Perhatikanlah, bilakah masanya Allah dan Rasulnya pernah mengajar manusia agar mengangkat Khalifah dari kalangan wanita?
Rasullulah
tidak mengajar dengan kata kata, manakala serupa juga di kalangan para sahabat
mereka juga tidak mengajar kita dengan kata kata tetapi dengan perbuatan dan
amalan mereka. Maksudnya di sini, amalan Rasullulah dan para sahabat nabi,
orang perempuan tidak dilantik menjadi khalifah. Malahan, di kalangan para Nabi
dan Rasul, tiada Nabi atau Rasul dari kalangan perempuan. Ini diperlihatkan
juga melalui imam solat juga adalah dari kalangan laki laki dan bukannya
wanita. Demikian juga dalam rumahtangga, kuasa mencerai pasangan adalah diletak
pada laki laki dan bukan pada wanita. Pembahagian harta konsep faraid juga
adalah dilebihkan bahagian agihan kepada laki laki kerana sepatutnya laki laki
yang akan menangggung dengan lebih tanggungjawab yang lebih besar ( Para laki
laki yang tidak mengendahkan hukum ini dan cuba lari dari hukum menanggung
manusia lain yang diamanahkan kepadanya adalah dayus dan jawablah dihadapan
Tuhan nanti ). Namun demikian, musuh musuh Allah tidak senang dan mereka berusaha
keras menterbalikkan ketetapan ini, dan hasilnya boleh jelas dilihat apa sudah
berlaku pada zaman sekarang.
Pada zaman Rasulullah, apabila
Rasullulah wafat, para sahabat Rasululah dari kalangan laki laki, masing masing
mereka berebut rebut menolak daripada
dilantik menjadi pengganti Rasullulah sebagai Khalifah umat Islam. Mereka
menolak dari dilantik sebagai Khalifah Islam kerana masing masing takut kepada
tanggungjawab yang bakal disandarkan atas mereka untuk diselesaikan, tanggungjawab
yang tidak tertunai dengan sempurna. Pada zaman Rasullulah, Khalifahnya hampir
tidak tidur malam untuk menyelesaikan masalah masalah orang bawahannya atau
para rakyatnya. Malahan, terdapat cerita khalifah yang mengandar beras untuk
diberikan kepada rakyatnya yang miskin, dan rakyat yang susah untuk mendapat
makan. Terdapat juga cerita Khalifah yang berikrar tidak akan menjamah makanan
mewah dan lazat sekiranya masih ada dari kalangan rakyat di bawah
pemerintahannya yang masih miskin lagi susah untuk mendapat makan.
Ini berbeza dengan Khalifah zaman
moden dimana ada yang sanggup menipu, sanggup pula melakukan apa saja agar
mereka dilantik menjadi khalifah nombor satu dalam satu satu organisasi.
Para sahabat Rasullulah menerima
jawatan Khalifah hanya selepas mereka menganggap pelantikan mereka itu sebagai
Fardhu Kifayah di mana mereka dilantik melalui pemilihan adil dan telus dari mesyuarat
yang dibuat, bahwa telah diputuskan tiada lagi yang paling layak dilantik
kecuali si polan polan sahaja yang layak. Jauh sekali mereka dari melobi diri
sendiri agar dilantik ke jawatan penting itu.
Justeru, mana mana yang dilantik
jadi Khalifah ( Imam / Ketua / Pengarah / Ketua Jabatan / Ketua Negara / apa
apa dll ) dengan cara yang tidak betul, maka jawablah kamu di akhirat nanti, di
mahkamah Allah kenapa kamu berani berlumba lumba untuk mendapatkan sesuatu jawatan
itu.
Terjemahan Al Quran
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
4:3
Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku ‘adil tentang anak anak yatim,
maka kahwinilah olehmu perempuan perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga
atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa tiada akan berlaku ‘adil,
maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba sahaya. Yang demikianlah itu
lebih dekat kepada tiada aniaya.
4:25 Barang siapa yang tidak kuasa
(tak mempunyai) harta di antara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang
beriman, hendaklah ia mengahwini hamba sahaya, (iaitu) perempuan perempuan muda
yang beriman. Allah lebih mengetahui
keimananmu. Sebagaimana kamu berhubungan dengan yang lain. Maka hendaklah kamu
kahwini mereka itu dengan izin ahlinya, dan kamu berikanlah kepadanya mas
kahwinnya, menurut patut, sedang hamba itu perempuan baik, bukan perempuan
lacur dan bukan pula mengambil laki laki lain menjadi teman dengan rahsia.
Apabila hamba hamba perempuan itu telah bersuami, tetapi mereka berbuat jahat
juga (berzina), adalah hukuman mereka seperdua hukuman perempuan yang merdeka
(didera lima puluh kali dan dibuang setengah tahun). (Mengahwini hamba) itu
(dihalalkan) bagi orang yang takut akan kejahatan (zina). Kalau kamu sabar
(tiada suka mengahwini hamba itu), adalah lebih baik bagimu, Dan Allah
Pengampun lagi Pengasih.
