Larangan
mengharamkan yang halal.
Do
not ban the halal one.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
5:89 Allah tiada menyiksamu, kerana
sumpah yang tiada kamu sengaja, tetapi Dia menyiksamu, kerana sumpah yang kamu
sengaja. Maka kifaratnya (pengampuni kesalahannya), memberi makanan kepada
sepuluh orang miskin, daripada makanan yang biasa dimakan oleh keluargamu atau
memberikan pakaian kepada mereka, ataupun memerdekakan seorang hamba. Barang
siapa yang tiada memperoleh (apa apa yang tersebut itu), hendaklah ia berpuasa
tiga hari lamanya. Itulah kifarat sumpahmu, bila kamu bersumpah. Dan
peliharalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepadamu,
mudah mudahan kamu berterima kasih.
66:1
Hai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang dihalalkan Allah bagimu,
kerana menuntut keredhaan isteri isterimu? Allah Pengampun lagi Penyayang.
66:2
Sesungguhnya Allah memerlukan bagimu
menghalalkan sumpahmu (melepaskannya dengan membayar kifarat sumpah), dan Allah
walimu dan Dia Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
66:3
(Ingatlah) ketika Nabi merahsiakan suatu berita kepada setengah isteri
isterinya (Hafsah). Maka tatkala isterinya itu mengabarkan (membukakan rahsia
itu kepada madunya Aishah) dan Allah memberitahukan yang demikian itu kepada
Nabi, lalu Nabi menerangkan sebahagiannya kepada isterinya itu (Hafsah) dan
meninggalkan sebagian yang lain. Tatkala Nabi mengabarkan demikian kepadanya
(Hafsah), ia berkata: Siapakah yang mengabarkan ini kepadamu? Sahut Nabi: Yang
mengabarkan kepadaku ialah (Allah) yang Mahamengetahui lagi Maha amat
mengetahui.
66:4 Kalau kamu berdua (hai Hafsah
dan Aisyah) taubat kepada Allah, maka sesungguhnya telah miring hatimu (maka
taubatmu diterima). Jika kamu bertolong tolongan (menentang) Nabi, maka
sesungguhnya Allah menolongnya, serta Jibril dan orang orang Mukmin yang salih;
sedang malaikat malaikat sesudah itu menolong pula.
66:5
Mudah mudahan Tuhannya, jika Nabi menceraikan kamu, bahwa Tuhan mengganti kamu
dengan isteri isteri lain, yang lebih baik daripadamu, iaitu perempuan perempuan,
muslimat, mukminat, yang ta’at, yang taubat, yang beribadat, yang berpuasa,
janda dan perawan.
66:6
Hai orang2 yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka,
yang bahan bakarnya manusia dan batu batu, sedang penjaganya malaikat malaikat
yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa apa yang
disuruhNya dan mereka memperbuat apa apa yang diperintahkan kepadanya.
66:10
Allah memberikan contoh bagi orang orang yang kafir, (iaitu) isteri Nuh dan
isteri Luth. Keduanya di bawah (penjagaan) dua orang hamba yang salih di antara
hamba hamba Kami, lalu keduanya berkhianat kepada suaminya, maka suami keduanya
tidak dapat mempertahankan keduanya daripada (siksa) Allah sedikitpun, dan
dikatakan ( kepada keduanya ) : Masuklah kamu ke dalam neraka bersama sama
orang orang yang masuk.
66:11 Dan Allah memberikan contoh bagi orang orang
yang beriman, (yaitu) isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku,
bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam surga dan lepaskanlah aku dari
Fir’aun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.
66:12 Dan
(lagi) Maryam binti Imran, yang menjaga kehormatannya, kemudian Kami tiupkan
ruh kepadanya (sehingga ia melahirkan Isa) dan ia membenarkan kalimat Tuhan dan
kitab kitabNya, dan ia termasuk orang orang yang taat.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.