Produk-Produk Kosmetik Yang Di Kesan
Mengandungi Racun Berjadual
Ada beberapa kosmetik mengandungi racun berjadual. Sila
klik rujukan untuk keterangan lebih lanjut:
PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN
BERJADUAL
Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin
menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk
kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun
berjadual di dalam produk berkenaan. 2
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA
KESIHATAN
3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah
merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh
menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna
kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari
penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang
mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh
meningkatkan risiko kanser kulit.
5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya
dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan
kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit
yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif
kepada cahaya matahari.
6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh
memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik
boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak
kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri
boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk
kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka
menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya
memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi
merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN
KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
8.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk
menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan
serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk
kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984.
9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN
KEPADA ORANG AWAM
10.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan
untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli
profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
advers.
11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh
diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.
Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi
sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
DATUK DR. NOOR HISHAM
ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia
22 Mac
2017
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.