4:34
Laki laki itu menjadi tulang punggung (pemimpin) bagi perempuan, sebab Allah
melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki laki) memberi
belanja dari hartanya (bagi perempuan). Perempuan perempuan yang salih ialah
perempuan perempuan yang ta’at yang memeliharakan kehormatannya waktu ghaib
(suaminya) sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya. Perempuan perempuan
yang khawatir kamu akan kedurhakaannya, hendaklah kamu beri nasihat dan kamu
tinggalkanlah mereka sendirian di tempat berbaringnya dan kamu pukullah mereka
(tetapi dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika mereka ta’at
kepadamu, janganlah kamu cari jalan untuk menganiayanya. Sesungguhnya Allah
Mahatinggi, lagi Mahabesar.
5:48 Kami telah menurunkan Kitab
kepada engkau (ya Muhammad) dengan (membawa) kebenaran yang membenarkan Kitab
yang di hadapannya serta mengawasinya, sebab itu hukumlah antara mereka menurut
apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka, (dan
berpaling) dari kebenaran yang telah datang kepada engkau. Kami adakan untuk
tiap tiap umat di antara kamu satu syariat (peraturan) dan satu jalan. Kalau
Allah menghendaki, niscaya Ia jadikan kamu umat yang satu, tetapi Ia hendak
mencobai kamu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sebab itu berlomba
lombalah kamu (memperbuat) kebaikan. Kepada Allah tempat kembalimu sekalian
lalu Allah mengabarkan kepadamu, tentang apa apa yang telah kamu perselisihkan.
5:49
Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah
engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka, supaya jangan
mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah
kepada engkau. Jika mereka berpaling, ketahuilah bahwa Allah hanya menghendaki
supaya mereka ditimpa siksaan, kerana sebahagian dosa mereka sendiri.
Sesungguhnya kebanyakkan manusia orang orang fasik.
6:122
Adakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan, dan Kami adakan Nur (cahaya)
baginya, sehingga ia berjalan antara manusia, serupa dengan orang yang tinggal
dalam gelap gulita, tiada dapat keluar daripadanya ? Demikianlah, dihiaskan
bagi orang2 kafir itu apa2 yang mereka perbuat.
6:150
Katakanlah: Bawalah ke mari saksi saksimu yang mempersaksikan, bahwa Allah
mengharamkan ini. Jika mereka menjadi saksi, janganlah engkau menjadi saksi
bersama mereka. Janganlah engkau turut hawa nafsu orang orang yang mendustakan
ayat ayat Kami dan orang orang yang tiada beriman kepada akhirat, sedang mereka
itu mempersekutukan Tuhan.
8:1
Mereka itu menanyakan kepada engkau tentang harta rampasan perang. Katakanlah :
Harta rampasan perang itu untuk Allah dan Rasul. Sebab itu takutlah kepada
Allah dan perbaikilah urusan di antaramu dan ikutlah Allah dan rasulNya, jika
kamu orang beriman.
22:41
Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di muka bumi, mereka mendirikan
sembahyang dan membayarkan zakat serta menyuruh dengan ma’ruf (kebaikan) dan
melarang yang mungkar (kejahatan). Dan kepada Allah (terserah) akibat semua
pekerjaan.
33:51
Engkau boleh meninggalkan siapa yang engkau kehendaki di antara isteri isteri
engkau, dan boleh engkau pergauli siapa yang engkau kehendaki. Siapa yang
engkau tuntut (kembali) di antara perempuan yang telah engkau tinggalkan, maka
tiadalah engkau berdosa. Itulah lebih menyenangkan hati mereka dan tiada
berduka cita; dan mereka semuanya suka menerima apa apa yang engkau berikan kepadanya.
Allah mengetahui apa apa yang dalam hatimu. Allah Mahamengetahui lagi
Penyantun.
33:52 Tidak halal bagi engkau (Ya
Muhammad) (mengahwini) perempuan perempuan sesudah isteri isteri engkau (yang
sekarang) dan tidak pula menukarnya dengan isteri yang lain, meskipun engkau
ingin kepadanya, kerana kecantikkannya, kecuali hamba sahaya yang engkau
miliki. Allah Mahamengawasi tiap tiap sesuatu.
40:16
Pada hari, mereka lahir kelihatan, tiada tersembunyi bagi Allah dari hal mereka
sedikitpun. Bagi siapakah kerajaan pada hari ini? (Ialah) bagi Allah, yang
MahaEsa lagi Mahaberkuasa.
40:17
Pada hari ini tiap tiap diri (manusia) dibalas menurut usahanya masing masing.
Tidak ada keaniayaan pada hari ini. Sungguh Allah amat cepat perhitunganNya.
40:18
Berilah peringatan mereka dengan hari yang dekat (kiamat), ketika jantung naik
di sisi kerongkongan kerana dukacita. Tidak ada untuk orang orang yang aniaya
teman yang setia; dan tidak pula penolong yang diterima (pertolongannya).
