Total Pageviews

Saturday, 13 December 2025

Kenapakah diujudkan penulisan ini?

 


Kenapakah diujudkan penulisan ini? Kerana manusia disuruh sampaikan kepada orang yang masih tidak mengetahui (Tabligh) walaupun sepotong ayat Allah ( Kewajipan seorang Muslim adalah menyampaikan Quran ). Mudah mudahan hati jiwa mereka terbuka dan cenderung untuk mencari Allah ; mencari kebenaran ; mencari jalan yang selamat ; mencari jalan yang tidak dimurkai ; mencari jalan yang Allah redho ; mencari jalan orang orang yang menang ; mencari jalan yang lurus ; mencari jalan mereka yang taqwa ; mencari jalan mereka mereka yang disayangi Allah ; mencari jalan mereka mereka yang kekal gembira, tiada takut dan tiada berduka cita ; mencari jalan rahmat, nikmat dan penuh kurnia, mencari jalan yang sejahtera aman sentosa.

 

Selepas ini, tuan akan bertemu dengan tafsir Quran yang dipilih mengikut sesuai tajuk dan maksudnya. Tafsir ini merujuk dari tafsir Quran Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. Tafsir ini dirujuk selepas, tertarik dengan kata kata ikhlas dari Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus sendiri iaitu beliau mengatakan, bahawa usaha beliau mentafsir Quran adalah dibuat semata mata kerana mau mencari redho Allah dan bertujuan mempermudahkan umat manusia mencari Tuhan sebenar dan mencari jalan yang lurus iaitu jalan yang benar lagi diredhoi dan tidak dimurkai Allah. Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus juga bersifat suci, tulus ikhlas dan beliau mementingkan akhirat, tidak mencintai dunia.

 

Usaha Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus mentafsir Quran telah dimulakan dari tahun 1922 lagi. Dan beliau telah melanjutkan belajar ilmu pengetahuan ke Mesir dalam tahun 1924.

 

Di Darul Ulum, Mesir, Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus telah menerima pelajaran daripada Sheikh Darul Ulum bahawa, usaha menterjemahkan Quran itu ke dalam bahasa asing hukumnya boleh (mubah) bahkan termasuk perbuatan yang dituntut (fardhu kifayah) bertujuan menyampaikan dakwah atau pengajaran Quran kepada bangsa lain yang tidak mengerti bahasa Arab.

 

Bagaimanakah mau menyampaikan pengajaran Quran kepada bangsa Jepun, Jerman, Perancis, Finland, Norway, Rusia, India, Korea, Cina, Melayu, Maori dsbnya jika tidak diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda mereka?

 

Kami juga merasa tertarik dengan amanat Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus di mana kata katanya; tafsirnya bukanlah terjemahan dari kitab bahasa Arab, melainkan hasil penyelidikannya sejak beliau berumur 20 tahun sehinggalah berumur 73 tahun.

 

Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus juga mementingkan untuk menerangkan dan menjelaskan petunjuk petunjuk yang termaktub dalam Al Quran untuk diamalkan oleh kaum Muslimin khususnya dan umat manusia umumnya sebagai petunjuk rujukan.

 

Kerana memerhatikan petunjuk dan mengambil pengajaran darinya itulah tujuan utama ayat ayat Suci Al Quran diturunkan Allah kepada nabi Muhammad melalui perantara malaikat Jibrail seperti dimaklumkan Allah dalam Al Baqarah ayat 2.

 

2:2 Kitab itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang orang-orang yang taqwa.

 

Sesungguhnya Quran diaturkan Allah dengan sangat indah dan sama sekali tidak sama dengan aturan manusia. Adapun usaha ini, bertujuan memudahkan manusia manusia membuat analisa terhadap tafsir Quran semampu kita dan sedaya kita seperti mana yang diizinkan Allah.

 

Ditegaskan bahawa, walaupun usaha sebagus daya telah diusahakan untuk mengumpulnya mengikut kumpulan tertentu, namun diakui mungkin terdapat salah dan silap yang tidak disengajakan. Diakui saya bukan yang terbaik dalam kerja kerja ini, hanya telah diusahakan dengan sebaik daya setakat yang termampu yang diizinkan Allah ke atas saya. Saya memohon ampun dan maaf dari Allah atas apa apa kesalahan yang tertera tanpa sedar di masa penyusunan kompilasi ini.

 

Sekiranya tuan ternampak kesalahan, mohon ditegur dan pohon ditunjuk ajar pembaikkannya kerana manusia sifatnya amat lemah dan selalu berbuat salah dan silap.

 

Menjadi tanggungjawab tuan juga mencari kebenaran dan tuan tidak harus menerima terus apa yang dititipkan tanpa membuat analisa atau semakan menyeluruh dari usaha pihak tuan sendiri.

