Total Pageviews

Tuesday 4 April 2017

Premis Makanan Bersih Selamat & Sihat


Premis Makanan Bersih Selamat & Sihat

Semua orang mau makan makanan yang bersih, selamat & sihat kerana ada pendapat yang mengatakan kebanyakkan penyakit berpunca dari makanan yang anda makan.

Justeru, untuk mencari kedai nmakanan yang betul betul bersih serta mengikut peraturan dan undang undang adalah sukar namun ada di luar sana.

Amalan Pengendali makanan:

1.   Telah menghadiri kursus pengendali makanan bersih, sihat & selamat.
a.   Tidak berkuku panjang → bakteria merbahaya boleh membiak dan bersarang dibawahnya.
b.   Tiada luka atau pembalut plaster luka → bakteria merbahaya boleh membiak dan bersarang dibawahnya.
c.   Tidak memakai cincin → bakteria merbahaya boleh membiak dan bersarang dibawahnya.
d.   Tidak mempunyai perangai buruk seperti menggunakan air liur untuk membuka bekas plastik.
e.   Tidak merokok semasa memasak → habuk rokok masuk ke dalam makanan.
f.     Tidak menggunakan minyak goreng berulang kali sehingga minyak menjadi hitam dan tidak lagi sesuai untuk menggoreng makanan.
g.   Tidak membakar sate sehingga hitam hangus.
h.   Tidak meletak makanan di atas lantai → makanan atas permukaan rendah lebih senang dicemari oleh habuk tanah bakteria dsbnya.
i.     Tidak memakai slipar → Selipar dilarang pakai kerana boleh meleting air lantai yang kotor masuk ke dalam makanan yang mahu dihidangkan.
j.     Membasuh telur sayur, buah dsbnya sebelum dimasak.
k.    Memakai apron dan topi tutup kepala yang bersih.
l.     Mempunyai sekurang kurangnya tiga helai kain lap yang berlainan warna untuk mengelap perkakasan makanan serta pinggan mangkuk.
m. Bebas daripada penyakit berjangkit seperti Hepatitis B, Hepatitis A, HIV, TB dsbnya.
2.   Telah disuntik pelalian Typhim yang sah untuk 3 tahun.
3.   Mengetahui serba sedikit mengenai :
a.   Bakteria berbahaya yang boleh membiak dalam makanan dan menyebabkan keracunan makanan.
b.   Bahan tambah (Food Additives) dalam makanan
c.   Logam berat (heavy metals) dalam makanan
d.   Pewarna makanan tiruan (artificial food coloring)
e.   Perasa makanan tiruan (artificial food flavour)
f.     Bahan Awet Makanan.

Premis makanan:
1.   Mempunyai bekalan air bersih yang sempurna termasuk kemudahan tandas dan kemudahan tempat membasuh tangan yang disertakan sabun.
2.   Bebas dari agen pembawa penyakit seperti lalat, nyamuk, lipas, tikus dan monyet.
3.   Mempunyai sijil pengiktirafan premis bersih daripada KKM dan Majlis Perbandaran.

Makanan mentah:
1.   Disimpan dalam peti sejuk dibahagian bawah bersuhu minus 8°C.
2.   Tidak disimpan dengan makanan yang sudah dimasak bagi mengurangkan kejadian pencemaran makanan silang.
3.   Tidak menggunakan surat khabar sebagai pembalut makanan kerana cat huruf dalam surat khabar dikenalpasti mempunyai logam berat (Plumbum) yang merbahaya kepada kesihatan anda.

Makanan yang telah dimasak:
1.   Dimakan segera kerana makanan yang telah lama tersimpan pada suhu bilik akan menggalakan pembiakan pelbagai serotypes bakteria merbahaya seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dsbnya.
2.   Tidak diletakkan dalam pinggan plastik atau bekas makanan yang terdiri daripada keluarga plastik kerana kebanyakkan plastik adalah merbahaya kepada kesihatan anda. Pinggan melamin juga adalah diperbuat daripada plastik. Plastik diperbuat daripada minyak mentah (crude oil).
3.   Pastikan makanan dihidangkan dalam pinggan kaca yang tidak mempunyai corak bunga kerana corak bunga pelbagai warna dikhuatiri mengandungi logam berat seperti Timah Hitam (Plumbum). Plumbum boleh menyebabkan anemia kerosakkan saraf dan kerosakkan buah pinggang.
4.   Makanan boleh juga menggunakan pinggan stainless steel.


Terpulang kepada anda kerana dayung dan sampan telah disediakan , menunggu anda sahaja untuk membuat keputusan yang paling bijak, selamat & sihat.
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.