Syurga
2:25 Berilah khabar gembira orang orang yang beriman dan beramal salih, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Tiap tiap mereka mendapat rezeki daripada buah buahannya, mereka berkata: Ini seperti rezeki yang diberikan kepada kita dahulu. Mereka diberi rezeki yang serupa serupa dan untuk mereka dalam syurga isteri isteri yang suci, sedang mereka kekal di dalamnya.
2:35 Berkata Kami: Hai Adam, tinggallah engkau bersama isteri engkau dalam syurga dan makanlah buah buahan dengan senang menurut kehendakmu; dan janganlah kamu dekati pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang orang aniaya.
2:38 Berkata Kami: Turunlah kamu sekalian dari syurga. Jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikut petunjukKu itu, niscaya tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
2:82 Orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.
2:111 Berkata mereka itu: Tiadalah yang akan masuk syurga, melainkan orang2 Yahudi atau orang2 Nasrani. Demikianlah angan angan mereka. Katakanlah: Unjukkanlah dalil (alasanmu), jika kamu orang yang benar.
2:134 Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa apa yang diusahakannya dan untukmu apa apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa apa yang mereka kerjakan.
2:139 Katakanlah: Adakah kamu membantah kami tentang Allah? Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu; untuk kami amalan kami dan untukmu amalan kamu; dan kami hanya menyembah kepadaNya dengan tulus ikhlas.
2:140 Adakah kamu katakan, bahawa Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub dan anak anaknya, semuanya beragama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: adakah kamu yang lebih tahu atau Allah? Siapakah yang lebih aniaya dari orang yang menyembunyikan kesaksiannya dari Allah? Dan Allah tiada lalai dari apa apa yang kamu kerjakan.
2:141 Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa apa yang diusahakannya dan untukmu apa apa yang kamu usahakan dan kamu tiada diperiksa tentang apa apa yang mereka kerjakan.
2:221 Janganlah kamu kahwini perempuan perempuan musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman, lebih baik dari perempuan yang musyrik, meskipun ia mentakjubkan kamu dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan muslim) dengan laki2 musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba laki2 yang beriman, lebih baik dari laki2 yang musyrik, meskipun ia mentakjubkan kamu. Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izinNya. Allah menyatakan ayat ayatNya kepada manusia, mudah mudahan mereka menerima peringatan.
3:14 Dihiaskan kepada manusia, mencintai shahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan2, anak anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang binatang ternak dan tanam tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga).
3:107 Adapun orang2 yang putih mukanya, mereka dalam rahmat Allah (syurga), serta kekal di dalamnya.
3:133 Bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan ke syurga, lebarnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang orang yang taqwa.
3:134 (Iaitu) orang orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang orang yang sabar menahan amarah dan orang orang yang memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mengasihi orang orang yang berbuat kebaikan itu.
3:135 Dan orang orang, apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, mereka ingat akan Allah, lalu meminta ampun atas dosanya itu. Dan tiadalah yang mengampuni dosa, kecuali Allah. Mereka itu tiada berkekalan atas perbuatannya itu, sedang mereka mengetahui.
3:136 Balasan untuk mereka itu ialah ampunan dari Tuhannya dan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik baik pahala bagi orang orang yang beramal.
3:138 (Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang taqwa.
3:139 Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita, sedang kamu orang orang yang lebih tinggi jika kamu orang beriman.
3:142 Bahkan adakah kamu kira, bahwa kamu akan masuk syurga saja, sedangkan Allah tiada mengetahui orang orang yang berjuang di antara kamu, serta mengetahui orang orang yang sabar.
3:146 Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum yang banyak. Mereka itu tidak pengecut, kerana (bahaya) yang menimpa mereka pada jalan Allah dan tiada lemah dan tiada pula tunduk: dan Allah megasihi orang orang yang sabar.
3:147 Tiadalah perkataan mereka, melainkan berkata: Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan pekerjaan kami yang berlebihan dan tetapkanlah telapak kaki kami (kuatkanlah hati kami) dan tolonglah kami melawan kaum yang kafir.
3:148 Lalu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan sebaik baik pahala di akhirat: dan Allah mengasihi orang orang yang berbuat kebaikan.
3:162 Adakah orang yang mengikut keredhaan Allah, serupa dengan orang yang kembali dengan mendapat kemarahan dari Allah dan tempatnya dalam neraka? Dan (itulah) sejahat jahat tempat tinggal.
3:172 Orang2 yang memperkenankan seruan Allah dan rasul, sesudah mereka mendapat luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka itu serta taqwa, pahala yang besar.
3:185 Tiap2 diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.
3:195 Lalu Tuhan mereka memperkenankan permintaannya, (seraya berkata): Sesungguhnya Aku tiada menyia nyiakan (pahala) amalan orang yang beramal di antara kamu, baik laki laki atau perempuan, setengah kamu dari yang lain (sebangsa). Maka orang2 yang hijrah dan diusir dari negerinya, lagi disakiti dalam jalanKu (agamaKu) dan mereka berperang dan terbunuh, sesungguhnya Aku hapuskan segala kesalahannya dan Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sebagai pahala dari sisi Allah; dan Allah di sisiNya pahala yang baik.
3:198 Tetapi orang orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat hidangan dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah, lebih baik bagi orang orang yang baik.
4:13 Demikianlah batas batas (peraturan) Allah. Barang siapa mengikut (perintah) Allah dan rasulNya, niscaya Allah memasukkan dia ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.
4:57 Orang2 yang beriman dan beramal salih, akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal dalamnya selama lamanya. Bagi mereka itu ada isteri yang suci dan Kami masukkan mereka ke naungan yang melindunginya.
4:85 Barang siapa menolong dengan pertolongan yang baik, adalah baginya satu bagian dari kebaikan itu. Barang siapa menolong dengan pertolongan yang jahat, adalah baginya satu bagian dari kejahatan itu. Dan Allah Pemelihara atas tiap tiap sesuatu.
4:114 Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakkan bisikan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah atau dengan ma’ruf atau memperdamaikan antara manusia. Barang siapa memperbuat demikian, kerana menghendaki keredaan Allah, maka nanti akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.
4:122 Orang orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang baik baik, nanti Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya selama lamanya. Janji Allah itu benar. Siapakah yang terlebih benar perkataannya dari (perkataan) Allah?
4:124 Barang siapa mengerjakan amal salih, baik laki laki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tiada teraniaya sedikit pun.
4:125 Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan.
4:126 Bagi Allah apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi, Allah meliputi (ilmunya) tiap tiap sesuatu.
5:12 Sesungguhnya Allah telah menerima janji setia dari Bani Israil dan Kami angkat di antara mereka dua belas orang pengawas. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku beserta kamu. Demi jika kamu dirikan sembahyang dan kamu bayarkan zakat dan kamu beriman kepada rasul rasulKu, serta kamu tolong mereka itu dan kamu piutangi Allah dengan piutang yang baik, niscaya Aku ampuni kesalahanmu dan Aku masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Barang siapa yang kafir di antaramu sesudah itu, maka sesungguhnya telah sesat ia dari jalan yang lurus.