 

Justeru dipohon daya dari pihak tuan dapat membetulkan apa apa salah dan silap jika ketahuan di pihak tuan.

 

 

Dipetik sedikit kata kata Al Quran buat panduan kita:-

 

6:48 Kami tiada mengutus rasul rasul itu, melainkan supaya mereka memberi khabar gembira dan khabar takut. Barang siapa beriman dan memperbaiki (amalannya) maka tiada ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berdukacita.

 

6:70 Biarkanlah orang2 yang mengambil agamanya jadi permainan dan pergurauan, dan mereka terperdaya oleh (kesenangan) hidup di dunia dan berilah mereka peringatan dengan Quran, supaya jangan dijatuhkan diri mereka ke lembah kebinasaan, kerana usahanya. Tidak adalah baginya wali dan tiada pula pembantu, selain daripada Allah. Jika dia tebus dengan bermacam macam tebusan, tiadalah diterima daripadanya. Mereka itulah orang2 yang dijatuhkan kelembah kebinasaan, kerana usahanya. Untuk mereka itu minuman yang panas dan siksaan yang pedih, sebab mereka itu kafir (tiada beriman).

 

6:71 Katakanlah: Adakah (patut) kita sembah, selain dari Allah, sesuatu yang tiada bermanfa’at kepada kita dan tiada pula melarat dan kita kembali menjadi kafir, sesudah Allah menunjuki kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syetan di muka bumi, sehingga menjadi heran; baginya ada beberapa orang teman yang menyerunya kepada petunjuk (katanya) : Marilah bersama kami! Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah ialah sebenarnya petunjuk. Kami disuruh, supaya kami patuh kepada Tuhan semesta ‘alam.

 

6:90 Mereka itulah orang orang yang telah ditunjuki Allah, sebab itu ikutlah petunjuk mereka itu. Katakanlah: Aku tiada minta upah kepadamu atas menyampaikan Quran ini. Ia tidak lain hanya peringatan bagi seisi alam.

 

6:106 Ikutlah apa apa yang diwahyukan kepadamu (ya Muhammad) dari pada Tuhanmu. Tidak adalah Tuhan, kecuali Dia dan berpalinglah dari pada orang orang musyrik.

 

82:13 Sesungguhnya orang yang baik baik dalam kenikmatan (Syurga).

 

82:14 Dan sesungguhnya orang orang yang jahat dalam neraka,

 

82:15 Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.

 

82:16 Dan mereka tiada dapat gaib (lari) daripadanya.

 

82:17 Tahukah engkau, apakah hari pembalasan itu,

 

82:18 Kemudian, tahukah engkau, apakah hari pembalasan itu?

 

82:19 (Iaitu) hari yang tidak berhak seseorang menolong yang lain sedikitpun, dan segala urusan pada hari itu (terserah) kepada Allah.

 

87:9 Maka berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat.

 

87:10 Nanti akan menerima peringatan orang yang takut,

 

87:11 Dan akan menjauhinya orang yang celaka,

 

87:12 (Iaitu) orang yang akan memasuki neraka yang terbesar.

 

87:13 Kemudian ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.

 

88:17 Tiadakah mereka memperhatikan unta, bagaimana ia dijadikan?

 

88:18 Dan (memperhatikan) langit, bagaimana ia ditinggikan?

 

88:19 Dan (memperhatikan) gunung gunung, bagaimana ia ditegakkan?

 

88:20 Dan (memperhatikan) bumi, bagaimana ia didatarkan?

 

88:21 Maka berilah (mereka) peringatan, engkau hanya memberi peringatan.

 

88:22 Engkau bukan memaksa mereka.

 

88:23 Tetapi siapa yang berpaling (tiada mengikut peringatan itu) dan ingkar,

 

88:24 Maka Allah akan menyiksanya dengan siksa yang lebih besar

 

88:25 Sesungguhnya kepada Kami mereka kembali,

 

88:26 Kemudian Kamilah memperhitungkan (amalan) mereka.

 

90:20 Api neraka akan ditutupkan atas mereka itu.

 

92:14 Maka aku beri peringatan kamu dengan neraka yang bernyala nyala.

 

92:15 Tiada akan memasukinya melainkan orang yang celaka,

 

92:16 Yang telah mendustakan dan berpaling.

 

92:17 Dan akan terhindar daripadanya, orang yang taqwa,

 

92:18 Yang memberikan hartanya, untuk menyucikan hatinya (kerana Allah).

 

92:19 Dan bukan kerana suatu pemberian di sisinya dari seseorang yang akan dibalasnya.

 

92:20 Melainkan kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya yang Mahatinggi.

 

92:21 Dan niscaya ia akan bersukacita.

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.