Total Pageviews

Saturday, 13 December 2025

Jika kamu kejar pengiktirafan manusia, kamu akan keciwa.

 

Jika kamu kejar pengiktirafan manusia, kamu akan keciwa.  

 

Kejarlah olehmu pengiktirafan Allah, di mana taqwa menjadi sandaran ukurannya. InshaAllah, kamu akan beroleh rahmat, selamat, kurnia, nikmat dan syurga yang sejahtera.

 

Di seksyen ini, disajikan terjemahan Al Quran bertujuan mempermudahkan antara kita yang berhajat memahami, tetapi pada masa sama tidak faham Quran yang diturunkan dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Arab.

 

Ditegaskan bahawa bahasa Al Quran adalah bahasa Arab yang dijamin dalam penjagaan Allah yakni kata kata dalam bentuk asal Al Quran dijamin oleh Allah tidak berubah sehingga bila bila. Isi kandungan Quran adalah sama daripada sejak ia mula disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada nabi Muhammad dan sampai bila bila. Justeru, apabila telah ada jaminan dari Tuhan Yang Maha Besar, Maha segalanya iaitu Allah, mengapakah kita tidak mau menyelidikinya dan juga kita tidak mau memikirkannya?

 

Al Quran diturunkan kepada Rasul Allah terakhir, Muhammad yang ummiy iaitu Rasul Allah ini ditakdir Allah, baginda tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Hanya dia menghafal Ayat Quran yang diturunkan kepadanya melalui malaikat Jibril. Seterusnya, dia menyampaikan Quran kepada sahabatnya dan seterusnya, pengajaran Quran sampai kepada kesemua manusia termasuk kepada kita sekarang untuk tujuan memberi peringatan dan memberi petunjuk. Isi kandungan Quran adalah terpelihara iaitu tidak berubah dari semenjak ia mula diturunkan kepada Nabi Muhammad pada zaman dahulu sehinggalah sekarang dan dijamin Allah tidak akan berubah ubah kandungannya sehingga bila bila.

 

Malang, terdapat usaha untuk menghalang manusia dari menghayati dan memahami Quran, sedang inilah yang dikehendaki oleh Allah dan dimahu RasulNya supaya manusia mendalami serta mengambil pengajaran dari Quran, mudah mudahan mereka diberikan petunjuk oleh Allah ( Al Baqarah : 2 ). Juga terdapat manusia yang sengaja tidak mau mengkaji, seterusnya tidak mau mengambil pengajaran dari Quran.

 

Mudah mudahan Allah memberikan kita petunjukNya kepada kita semua. Amin ya  Rabbal alamin.

 

Terjemahan ini adalah kebanyakkannya hasil dari tafsir dan penyelidikan terjemahan oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam Bahasa Indonesia, bertarikh 11 Januari 1973. Dalam tafsir Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ini, beliau mementingkan untuk menerang dan menjelaskan petunjuk petunjuk yang termaktub dalam Al Quran untuk menjadi pengajaran kepada seluruh umat manusia umumnya. Kewajipan seorang Muslim adalah menyampaikan Quran.

 

Jika ada kesalahan, mohon dibetulkan segera ( zalha1979@gmail.com ), dan juga Doa Prof Dr. H. Mahmud Yunus sendiri; Ya Tuhan kami, janganlah disiksa kami, jika kami lupa atau salah. Sesungguhnya Engkau, ya Allah adalah Mahapengasih dari segala yang Penyayang. Mahasuci Engkau Allah, Mahapemaaf Mahapengampun, Mahapenyantun.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.