5:72 Sesungguhnya telah kafirlah orang2 yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih anak Maryam. Sedangkan Al Masih berkata ; Hai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya dalam neraka; dan tidak adalah penolong bagi orang2 aniaya.
6:48 Kami tiada mengutus rasul rasul itu , melainkan supaya mereka memberi khabar gembira dan khabar takut. Barang siapa beriman dan memperbaiki (amalannya) maka tiada ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berdukacita.
6:90 Mereka itulah orang orang yang telah ditunjuki Allah, sebab itu ikutlah petunjuk mereka itu. Katakanlah: Aku tiada minta upah kepadamu atas menyampaikan Quran ini. Ia tidak lain hanya peringatan bagi seisi alam.
6:94 Sesungguhnya kamu akan datang kepada Kami (Allah), seorang demi seorang sebagaimana Kami telah menciptakan kamu pertama kali dan kamu tinggalkan apa apa yang Kami anugerahkan kepadamu, di belakang punggungmu, dan kami tiada melihat bersama kamu (berhala berhala) penolong penolongmu, yang kamu anggap, bahwa mereka sekutu Allah. Sesungguhnya telah putuslah pertalian antara kamu dan lenyaplah dari padamu apa apa yang kamu anggap itu.
6:127 Untuk mereka itu kampung keselamatan ( Syurga ) di sisi Tuhannya dan Dia wali mereka, kerana amalan yang mereka perbuat.
7:19 Hai Adam, tinggallah engkau bersama isterimu (Hawa) dalam surga dan makanlah kamu berdua sebagaimana kamu kehendaki dan janganlah kamu hampiri pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang orang yang aniaya.
7:35 Hai anak anak Adam, jika datang kepadamu beberapa rasul di antara kamu yang menceritakan ayat ayatKu kepadamu, maka barang siapa bertaqwa dan berbuat kebaikan, maka mereka itu tiada takut dan tiada berdukacita.
7:42 Orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, - tiadalah Kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.
7:43 Kami hapuskan apa apa yang di dalam dada mereka, iaitu irihati (dengki), mengalir air sungai di bawah mereka, seraya mereka berkata : Puji pujian bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Tiadalah kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul2 Tuhan kami dengan (membawa) kebenaran. Mereka diseru (dengan suara) : Syurga itu kamu terima pusaka, disebabkan apa yang telah kamu amalkan.
7:44 Orang orang syurga menyeru orang orang neraka : Kami telah memperoleh apa apa yang dijanjikan Tuhan kami dengan sebenarnya. Adakah kamu memperoleh apa yang dijanjikan Tuhan kamu dengan sebenarnya? Mereka itu menyahut; Ya. Lalu menyeru yang menyeru (malaikat) di antara mereka itu : Sesungguhnya kutuk Allah di atas orang2 yang aniaya.
7:46 Antara keduanya (orang orang syurga dan orang orang neraka) ada dinding. Di atas Al Araf (dinding antara syurga dan neraka) ada beberapa orang laki laki. Mereka mengenal masing masing orang dengan tandanya dan mereka memanggil orang orang syurga (dengan mengucapkan) Salamun ‘alaikum (Selamat atas kamu). Mereka tiada masuk ke dalamnya, sedang mereka amat harap (hendak memasukinya).
7:49 Apakah mereka ini yang kamu bersumpah dahulunya, bahawa Allah tiada akan memberikan rahmat kepada mereka ? Masuklah kamu ke dalam syurga sedang kamu tiada takut dan tiada pula berduka cita.
7:50 Orang2 penghuni neraka menyeru orang2 penghuni syurga: Tumpahkanlah air untuk kami, atau sebahagian rezeki yang di anugerahkan Allah kepadamu. Mereka itu menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang2 kafir.
9:20 Orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah, dengan harta dan dirinya, lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang2 yang menang.
9:21 Tuhan mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaannya serta syurga, untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi),
9:22 Sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.
9:72 Allah telah menjanjikan untuk orang2 mukmin laki laki dan orang2 mukmin perempuan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal di dalamnya dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam syurga Aden, dan keredhaan dari pada Allah yang amat besar. Demikian itulah kemenangan yang besar.
9:100 Orang orang dahulu yang pertama (masuk Islam) di antara orang orang Muhajirun dan Anshar, serta orang orang mengikut mereka dengan (berbuat) kebajikan, maka Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepada Allah dan Allah menyediakan untuk mereka syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
9:111 Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu, bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.
9:112 Mereka orang orang yang taubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh dengan maaruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang orang yang beriman itu (dengan syurga).
10:9 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, Tuhan memberi petunjuk kepada mereka, kerana keimanannya, mengalir air sungai di bawahnya, dalam syurga nikmat (kesenangan).
10:10 Doa mereka di dalam syurga: Mahasuci Engkau ya Allah ; dan ucapan salamnya : Selamat. Akhir doanya : Alhamdullillahi rabbil’alamin. (Puji2an bagi Allah, Tuhan semesta alam).
10:25 Allah menyeru kepada kampung selamat (syurga) dan menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.
10:26 Untuk orang orang yang memperbuat kebajikan ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
10:62 Ingatlah, sesungguhnya wali wali Allah, tiada ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berduka cita.
10:63 Iaitu orang orang beriman dan taqwa.
10:64 Untuk mereka khabar gembira waktu hidup di dunia dan di akhirat. Tiada bertukar tukar kalimat Allah. Demikian itulah kemenangan yang besar.
11:11 Kecuali orang2 yang sabar dan beramal salih. Untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.
11:23 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
11:108 Adapun orang2 yang berbahagia, maka (ditempatkan) dalam syurga, serta kekal di dalamnya, selama kekal langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki Tuhanmu, sebagai pemberian yang tiada putus.
13:20 (Iaitu) orang orang yang menepati janji Allah dan mereka tiada memungkiri janji.
13:21 Dan orang orang yang memperhubungkan apa yang diperintahkan Allah, supaya diperhubungkan (iaitu silaturrahim), lagi mereka takut kepada Tuhannya dan takut akan perhitungan yang keras.
13:22 Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan bersembunyi dan berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan kebajikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),
13:23 (Iaitu) syurga Aden, mereka masuk ke dalamnya bersama orang orang yang salih di antara bapak2nya, isteri isterinya dan anak anaknya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari tiap tiap pintu.
13:24 (Lalu mengucapkan): Salamun ‘alaikum (keselamatan atas kamu) , kerana kamu telah sabar, maka sebaik baiknyalah akibat di kampung itu (syurga).
13:28 (Iaitu) orang orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati.
13:29 Orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, untuk mereka itu kebaikan dan sebaik tempat kembali (syurga).
13:35 Umpama syurga yang dijanjikan untuk orang orang yang taqwa (menurut yang kami ceritakan kepadamu), mengalir air sungai di bawahnya. Makanannya abadi (tak habis habis), begitupun naungannya. Itulah akibat orang orang yang taqwa ; dan akibat orang orang kafir ialah neraka.
