Jangan hina Manusia
Lain
Don’t insult /
humiliate / discriminate others
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
2:83
Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain
Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan
orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan
dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada
menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap
berpaling.
3:104
Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan
maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar ; dan mereka itulah yang
menang.
4:5 Janganlah kamu berikan harta
orang orang Safih (bodoh) kepadanya, sedang Allah menjadikan kamu untuk
memeliharakannya dan berikanlah belanja dan pakaian untuk mereka daripada
hartanya itu, serta katakanlah kepadanya perkataan yang baik.
6:52
Janganlah engkau usir orang orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang,
sedang mereka menghendaki keredhaan Allah. Bukanlah kewajipan engkau
memperhitungkan mereka sedikitpun dan bukan pula kewajipan mereka
memperhitungkan engkau sedikitpun, sehingga engkau mengusir mereka nanti engkau
termasuk orang orang yang aniaya.
8:1
Mereka itu menanyakan kepada engkau tentang harta rampasan perang. Katakanlah :
Harta rampasan perang itu untuk Allah dan Rasul. Sebab itu takutlah kepada
Allah dan perbaikilah urusan di antaramu dan ikutlah Allah dan rasulNya, jika
kamu orang beriman.
9:79
Orang2 yang mencela orang yang berbuat baik diantara orang2 beriman, tentang
sedekah dan orang2 yang tiada memperoleh selain tenaganya, lalu mereka memperolok
olokkan orang yang bersedekah itu, Allah memperolok olokkan mereka pula; dan
untuk mereka siksaan yang pedih.
17:70
Sesungguhnya telah Kami muliakan Bani (anak2) Adam dan Kami angkut mereka
dengan kenderaan di darat dan di laut serta Kami beri rezeki mereka dengan yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakkan makhluk yang Kami jadikan
dengan kelebihan (sempurna).
18:58
Tuhanmu Pengampun dan mempunyai rahmat. Kalau sekiranya Dia hendak menyiksa
mereka, kerana usahanya, niscaya disegerakanNya siksaan bagi mereka. Tetapi
bagi mereka ada perjanjian, mereka takkan dapat tempat berlindung, selain
daripadaNya.
22:18
Tiadakah engkau tahu, bahawa kepada Allah sujud (tunduk) siapa yang di langit
dan siapa yang di bumi, matahari, bulan, bintang bintang, gunung gunung,
pohon2, binatang2 yang melata dan kebanyakkan manusia. Tetapi kebanyakkan (manusia
yang lain) berhak mendapat azab. Barang siapa yang dihinakan Allah, maka tak
adalah baginya orang yang akan memuliakannya. Sungguh Allah memperbuat apa apa
yang dikehendakiNya.
33:58 Orang orang yang menyakiti
mukmin laki laki dan mukmin perempuan dengan sesuatu yang tidak diperbuatnya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
43:36
Barang siapa yang membuat buat buta (melihat) peringatan Rahman (Quran), Kami
kuasakan syetan kepadanya, lalu syetan itu menjadi temannya.
43:37
Sesungguhnya syetan syetan itu menghalangi mereka dari jalan (agama), sedang
mereka mengira, bahawa mereka mendapat petunjuk.
43:38
Sehingga apabila ia datang kepada Kami (hari kiamat), ia berkata (kepada syetan
itu): Hai kiranya, antaraku dan antara engkau sejauh timur dan barat, maka
engkaulah sejahat jahat teman.
43:39
Tiada akan bermanfaat (penyesalan) bagimu pada hari itu, ketika (telah terang)
kamu aniaya, sungguh kamu berserikat dalam siksaan.
49:6 Hai orang orang yang beriman,
jika datang kepadamu orang pasik (membawa berita), hendaklah kamu periksa
kebenarannya, (kerana takut), kalau kalau kamu mengenai suatu kaum tanpa
pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
49:11 Hai orang orang yang beriman,
janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh
jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan
pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi
perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan.
Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil
dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah
beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang
aniaya.
49:12 Hai orang orang yang beriman,
jauhilah kebanyakkan sangka sangka (dugaan terhadap sesama Muslim), kerana
sebahagian sangka sangka itu ialah dosa dan janganlah kamu mencari cari aib
orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah
seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)?
Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya
Allah penerima taubat lagi penyayang.
53:32
(Iaitu) orang orang yang menjauhi dosa dosa besar dan yang keji keji, kecuali
dosa dosa kecil. Sungguh Tuhanmu lapang ampunanNya. Dia lebih mengetahui
tentang kamu, ketika Dia menjadikan kamu (nenekmu yang mula mula) daripada bumi
dan ketika kamu masih janin (anak bayi) dalam perut ibumu. Sebab itu janganlah
kamu membersihkan (memuji) dirimu sendiri. Dia lebih mengetahui siapa yang
taqwa di antara kamu.
80:1 Dia (Muhammad)
mengerutkan muka (masam mukanya) dan berpaling.
80:2 Kerana datang
kepadanya seorang buta.
80:3 Apa tahukah
engkau barangkali dia akan mencari kesucian.
80:4 Atau akan
menerima peringatan, lalu bermanfaatlah baginya peringatan itu.
80:5 Adapun orang kaya
itu,
80:6 Maka engkau
menghadapnya,
80:7 Pada hal tiada
berdosa engkau, jika ia tiada menyucikan (hatinya, beriman).
80:8 Adapun orang yang
datang kepada engkau dengan bersegera,
80:9 Sedang ia takut
(kepada Allah),
80:10 Maka engkau
berpaling daripadanya.
80:11
Sekali kali jangan begitu, sesungguhnya ayat ayat Allah jadi peringatan
(pengajaran).
85:10 Sesungguhnya orang
orang yang memfitnahi (menyiksa) orang orang Mukmin laki laki dan orang orang
Mukmin perempuan, kemudian mereka tiada taubat, maka untuk mereka siksa neraka,
dan untuk mereka azab yang membakar.
85:12 Sesungguhnya siksa
Tuhanmu amat keras.
95:4
Sesungguhnya Kami ciptakan manusia
dengan sebaik-baik bentuk.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.