Total Pageviews

Saturday, 13 December 2025

Kesalahan utama masa membaca Al Fatihah

 

Kesalahan utama masa membaca Al Fatihah

 

1:1 Dengan nama Allah yang Mahapengasih, Penyayang (saya baca):

 

1:2 Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam,

 

1:3 Yang Mahapengasih, Penyayang

 

1:4 Lagi mempunyai (penguasa) hari pembalasan.

 

1:5 Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.

 

1:6 Tunjukilah (hati) kami ke jalan yang lurus.

 

1:7 Iaitu jalan orang orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang orang yang dimurkai dan bukan pula orang orang yang sesat.

 

 

Kesalahan besar dalam membaca Fatihah bukanlah terletak pada cara pembacaan surah Al Fatihah. Sebaliknya, kesalahan utama pembacaan, Surah Al Fatihah adalah,  pembaca gagal memahami kehendak maksud,  isi kandungan surah yang dibaca tersebut.

 

Dukacita, apabila tidak ramai yang mengetahui atau menyedari mereka telah melakukan kesalahan, iaitu hanya tahu melafazkan surah Al Fatihah sedangkan mereka tidak memahami apa isi butiran kandungan yang tercatat dalam surah utama, terpenting Al Quran itu.

 

Apabila mereka tidak memahami, jauh sekali sudut hati mereka mau bertanya kepada Tuhan mereka sama ada tujuan sebenar ( 1 : 6 ) kita membaca surah berkenaan sudah dimakbul Allah atau sebaliknya.  

 

Antara tanda orang yang sudah dapat petunjuk yang lurus itu adalah:

1.    Apabila berjanji dia tepati.

2.    Apabila diberi amanah, dia laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan teliti.

3.    Apabila berhutang dia bayarkan segera.

4.    Cadangan dan saranan Al Quran dia ikuti dan tidak ditolak.

5.    Apabila ada adu domba atau fitnah, dia akan siasat dua dua belah pihak agar berlaku adil.

6.    Tidak menganiaya orang.

7.    Tidak menzalimi manusia, haiwan dan alam sekitar.

8.    Dan banyak lagi perkara perkara baik dan saksama yang memudah dan menyenangkan orang di sekelilingnya.



.

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.