14:23 Dimasukkan Allah orang orang yang beriman dan mengamalkan salih ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya, kekal mereka di dalamnya dengan izin Tuhan. Ucapan selamat mereka di dalamnya : Assalamu (‘alaikum).
15:45 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam kebun kebun dan mata air.
15:46 Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat dan sentosa.
15:47 Kami cabut apa yang ada dalam dada mereka, (yakni sifat) dengki, sedang mereka itu bersaudara dan berhadapan di atas dipan (tempat tidur).
15:48 Mereka itu tiada merasa lelah di dalamnya, sedang mereka tiada dikeluarkan daripadanya.
16:30 Dikatakan kepada orang orang yang taqwa: Apakah yang diturunkan Tuhanmu? Jawab mereka itu: Kebajikan. Untuk orang orang yang memperbuat kebajikan di dunia ini (mendapat) kebajikan pula. Tetapi kampung akhirat lebih baik. Sungguh amat baik kampung orang2 yang taqwa.
16:31 (Iaitu) syurga Aden, mereka itu masuk ke dalamnya, sedang air sungai mengalir di bawahnya, untuk mereka itu di dalamnya apa apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah membalasi orang orang yang taqwa,
16:32 (Iaitu) orang orang yang diwafatkan oleh malaikat, sedang mereka itu orang orang baik. Berkata malaikat: Salam atas kamu, masuklah kamu ke dalam syurga, sebab (amalan yang) kamu kerjakan.
16:96 Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
18:2 (Bahkan) lurus, supaya ia (Muhammad) mempertakuti dengan azab yang keras dari sisi Allah dan memberi khabar gembira kepada orang2 yang beriman yang mengerjakan yang baik baik, sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang baik.
18:3 (Sedang mereka) tinggal di dalamnya selama lamanya.
18:30 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, Kami tiada akan menyia nyiakan pahala orang yang membaikkan amalannya.
18:31 Untuk mereka itu syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawah mereka, mereka dihiasi dengan gelang emas dan memakai baju hijau dari sutera yang tipis dan sutera yang tebal, sedang mereka (duduk) bersandar di atas dipan (peterana). (Itulah) sebaik baik pahala; dan sebagus bagus tempat bersenang senang.
18:107 Sesungguhnya orang2 yang beriman dan mengerjakan yang baik baik, untuk mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya.
18:108 Sedang mereka kekal di dalamnya, tiada mau berpindah daripadanya.
19:60 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik, mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.
19:61 (Iaitu), Syurga Aden yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
19:62 Mereka tiada mendengarkan di sana omong kosong, kecuali (ucapan) selamat. Untuk mereka ada rezeki di dalamnya pada pagi dan petang.
19:63 Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang taqwa di antara hamba hamba Kami.
20:75 Barang siapa menghadap Tuhan, sedang ia beriman dan mengerjakan yang baik baik, maka untuk mereka itu pangkat yang tinggi.
20:76 (Iaitu) syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya. Demikian itulah balasan (untuk) orang yang suci.
20:112 Barang siapa mengerjakan yang baik baik sedang dia beriman, maka ia tiada takut akan teraniaya dan tiada pula akan terkurang haknya.
20:117 Lalu Kami berfirman: Hai Adam! inilah musuhmu dan musuh isterimu (Hawa), sebab itu jangan dia mengeluarkan kamu berdua dari dalam syurga, nanti engkau celaka.
20:118 Sesungguhnya engkau tiada lapar di dalamnya dan tiada pula bertelanjang.
20:119 Dan sesungguhnya engkau tiada haus di dalamnya dan tiada pula (panas) waktu matahari naik.
20:120 Kemudian syetan mengwas waskan (memperdayakannya), katanya : Hai Adam! Maukah ku tunjukkan kepadamu sepohon kayu khuldi (kekal) (siapa memakannya buahnya, niscaya kekal dalam syurga) dan kerajaan yang tiada akan habis.
20:121 Lalu keduanya memakan buah itu, maka kelihatanlah kemaluan (aurat) keduanya, lalu keduanya menutupinya dengan daun pohon kayu syurga. Dan Adam mendurhakai Tuhannya, lalu ia jahil (tersesat).
20:122 Kemudian Tuhan memilihnya dan menerima taubatnya serta menunjukinya.
20:123 Allah berfirman : Keluarlah kamu berdua bersama sama dari dalam syurga, setengah kamu dengan yang lain bermusuh musuhan. Jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, maka barang siapa mengikut petunjukKu itu, niscaya ia tiada sesat dan tiada pula celaka (sengsara).
20:131 Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia, supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih baik dan lebih kekal.
21:101 Sesungguhnya orang orang yang telah memperoleh kebaikan dari Kami, mereka terhindar daripada neraka.
21:102 Mereka tiada mendengar bunyinya, sedang mereka kekal dalam apa yang diingini oleh nafsunya.
21:103 Mereka tiada berdukacita oleh kegemparan yang amat besar (bunyi suara yang menghalau manusia ke dalam neraka); dan mereka disambut oleh malaikat, (katanya): Inilah hari kamu yang telah dijanjikan kepadamu.
22:14 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Sungguh Allah memperbuat sekehendakNya.
22:55 Orang orang yang kafir sentiasa dalam keraguan terhadap Quran, hingga datang kepada mereka kiamat dengan sekonyong konyong, atau sampai kepada mereka siksaan hari yang mandul (kemudian).
22:56 Pada hari itu adalah kerajaan (kekuasaan) bagi Allah. Dia menghukum di antara mereka. Maka orang orang yang beriman dan mengerjakan yang baik baik (adalah mereka) dalam syurga kesenangan.
22:57 Orang orang yang kafir dan yang mendustakan ayat ayat Kami, maka untuk mereka siksa kehinaan.
23:1 Sesungguhnya telah menang orang2 yang beriman.
23:2 (Iaitu) mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
23:3 Dan mereka yang berpaling dari perkataan yang tiada berguna,
23:4 Dan mereka yang mengeluarkan zakat,
23:5 Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
23:6 Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka itu tiada tercela.
23:8 Dan (yang menang juga), mereka yang memelihara amanah dan (menepati) janji,
23:9 Dan mereka yang memeliharakan sembahyangnya.
23:10 Mereka itulah orang2 yang mempusakai,
23:11 Yang mempusakai syurga Firdaus, sedang mereka kekal di dalamnya.
23:109 Sesungguhnya, segolongan di antara hamba hambaKu yang berkata: Ya Tuhan kami, kami telah beriman, sebab itu ampunilah (dosa) kami dan kasihanilah kami dan Engkau sebaik baik yang mengasihani.
23:110 Lalu kamu jadikan mereka itu untuk olok olokan, sehingga kamu lupa mengingatKu, sedang kamu mentertawakan mereka itu.
23:111 Sesungguhnya Aku membalasi mereka pada hari ini, sebab mereka sabar, sungguh mereka itu orang yang menang.
24:55 Allah telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang yang fasik.