43:36
Barang siapa yang membuat buat buta (melihat) peringatan Rahman (Quran), Kami
kuasakan syetan kepadanya, lalu syetan itu menjadi temannya.
43:37
Sesungguhnya syetan syetan itu menghalangi mereka dari jalan (agama), sedang
mereka mengira, bahawa mereka mendapat petunjuk.
43:38
Sehingga apabila ia datang kepada Kami (hari kiamat), ia berkata (kepada syetan
itu): Hai kiranya, antaraku dan antara engkau sejauh timur dan barat, maka
engkaulah sejahat jahat teman.
43:39
Tiada akan bermanfaat (penyesalan) bagimu pada hari itu, ketika (telah terang)
kamu aniaya, sungguh kamu berserikat dalam siksaan.
49:13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki laki dan perempuan
(bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa (bermacam macam umat)
dan bersuku suku supaya kamu berkenal kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia
di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah
Mahamengetahui lagi Maha amat mengetahui.
64:14
Hai orang2 yang beriman, sesungguhnya di antara isteri2mu dan anak2mu ada yang
menjadi musuhmu, sebab itu waspadalah kamu terhadap mereka; jika kamu
memaafkan, membebaskan dan mengampun, maka sesungguhnya Allah Pengampun lagi
Penyayang.
64:15 Sesungguhnya harta bendamu
dan anak anakmu menjadi cobaan (ujian) bagimu. Allah di sisiNya pahala yang
besar.
66:10
Allah memberikan contoh bagi orang orang yang kafir, (iaitu) isteri Nuh dan
isteri Luth. Keduanya di bawah (penjagaan) dua orang hamba yang salih di antara
hamba hamba Kami, lalu keduanya berkhianat kepada suaminya, maka suami keduanya
tidak dapat mempertahankan keduanya daripada (siksa) Allah sedikitpun, dan
dikatakan ( kepada keduanya ) : Masuklah kamu ke dalam neraka bersama sama
orang orang yang masuk.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
Terjemahan Hadis Sahih Al Imam Al Bukhari
1569. Dari
Abu Bakrah r.a. katanya: Ketika sampai khabar kepada Rasulullah saw. bahwa
penduduk Parsi telah mengangkat anak perempuan Kisra menjadi Raja mereka, lalu
Beliau bersabda : “Tidaklah beruntung satu kaum yang mengangkat seorang
perempuan untuk urusan pemerintahan mereka,”.
1746. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Kalau amanah tidak lagi
dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.” Ia bertanya: “Bagaimana orang
tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasullulah?” Beliau menjawab: “Kalau
sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah
saat kehancuran.”
1755. Dari
Imran r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: “Aku menengok ke dalam syurga, maka
ku lihat kebanyakkan isinya orang miskin. Dan aku menengok ke dalam neraka,
maka ku lihat kebanyakkan isinya kaum wanita.”
1868. Dari
Abdullah r.a.: Nabi saw. bersabda: “Mencaci orang islam itu suatu kejahatan dan
membunuhnya adalah kekafiran.”
1897. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Sesungguhnya kamu sangat
mengharapkan Jabatan Pemerintahan, tetapi di hari kiamat hal itu menjadi
penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk
perempuan yang berhenti menyusukan,”
1898. Dari
Abu Musa r.a. katanya: Saya bersama dua orang kaum saya datang kepada Nabi saw.
: Yang seorang mengatakan: “Angkatlah kami untuk jabatan pemerintahan, ya
Rasulullah!” Dan yang seorang lagi mengucapkan perkataan serupa itu pula.
Beliau menjawab: “Sesungguhnya kami tidak mengangkat untuk itu orang yang
memintanya dan tidak pula orang yang sangat mengharapkannya.”
1899 Dari
Ma’qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya
dengar dari Rasulullah saw dan saya telah mendengar beliau bersabda: “
Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak
memimpin rakyat itu dengan jujur, niscaya dia tiada akan memperoleh bau
syurga.”
1900 Dari
Ma’qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya
dengar dari Rasulullah saw dan beliau bersabda: “Seorang pembesar yang
memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak
jujur terhadap rakyat, niscaya dia dilarang oleh Allah masuk syurga”.
1904. Dari
Abdur Rahman bin Abu Bakar r.a. katanya: Abu Bakrah menulis surat kepada
anaknya yang ketika itu sedang berada di Sijitsan: “Bahwa janganlah engkau
memutuskan perkara antara dua orang yang bersilisih, pada hal engkau sedang
marah, kerana sesungguhnya saya mendengar Nabi saw. bersabda: “Janganlah
seorang hakim memutuskan perkara antara dua orang yang berselisih, pada hal dia
sedang marah”.
Terjemahan Hadis Sahih Al Imam Muslim
114.
Dari Al Hasan r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang
hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat,
maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya.”
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.