Jangan Menipu Orang
Lain
Do Not Cheat
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
2:283
Jika kamu dalam perjalanan dan tiada memperoleh penulis, hendaklah kamu terima
boroh (gadai). Tetapi jika kamu percaya mempercayai (tiada perlu boroh), maka
hendaklah orang yang dipercayai itu membayarkan barang yang dipercayakan
kepadanya dan hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhannya. Janganlah kamu sembunyikan
kesaksian. Barang siapa menyembunyikannya, niscaya berdosalah hatinya. Allah
Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
11:85
Hai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan keadilan dan janganlah
kamu kurangkan hak orang sedikit juapun dan jangan pula berbuat bencana di muka
bumi sebagai orang orang perosak.
25:72 Dan orang orang yang tidak
mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat
sebagai orang yang mulia.
26:179 Sebab itu takutlah kepada
Allah dan turutlah aku.
26:180 Aku tidak minta upah
kepadamu atas usahaku, upahku tidak lain, hanya dari pada Tuhan semesta alam.
26:181 Sempurnakanlah sukatan, dan
janganlah kamu kurangkan!
26:182 Timbanglah (suatu barang)
dengan timbangan (neraca) yang betul.
26:183 Janganlah kamu kurangkan hak
manusia dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi.
26:184
Takutlah kepada Yang menjadikan kamu dan (menjadikan) makhluk makhluk dahulu
kala.
43:36
Barang siapa yang membuat buat buta (melihat) peringatan Rahman (Quran), Kami
kuasakan syetan kepadanya, lalu syetan itu menjadi temannya.
43:37
Sesungguhnya syetan syetan itu menghalangi mereka dari jalan (agama), sedang
mereka mengira, bahawa mereka mendapat petunjuk.
43:38
Sehingga apabila ia datang kepada Kami (hari kiamat), ia berkata (kepada syetan
itu): Hai kiranya, antaraku dan antara engkau sejauh timur dan barat, maka
engkaulah sejahat jahat teman.
43:39
Tiada akan bermanfaat (penyesalan) bagimu pada hari itu, ketika (telah terang)
kamu aniaya, sungguh kamu berserikat dalam siksaan.
74:6
Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak
(daripadanya).
83:1
Celakalah (siksalah) untuk orang orang yang menipu,
83:2
Apabila mereka menyukati dari manusia (untuk dirinya) mereka sempurnakan
(penuhkan),
83:3
Dan apabila mereka menyukati atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.
83:4
Tiadalah mereka menyangka, bahawa mereka akan dibangkitkan,
83:5
Pada hari yang besar (hari kiamat)?
83:6
(Iaitu) pada hari manusia berdiri (menghadap) kepada Tuhan semesta alam.
83:7 Sesungguhnya buku (amalan)
orang2 jahat dalam Sijjin (buku besar yang menghimpunkan segala amalan orang2
berdosa)
83:8 Tahukah engkau apakah Sijjin
itu?
83:9 (Ialah) kitab yang ditulis.
83:10 Celakalah (siksalah) pada
hari itu untuk orang2 yang mendustakan,
83:11 Yang mereka itu mendustakan hari pembalasan,
83:12 Dan tiadalah yang
mendustakannya, melainkan tiap tiap orang aniaya lagi berdosa,
83:13 Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami,
ia berkata: (Ini) dongeng dongeng orang dahulu,
83:14 Sekali kali tidak. Tetapi telah berkarat hati
mereka, kerana dosa yang mereka usahakan.
83:15 Sesungguhnya pada hari itu mereka tertutup,
daripada Tuhan mereka.
83:16 Kemudian sesungguhnya mereka memasuki neraka.
83:17 Kemudian dikatakan: Inilah
siksaan yang telah kamu dustakan dahulu.
83:18 Sesungguhnya buku (amalan)
orang baik baik dalam Illiyin (buku yang mengumpulkan segala amalan orang2 yang
salih)
83:19 Tahukah engkau, apakah ‘Illiyin itu?
83:20 (Ialah) kitab yang ditulis.
83:21 Yang
akan menyaksikannya (malaikat2) muqarrabin (Yang hampir kepada Tuhan)
(Tinggi darjatnya).
83:22 Sesungguhnya orang orang baik
baik dalam kenikmatan (syurga),
83:23 Di atas dipan yang indah,
mereka melihat (pemandangan yang indah indah),
83:24 Engkau ketahui di muka mereka kecantikan
nikmat.
83:25 Mereka diberi minum dengan arak yang dicap,
83:26 Capnya ialah kesturi, dan
pada demikian itu hendaklah berlumba lumba siapa yang mahu berlumba lumba,
83:27 Dan campurannya daripada Tasnim,
83:28 (Iaitu) mataair, yang
meminumnya ialah orang2 yang Muqarrubin (mulia).
83:29 Sesungguhnya orang2 yang
berdosa telah mentertawakan orang2 yang beriman.
83:30 Apabila mereka lalu bertemu
dengan orang2 Mukmin, mereka memberi isyarat dengan mata sesamanya untuk
mengejekkan.
83:31 Dan apabila mereka kembali
kepada keluarganya, mereka kembali dengan bersukacita (membuat lelucu).
83:32 Apabila mereka melihat orang2
Mukmin, mereka berkata: Sesungguhnya mereka ini orang2 sesat,
83:33 Padahal bukanlah mereka itu
diutus, untuk menjaga orang2 Mukmin.
83:34 Maka pada hari ini (kiamat),
orang2 Mukmin akan mentertawakan orang2 kafir itu.
83:35 Di atas dipan yang indah
mereka melihat (orang orang kafir itu)
83:36 Adakah orang2 kafir itu mendapat balasan dari
apa2 yang telah mereka perbuat? (Tentu)
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.