25:10 Maha-suci (Tuhan), jika dikehendakiNya, niscaya dijadikanNya untuk engkau kebajikan, yang lebih baik daripada itu, iaitu beberapa bidang kebun yang mengalir air sungai di bawahnya, serta dijadikanNya istana untuk mu (surga).
25:15 Katakanlah: (siksaan) itukah yang lebih baik, atau syurga abadi yang dijanjikan untuk orang orang yang taqwa? Adalah syurga itu balasan untuk mereka itu dan tempat kembali.
25:16 Untuk mereka itu di dalamnya apa apa yang mereka kehendaki, serta kekal selama lamanya. Demikian itu perjanjian Tuhan yang dipertanggung jawabkan.
25:24 Penghuni syurga pada hari itu, lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat istirahatnya.
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.
25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi Penyayang.
25:71 Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada Allah sebenar benarnya taubat.
25:72 Dan orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.
25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).
25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.
25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.
25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.
26:90 Dihampirkan syurga kepada orang2 yang taqwa,
28:37 Berkata Musa: Tuhanku lebih tahu, siapa yang membawa petunjuk dari sisiNya dan siapa yang mempunyai akibat kampung (Surga). Sesungguhnya tiada menang orang orang yang aniaya.
28:61 Adakah orang yang Kami janjikan kepadanya dengan perjanjian yang baik (masuk syurga), lalu ditemuinya perjanjian itu, bersamaan dengan orang yang Kami beri kesukaan kepadanya dengan kesukaan hidup di dunia, kemudian ia pada hari kiamat termasuk orang2 yang dihadirkan (dalam neraka)? Tentu tidak sama.
28:83 Itulah kampung akhirat, Kami adakan untuk orang2 yang tiada menghendaki sombong di muka bumi dan tiada pula memperbuat bencana. Akibat (yang baik) untuk orang2 yang taqwa.
29:58 Orang orang yang beriman dan beramal salih, akan Kami tempatkan mereka dalam syurga, pada beberapa kamar (bilik), yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik baik pahala bagi orang orang yang beramal.
29:59 (Iaitu) bagi orang orang yang sabar dan bertawakkal (menyerahkan diri) kepada Tuhannya.
30:14 Pada hari kiamat, mereka bergolong golongan pada hari itu.
30:15 Adapun orang orang yang beriman dan beramal saleh, maka mereka itu dalam syurga, maka mereka itu dalam syurga dengan bersukaria.
30:44 Barang siapa yang kafir maka atas (pundaknya) (bahaya) kekafirannya, dan barang siapa yang beramal salih, maka mereka menyediakan (tempat dalam syurga) untuk dirinya.
31:8 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, untuk mereka itu syurga jannatun naim,
31:9 Mereka kekal di dalamnya. Itulah janji Allah yang sebenarnya. Dia Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
32:13 Jikalau Kami kehendaki, niscaya Kami berikan petunjuk kepada tiap2 orang, tetapi telah tetaplah perkataanKu, bahawa akan Kupenuhkan neraka jahanam dengan jin dan manusia sekaliannya.
32:15 Hanya yang beriman kepada ayat ayat Kami ialah orang orang, bila mereka diberi peringatan dengan ayat ayat itu, mereka meniarap sujud dan mereka tasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.
32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.
32:18 Adakah orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak bersamaan.
32:19 Adapun orang orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka syurga tempat tinggalnya, sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah mereka kerjakan.
34:28 Kami tiada mengutus engkau (ya Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan surga) dan memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahui.
34:37 Hartamu dan anak anakmu, tiada dapat menghampirkan kamu di sisi Kami, kecuali orang yang beriman dan beramal salih, maka untuk mereka itu balasan yang berlipat ganda, kerana amalannya, sedang mereka aman sentosa dalam kamar kamar (bilik bilik syurga).
35:29 Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Quran), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang terang, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan merugi.
35:30 Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dengan kurniaNya. Sungguh Allah pengampun lagi berterima kasih. (Memberi nikmat dan pahala).
35:31 Yang Kami wahyukan kepadamu, iaitu kitab adalah kebenaran, membenarkan (kitab kitab) yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahamelihat (segala hambaNya).
35:32 Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang orang yang Kami pilih di antara hamba hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya (tidak menurut isi kitab itu) dan di antaranya ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya) dan di antaranya ada yang maju (juara) memperbuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar.
35:33 Syurga Aden, mereka akan masuk ke dalamnya, sedang mereka di dalamnya memakai gelang tangan dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka dalam surga itu ialah sutera.
35:34 Mereka berkata: Puji pujian bagi Allah yang telah menghilangkan kedukaan daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Pengampun lagi Berterima kasih. (Memberi nikmat dan pahala).
35:35 Yang telah menempatkan kami di kampung yang tetap (Syurga) dengan kurniaNya; kami di sana tiada disentuh kepayahan dan tidak pula disentuh kesusahan.
36:11 Hanya yang engkau beri peringatan (yang menerimanya) ialah orang yang mengikut peringatan (Quran) dan takut kepada yang Mahapengasih (Allah) dengan yang ghaib (siksaNya yang belum kelihatan). Maka berilah dia khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.
36:55 Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu, bersenang senang dalam pekerjaannya.
36:56 Mereka bersama sama dengan isteri isterinya tinggal di tempat yang terlindung, bersandar di atas peterana (tempat duduk pengantin).
36:57 Untuk mereka di sana buah buahan dan apa apa yang mereka minta.
36:58 (Dan ucapan) selamat, perkataan daripada Tuhan yang Pengasih.
37:38 Sesungguhnya kamu (hai orang orang kafir) akan merasai siksa yang pedih.
37:39 Dan kamu tiada dibalasi, melainkan menurut apa apa yang telah kamu kerjakan.
37:40 Kecuali hamba hamba Allah yang disucikan (ikhlas menyembahnya).
37:41 Untuk mereka itu rezeki yang terang.
37:42 (Iaitu) beberapa buah buahan sedang mereka dimuliakan.
37:43 Dalam syurga kenikmatan.
37:44 Di atas tempat duduk berhadap hadapan.
37:45 Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman) dari mata air (arak syurga).
37:46 Yang putih warnanya, lazat rasanya bagi orang2 yang meminumnya.
37:47 Tidak ada padanya yang merusakkan (akal) dan tidak pula mereka mabuk kerananya.
37:48 Di sisi mereka ada (beberapa isteri atau bidadari) yang pendek pemandangannya (bukan mata keranjang) lagi bundar matanya.
37:49 Seolah olah warnanya seperti telur yang terpelihara (tersimpan).
37:50 Lalu mereka berhadap hadapan sesamanya, seraya tanya bertanya (bercakap cakap).
37:51 Berkata seorang yang berkata di antara mereka : Sesungguhnya ada bagiku seorang teman.
37:52 Ia berkata (kepadaku) Adakah engkau termasuk orang2 yang membenarkan (percaya)?
37:53 Adakah apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang tulang , apa bisakah kita akan dibalasi?
37:54 Berkata orang yang berkata itu (kepada teman temannya) : Maukah kamu menengok?
