMAKRIFAT KEPADAMU!
ILAAHI, HANYA KAU YANG KAMI MAKSUD,
DAN KEREDHAANMU YANG KAMI TUNTUT!
AMEEN YA ROBBAL ‘ALAMEEN.
Prof. Dr. Syeikh Bahaudin
AlHady
http://tarikatusufiah.blogspot.com/2009/02/dimanakah-jalan-mencari-allahmenemui.html
________________________________________
https://www.jalansufi.com/perjalanan-mencari-yang-haq-perlu-baca/
Ada dua
jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya
:
Man `arafa nafsahu faqad `arafa
rabbahu
Barang siapa mengenal dirinya maka
pasti dia akan kenal Tuhannya. ( Dalil ini yang sangat popular dikalangan sufi,
meditator , filosofi, teolog )
Man `arafa rabbahu faqad `arafa
nafsahu
Barang siapa yang kenal Tuhannya
pasti dia akan kenal dirinya.
Alghazali membantah pemikiran yang dimulai dengan
rangkaian berfikir terbalik, … beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam
harus memulakan pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan,
bukan dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya,
ertinya sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya dari
tahap yang benar menuju zat di balik semuanya berasal. Sedangkan di dalam Islam
menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam
Al qur’an agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang
belum tentu kebenarannya…
Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur’an dan Allah
menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah … tidak menunjukkan
alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung … kerana alam-alam itu
sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar…
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba
yang mencari Tuhannya.
2:186 Apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang
halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta,
bila ia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah ia mengikut perintahKu, serta
beriman kepadaKu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.
50;16 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya
dari pada urat lehernya.
Ayat-ayat diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai
wujud yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut
secara sempurna. Al qur’an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat
dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan
itu terlontar, dimanakah Allah ?
Maka Allah menjawab: Aku ini hampir (sangat dekat),
kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher
kalian. Atau di mana saja kalian menghadap, di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini Maha
meliputi segala sesuatu
https://www.jalansufi.com/perjalanan-mencari-yang-haq-perlu-baca/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.