37:55 Kemudian ia menengok (sendirinya), lalu dilihatnya temannya itu di tengah tengah neraka.
37:56 Ia berkata: Demi Allah, sungguh engkau hampir membinasakan daku.
37:57 Kalau tidaklah nikmat Tuhanku, niscaya aku termasuk orang orang yang dimasukkan (dalam neraka seperti engkau).
37:58 Apa kita tidak akan mati lagi ? (kata ahli syurga)
37:59 Melainkan mati yang pertama (didunia) dan kita tidak pula akan disiksa?
37:60 Sesungguhnya ini (masuk syurga) adalah kemenangan yang besar.
38:45 Ingatlah akan hamba hamba Kami Ibrahim, Ishak dan Yaqub, yang mempunyai kekuatan dan pemandangan.
38:46 Sesungguhnya Kami sucikan mereka dengan suatu kesucian, (iaitu) mengingat kampung (akhirat).
38:47 Sungguh mereka itu di sisi Kami, termasuk orang orang pilihan dan orang orang baik.
38:48 Ingatlah akan Ismail Ilyasa’ dan Zulkifli, masing masingnya termasuk orang orang yang baik.
38:49 Inilah peringatan nama baik mereka. Sesungguhnya untuk orang orang yang taqwa sebaik baik tempat kembali.
38:50 (Iaitu) syurga Aden yang dibukakan pintu pintunya untuk mereka.
38:51 Sedang mereka duduk bersandar di sana, sambil meminta buah buahan yang banyak dan minuman.
38:52 Disisi mereka ada (isteri isteri) yang rendah mata (bukan mata keranjang) lagi sebaya.
38:53 Inilah yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab (kiamat).
38:54 Sesungguhnya inilah rezeki Kami yang tidak habis habisnya.
39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah; Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:17 Orang orang menjauhi menyembah syetan (berhala) dan kembali kepada Allah, untuk mereka itu khabar gembira. Maka, berilah khabar gembira kepada hamba hambaKu,
39:18 Yang mendengarkan perkataan, lalu mereka turut mana yang sebaik baiknya. Mereka itulah orang orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal.
39:20 Tetapi orang2 yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka beberapa bilik, di atasnya ada pula beberapa bilik yang dibangunkan, mengalir air sungai di bawahnya. (Itulah) janji Allah. Allah tidak memungkiri janjiNya.
39:22 Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
39:34 Untuk mereka itu apa apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Itulah balasan untuk orang orang yang berbuat baik.
39:61 Allah menyelamatkan orang orang yang taqwa dengan kemenangannya, mereka tiada ditimpa kejahatan dan tiada pula berdukacita.
39:62 Allah yang menciptakan tiap tiap sesuatu dan Dia menjadi wakil (memelihara) tiap tiap sesuatu.
39:73 Orang orang yang taqwa terhadap Tuhannya dihalau ke dalam syurga dengan berbondong bondong, sehingga bila mereka sampai ke sana dan dibukakan pintu pintunya dan berkata malaikat malaikat penjaganya kepada mereka: Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu ke dalam syurga serta kekal (di dalamnya).
40:8 Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka itu ke dalam syurga Aden (yang kekal), yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan (masukkan pula) orang orang yang salih di antara bapa bapa, isteri-isteri dan anak anak cucu mereka, Sungguh Engkau Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
40:40 Barang siapa memperbuat kejahatan, maka tiada dibalas, melainkan dengan seumpamanya, dan barang siapa yang beramal salih, baik putera ataupun puteri, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, serta diberi rezeki di dalamnya tanpa terhitung.
40:68 Dia yang menghidupkan dan mematikan. Apabila Dia hendak memutuskan suatu urusan, maka hanya Dia berkata kepadanya: Jadilah engkau, lalu jadilah ia.
41:30 Sesungguhnya orang orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus (dalam amalannya), niscaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut, dan janganlah berduka cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.
41:31 Kamilah wali wali kamu pada hidup di dunia dan di akhirat, dan untukmu di sana apa apa yang diingini oleh nafsumu dan untukmu di sana apa apa yang kamu minta.
41:32 Sebagai rezekimu dari yang Pengampun lagi Pengasih (Allah).
42:7 Begitulah Kami wahyukan kepada engkau Qur’an dalam bahasa ‘Arab, supaya engkau memberi peringatan kepada (penduduk) ibu negeri (Makkah) dan orang orang yang di kelilingnya, dan (supaya) engkau memberi peringatan dengan hari penghimpunan (kiamat), yang tidak ragu ragu tentang (kebenaran)nya. Segolongan dalam syurga dan segolongan lagi dalam neraka.
43:68 Hai hamba2Ku, tiadalah kamu takut pada hari ini dan tiada pula kamu berdukacita.
43:69 (Iaitu) orang2 yang beriman kepada ayat ayat Kami dan mereka patuh (kepada Kami).
43:70 Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri2 kamu dengan bersuka ria.
43:71 Diedarkan kepada mereka piring piring dari emas dan gelas gelas, di sana ada apa apa yang diingini oleh nafsu dan lazat dipandang mata, sedang kamu kekal di dalamnya.
43:72 Itulah syurga yang dipusakakan kepadamu, kerana apa yang telah kamu amalkan.
43:73 Untukmu disana ada buah-buahan yang banyak, di antaranya kamu makan.
44:25 Berapa banyaknya mereka itu meninggalkan kebun kebun dan mata air,
44:26 Dan tanam tanaman dan darjat (majlis) yang mulia,
44:27 Dan (juga) kesukaan yang mereka itu bersuka ria di dalamnya.
44:28 Demikianlah, dan Kami pusakakan semuanya itu untuk kaum yang lain.
44:42 Kecuali orang yang dikasihi Allah. Sungguh Dia Mahaperkasa lagi Penyayang.
44:51 Sesungguhnya orang2 yang taqwa adalah dalam tempat yang aman,
44:52 Dalam kebun kebun dan mata air,
44:53 Mereka memakai sutera yang tipis dan sutera yang tebal, serta berhadap hadapan (sesamanya).
44:54 Demikianlah (keadaannya), dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari (perempuan putih yang bundar matanya).
44:55 Mereka meminta di dalamnya bermacam macam buah buahan serta aman sentosa,
44:56 Mereka di sana tiada merasai mati, kecuali mati yang pertama dan mereka dipeliharakan dari siksa neraka,
44:57 Sebagai kurnia daripada Tuhanmu. Itulah kemenangan yang besar.
45:30 Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka mereka itu dimasukkan Tuhan ke dalam rahmatNya (syurga). Itulah kemenangan yang terang.
46:12 Dan sebelum Quran, ada kitab Musa (Taurat), jadi ikutan dan rahmat. (Quran) ini kitab yang membenarkan (kitab kitab dahulu itu) dalam bahasa Arab, untuk memberi peringatan kepada orang orang yang aniaya, dan memberi khabar gembira bagi orang orang yang berbuat baik.
46:13 Sesungguhnya orang2 yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus, maka tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita.
46:14 Mereka itulah penghuni syurga, serta kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi apa yang telah mereka amalkan.
46:15 Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak anak cucuku (keturunanku). Sungguh aku bertaubat kepadaMu dan aku termasuk orang orang Islam.
46:16 Mereka itulah orang orang yang Kami terima daripada mereka sebaik baik (amalan) yang mereka amalkan, dan Kami maafkan kesalahan mereka serta termasuk penghuni syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.
47:12 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang2 yang beriman dan beramal salih ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya. Dan orang2 yang kafir bersenang senang (di dunia) dan makan seperti binatang binatang makan, dan nerakalah tempat diam mereka.
47:14 Adakah orang yang di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya, sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalannya yang jahat dan mereka mengikut hawa nafsunya? (Tentu tidak sama).
47:15 Umpama syurga yang dijanjikan kepada orang2 yang taqwa, di dalamnya beberapa sungai dari air yang tiada berubah ubah, beberapa sungai dari susu, yang tidak berubah rasanya, beberapa sungai dari arak yang lazat rasanya bagi orang orang yang meminumnya dan beberapa sungai dari madu yang bersih. Dan untuk mereka di dalamnya bermacam macam buah buahan dan ampunan daripada Tuhan mereka. (Adakah orang yang dalam kesenangan itu) sama dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minum dengan air yang sangat panas, sehingga putus putus usus perut mereka?
48:5 Supaya Dia memasukkan orang orang yang beriman laki laki dan orang orang yang beriman perempuan ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya, dan supaya Dia mengampuni kejahatan mereka. Demikian itu di sisi Allah adalah kemenangan yang besar.
48:17 Tidak berdosa orang yang buta (meninggalkan peperangan) dan tidak berdosa orang yang pincang dan tidak berdosa pula orang sakit. Barang siapa yang mengikut Allah dan rasulNya, niscaya akan dimasukkanNya ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya. Dan barang siapa yang berpaling, akan disiksaNya dengan siksaan yang pedih.
48:29 Muhammad itu adalah rasul (utusan) Allah. Orang orang yang bersama dengan dia (Mukminin) sangat keras terhadap orang orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaannya. Tanda mereka itu adalah dimuka mereka, kerana bekas sujud. Itulah contoh (sifat) mereka dalam Taurat. Dan contoh mereka dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (yang kecil lagi lemah), lalu bertambah kuat dan bertambah besar lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang orang yang menanamnya. (Begitu pula orang orang Islam, pada mula mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat) supaya Allah memarahkan orang2 kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala yang besar untuk orang orang yang beriman dan beramal salih di antara mereka itu.
50:31 Dihampirkan syurga kepada orang2 taqwa yang tiada jauh (daripadanya).
50:32 (Dikatakan kepadanya): Inilah yang dijanjikan untuk tiap tiap orang yang kembali (taubat) lagi memelihara (peraturan Allah).
50:33 Barang siapa yang takut kepada yang Mahapengasih (Allah) tanpa tanpa dilihatnya dan datang dengan hati yang taubat (kepada Allah),
50:34 (Maka dikatakan kepadanya): Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat. Itulah hari yang kekal selama lamanya.
50:35 Untuk mereka apa yang mereka kehendaki dalam syurga dan di sisi Kami ada tambahannya.
51:15 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam syurga (kebun kebun) dan mata air (yang mengalir di dalamnya).
51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.
51:17 Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari.
51:18 Dan di waktu sahur (dini hari) mereka itu meminta ampun (kepada Tuhan).
51:19 Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang (tak) mau meminta.
51:51 Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sungguh aku memberi peringatan yang terang kepadamu daripadaNya.
52:17 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam syurga dan (dalam) nikmat.
52:18 Serta berlazat lazat (bersenang senang) dengan apa apa yang diberikan Tuhan kepada mereka, dan mereka dipeliharakan Tuhan dari siksa neraka.
52:19 (Dikatakan kepadanya): Makanlah kamu dan minumlah dengan selazat lazatnya, kerana (amalan) yang telah kamu kerjakan.
52:20 Sedang mereka bersandar di atas dipan (peterana, balai balai), yang berbaris baris, dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari.
52:21 Orang orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikitpun. Tiap tiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing masing.
52:22 Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah buahan dan daging yang mereka ingini.
52:23 Di dalamnya (syurga) mereka berebut (berganti ganti) gelas arak, tak ada omong kosong dan berbuat dosa kerana meminumnya.
52:24 Dan mereka dikelilingi (dilayani) oleh budak budak (yang cantik), seolah olah mereka mutiara yang tersimpan.
52:25 Setengah mereka berhadap hadapan dengan yang lain, seraya tanya bertanya (bercakap cakap).
52:26 Mereka berkata: Sesungguhnya kita dahulu dalam keluarga kita (di atas dunia) berhati takut (kepada Allah).
52:27 Lalu Allah memberi kurnia kepada kita dan memeliharakan kita dari pada siksa neraka.
52:28 Sesungguhnya kita dahulu menyembahnya. Sungguh Dia berbuat baik lagi penyayang.
53:15 Di dekatnya syurga tempat diam (bagi orang orang yang taqwa).
54:54 Sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam beberapa kebun dan sungai (syurga).
54:55 Di majlis (tempat) yang benar, di sisi Maharaja ( Allah ) yang berkuasa.
55:46 Untuk orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya, ada dua kebun (syurga).
55:48 (Keduanya) mempunyai dahan dahan.
55:50 Dalam keduanya ada dua mata air yang mengalir.
55:52 Dalam keduanya ada bermacam macam buah buahan yang berpasang pasangan.
55:54 Mereka bersandar diatas hamparan, yang sebelah kedalamnya dari sutera. Dan buah kedua dua kebun itu rendah rendah, (mudah memetiknya).
55:56 Dalam syurga itu perempuan perempuan yang pendek pemandangan (bukan bermata keranjang), mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.
55:58 Seolah olah perempuan perempuan itu permata yakut dan mutiara.
55:60 Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.
55:62 Selain daripada kedua kebun itu, ada lagi dua kebun yang lain.
55:64 (Keduanya) sangat hijau daun-daunnya.
55:66 Dalam keduanya ada dua buah mata air yang terpancar keduanya.
55:68 Dalam keduanya ada buah buahan, pohon kurma dan delima.
55:70 Didalam semuanya ada perempuan perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya.
55:72 (Iaitu) bidadari (perempuan yang putih) yang tertutup dalam khemah.
55:74 Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka.
55:76 Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik rupanya.
56:12 Dalam syurga kesenangan.
56:13 Mereka itu banyak diantara orang orang dahulu,
56:14 Dan sedikit diantara orang orang yang kemudian.
56:15 Mereka di atas dipan (peterana) yang bertatahkan (emas dan intan).
56:16 Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan.
56:17 Mereka dikelilingi (dilayani) oleh anak anak yang berkekalan.
56:18 (Menghidangkan) cangkir cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,
56:19 Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana minuman itu.
56:20 Dan buah buahan di antara apa apa yang mereka sukai.
56:21 Dan daging burung yang mereka ingini.
56:22 (Di samping) mereka itu ada bidadari,
56:23 Seperti mutiara yang tersimpan rapi,
56:24 (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan.
56:25 Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,
56:26 Melainkan ucapan: Selamat, selamat!
56:27 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu?
56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,
56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,
56:30 Dan naung yang terbentang,
56:31 Dan air yang mengalir terus,
56:32 Dan buah buahan yang banyak,
56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang,
56:34 Dan hamparan yang tinggi.
56:35 Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari bidadari dengan suatu kejadian.
56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,
56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.
56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,
56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,
56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.
56:95 Sesungguhnya ini adalah haqqul yakin (sebenar benarnya yakin)
56:96 Maka tasbihlah (sucikanlah) nama Tuhanmu yang Mahabesar.
57:12 Pada hari (kiamat) engkau lihat orang orang Mukmin laki laki dan Mukminat perempuan berlari (bersinar) cahaya mereka di hadapan dan di kanan mereka (dikatakan kepadanya): Kabar gembira untuk mu pada hari ini, ialah surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang kamu kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
57:13 Pada hari berkata orang orang munafik laki laki dan orang orang munafik perempuan kepada orang orang Mukmin; Tunggulah kami, kami ambil sedikit cahayamu. Dikatakan (kepada mereka): Mundurlah kamu ke belakang, lalu carilah olehmu cahaya itu. Kemudian diadakan antara mereka suatu pagar (dinding) yang mempunyai pintu. Didalamnya rahmat (masuk orang orang Mukmin ke dalamnya) dan disebelah luarnya siksa (untuk orang orang munafik).
57:21 Berlumbalah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan ke syurga, yang lebarnya seperti lebar langit dan bumi, disediakan untuk orang orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
58:22 Engkau tiada memperoleh kaum yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, bahwa mereka mengasihi orang orang yang menentang Allah dan RasulNya, meskipun mereka itu bapa, anak, saudara atau kaum keluarga mereka. Mereka telah ditetapkan Allah keimanan dalam hati mereka dan dikuatkanNya mereka dengan ruh daripadaNya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Allah suka kepada mereka dan mereka suka pula kepadaNya. Mereka itulah golongan (pengikut) Allah. Ingatlah bahwa sesungguhnya pengikut Allah itu orang menang.
59:20 Tiadalah sama orang orang penghuni neraka dengan orang orang penghuni syurga. Penghuni syurga itu adalah orang orang yang menang.
60:3 Tiadalah bermanfaat kepadamu karib kerabat dan tidak pula anak anakmu pada hari kiamat; Dia (Allah) akan menceraikan antara kamu (yang kafir masuk neraka dan yang mukmin masuk syurga). Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.
61:9 Dia yang mengutus rasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas sekalian agama, meskipun benci orang orang musyrik.
61:10 Hai orang orang yang beriman, maukah ku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari siksa yang pedih,
61:11(Iaitu) bahwa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
61:12 (Jika kamu perbuat demikian), niscaya Allah mengampuni dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, dan (ke dalam) tempat tempat diam yang indah dalam surga ‘Aden. Itulah kemenangan yang besar.
61:13 (Dan lagi nikmat nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berilah khabar gembira orang orang mukmin.
61:14 Hai orang yang beriman, hendaklah kamu penolong (agama) Allah, sebagaimana Isa anak Maryam berkata kepada Hawariyin (murid murid pilihannya) : Siapakah penolongku kepada Allah? Sahut Hawariyin, kami penolong (agama) Allah. Kemudian beriman satu golongan di antara Bani Israil dan kafir golongan (yang lain). Kemudian kami kuatkan orang orang beriman melawan musuhnya, lalu mereka menang.
64:9 Pada hari Allah menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (segala manusia) (kiamat), itulah hari tipu menipu. Barang siapa yang beriman kepada Allah, dan beramal salih, niscaya Allah menutupi (mengampuni) kejahatannya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
65:11 (Dan mengutus) rasul yang membaca kan kepadamu beberapa ayat Allah yang terang, supaya dikeluarkanNya orang2 yang beriman dan beramal salih, dari gelap gulita kedalam terang benderang. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal salih, dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama lamanya. Sungguh Allah membaguskan rezeki untuk mereka.
66:8 Hai orang orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah mudahan Tuhanmu mengampuni kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir air sungai di bawahnya, pada hari Allah tiada akan menghinakan (memberi malu) Nabi dan orang orang yang beriman sertanya, sedang cahaya mereka berjalan di hadapan dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berkata: Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah (dosa) kami, sungguh Engkau Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.
66:11 Dan Allah memberikan contoh bagi orang orang yang beriman, (yaitu) isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam surga dan lepaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.
66:12 Dan (lagi) Maryam binti Imran, yang menjaga kehormatannya, kemudian Kami tiupkan ruh kepadanya (sehingga ia melahirkan Isa) dan ia membenarkan kalimat Tuhan dan kitab kitabNya, dan ia termasuk orang orang yang taat.
67:12 Sesungguhnya orang orang yang takut kepada Tuhannya, dalam keadaan gaib (sendirian), untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.
68:34 Sesungguhnya untuk orang orang taqwa disisi Tuhannya ada syurga kenikmatan.
69:18 Pada hari itu kamu dihadapkan (kehadirat Tuhan untuk berhisab), sehingga tidak tersembunyi daripadamu apa apa yang tersembunyi.
69:19 Adapun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kanannya, maka ia berkata : Kamu ambillah (dan) bacalah bukuku!
69:20 Sesungguhnya aku menyangka (yakin), bahwa aku akan menemui perhitunganku.
69:21 Maka ia dalam kehidupan yang disukainya,
69:22 (Iaitu) dalam syurga yang tinggi,
69:23 Buah buahannya rendah (mudah memetiknya).
69:24 (Dikatakan kepadanya) : Makanlah kamu dan minumlah dengan bersedap sedap, kerana (amalan) yang telah kamu dahulukan pada hari hari yang lalu.
70.5 Maka sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.
70:22 Kecuali orang orang yang sembahyang,
70:23 Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.
70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.
70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,
70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,
70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,
70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),
70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).
70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.
70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).
70:32 Dan orang orang yang memelihara amanah dan janji mereka,
70:33 Dan orang orang yang melakukan kesaksian (dengan sebetulnya),
70:34 Dan orang orang yang memelihara sembahyangnya.
70:35 Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.
70:36 Mengapakah orang orang yang kafir menentang (dengan matanya) ke arah engkau?
70:37 Sambil berkumpul kumpul (berkelompok kelompok), di sebelah kanan dan kiri engkau (untuk memperolok olokkan)?
70:38 Adakah tiap tiap orang di antara mereka mengharap, bahwa ia akan masuk ke syurga kenikmatan?
70:39 Sekali kali tidak. Sesungguhnya Kami menjadikan mereka dari apa yang mereka ketahui.
70:40 Aku bersumpah dengan Tuhan beberapa timur dan beberapa barat, bahwa Kami (Allah) kuasa.
70:41 Buat mengganti mereka dengan (umat) yang terlebih baik daripada mereka dan Kami tiada dapat dikalahkan.
70:42 Maka biarkanlah mereka masuk pada yang bukan bukan dan bermain main, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan.
70:43 (Iaitu) pada hari, mereka dikeluarkan dari dalam kuburnya, dengan segera, seolah olah mereka bersegera kepada berhalanya.
70:44 Sedang pemandangan mereka rendah (hina) serta ditimpa kehinaan. Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
74:6 Janganlah engkau memberikan (sesuatu) kerana hendak meminta lebih banyak (daripadanya).
74:39 Kecuali orang orang golongan kanan.
74:40 (Mereka itu) dalam syurga, sambil tanya bertanya,
75:22 Muka pada hari itu berseri seri,
75:23 Melihat pada Tuhannya.
76:5 Sesungguhnya orang orang baik akan meminum (arak) dari gelas, yang campurannya (air) kapur (nama tumbuh2an yang harum baunya).
76:6 Dari mata air, yang diminum oleh hamba hamba Allah (yang salih), mereka alirkan dia dengan aliran (kemana yang disukainya).
76:8 Dan mereka memberikan makanan yang dikasihinya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.
76:10 Sesungguhnya kami takut dari pada Tuhan kami akan hari, (pada masa itu) orang orang bermuka masam sesangat sangat masamnya.
76:11 Kemudian Allah memeliharakan mereka dari kejahatan pada hari itu, dan menganugerahi mereka (muka) yang berseri seri dan (hati) yang gembira.
76:12 Dia membalasi mereka, kerana mereka sabar, dengan syurga dan pakaian sutera,
76:13 Sedang mereka duduk di sana di atas dipan yang indah. Mereka tiada melihat di dalamnya matahari (yang memanaskan) dan tidak pula sangat dingin.
76:14 Naung (pohon pohonnya) hampir kepada mereka dan buah buahannya mudah memetiknya, semudah mudahnya.
76:15 Diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan gelas gelas dari botol botol,
76:16 (Iaitu) botol botol dari perak, mereka aturkan menurut kadarnya.
76:17 Dan mereka diberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas (jahe).
76:18 Dari mata air di dalamnya dinamai Salsabila.
76:19 Beredar keliling mereka beberapa anak anak yang kekal, apabila engkau melihat mereka, niscaya engkau kira mereka itu mutiara yang bertebaran.
76:20 Apabila engkau lihat di sana, niscaya engkau lihat nikmat dan kerajaan yang besar.
76:21 Di atas (badan) mereka kain sutera halus yang hijau dan kain sutera yang tebal. Dan dihiasi (tangan) mereka dengan gelang gelang dari perak dan Tuhan mereka memberi minuman mereka dengan minuman yang suci.
76:22 Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usaha kamu diterima dengan baik.
79:35 Pada hari (itu) teringatlah manusia apa apa yang telah dikerjakannya.
79:40 Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada nafsunya,
79:41 Maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya.
80:38 Ada muka (manusia) pada hari itu yang berseri seri,
80:39 Tertawa dan gembira.
81:13 Dan apabila surga telah dihampirkan (kepada orang yang patut memasukinya),
82:13 Sesungguhnya orang yang baik baik dalam kenikmatan (Syurga).
83:18 Sesungguhnya buku (amalan) orang baik baik dalam Illiyin (buku yang mengumpulkan segala amalan orang2 yang salih)
83:19 Tahukah engkau, apakah ‘Illiyin itu?
83:20 (Ialah) kitab yang ditulis.
83:21 Yang akan menyaksikannya (malaikat2) muqarrabin (Yang hampir kepada Tuhan) (Tinggi darjatnya).
83:22 Sesungguhnya orang orang baik baik dalam kenikmatan (syurga),
83:23 Di atas dipan yang indah, mereka melihat (pemandangan yang indah indah),
83:24 Engkau ketahui di muka mereka kecantikan nikmat.
83:25 Mereka diberi minum dengan arak yang dicap,
83:26 Capnya ialah kesturi, dan pada demikian itu hendaklah berlumba lumba siapa yang mahu berlumba lumba,
83:27 Dan campurannya daripada Tasnim,
83:28 (Iaitu) mataair, yang meminumnya ialah orang2 yang Muqarrubin (mulia).
84:6 Hai manusia, sesungguhnya engkau berjuang (berusaha) sekeras keras usaha hingga sampai (menemui) Tuhanmu (mati), lalu engkau menemuiNya.
84:7 Maka barang siapa yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kanannya,
84:8 Maka ia akan diperhitungkan dengan perhitungan yang sedikit,
84:9 Dan ia kembali kepada keluarganya dengan gembira.
85:11 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, untuk mereka surga, yang mengalir air sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar.
88:8 Beberapa muka (orang) pada hari itu berseri seri,
88:9 Berhati suka, kerana usahanya,
88:10 Dalam syurga yang tinggi,
88:11 Tidak didengar di dalamnya omong kosong (yang tidak berguna).
88:12 Di dalamnya ada mata air yang mengalir.
88:13 Di dalamnya ada tempat duduk yang ditinggikan,
88:14 Dan piala piala (gelas gelas) yang diletakkan (dihadapannya),
88:15 Dan bantal bantal yang tersusun,
88:16 Dan permaidani permaidani yang terbentang
90:4 Sesungguhnya Kami menciptakan manusia padahal ia dalam kesusahan.
90:8 Tiadakah Kami adakan baginya dua buah mata,
90:9 Dan lidah dan dua buah bibir,
90:10 Dan Kami tunjukkan kepadanya, dua buah jalan, (jalan yang baik dan jalan yang buruk).
90:11 Tetapi manusia tidak mau menempuh kesulitan, (mengerjakan yang berat).
90:12 Tahukah engkau apakah kesulitan itu?
90:13 (Ialah) memerdekakan budak,
90:14 Atau memberi makan pada hari kelaparan,
90:15 Kepada anak yatim yang berkarib,
90:16 Atau orang miskin yang telah tidur di tanah (sangat miskin).
90:17 Kemudian ia (orang yang mengerjakan demikian itu) tergolong orang orang yang beriman dan berwasiat dengan sabar dan berwasiat dengan berkasih sayang.
90:18 Mereka itulah golongan kanan (ahli syurga).
98:7 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah, manusia yang sebaik baiknya.
98:8 Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Aden, yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redho kepada mereka dan mereka redho kepadaNya. (Syurga) Itu untuk orang orang yang takut kepada Tuhannya.
101:1 (Melapetaka) yang mengetok hati,
101:2 Apakah melapetaka itu?
101:3 Tahukah engkau apakah melapetaka itu? (Iaitu hari kiamat).
101:4 Pada hari itu manusia seperti kupu kupu yang bertebaran (kerana ketakutan).
101:5 Dan gunung2 seperti bulu yang digubar (diputar).
101: 6 Adapun orang yang berat timbangannya (banyak kebajikannya),
101:7 Maka ia dalam kehidupan yang diredhai.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.