Total Pageviews

Wednesday, 7 October 2020

Dirikan sembahyang berikan zakat

 

Dirikan sembahyang berikan zakat

 

 

https://quran.com/    

 

 

2:2 Kitab itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang orang-orang yang taqwa.

 

2:3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

 

2:4 Dan orang-orang yang beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya akhirat.

 

2:5 Mereka itu atas petunjuk daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang menang.

 

2:43 Dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan rukuklah bersama orang orang yang rukuk.

 

2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap berpaling.

 

2:143 Begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan, supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan Rasul menjadi saksi pula atas perbuatanmu. Tiadalah Kami jadikan kiblat engkau yang dahulu itu, melainkan supaya Kami ketahui orang2 yang mengikut Rasul dari pada orang yang kembali kepada kekafiran. Sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali atas orang2 yang ditunjuki Allah. Allah tiada menyia nyiakan keimanan kamu. Sungguh Allah Pengasih lagi Penyayang kepada manusia.

 

2:238 Peliharakanlah segala sembahyang dan sembahyang yang pilihan (‘Ashar). Berdirilah kerana Allah, serta menta’atiNya.

 

2:277 Sesungguhnya orang2 yang beriman dan mengamalkan salih, lagi mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.

 

3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksaan neraka.

 

4:77 Tidakkah engkau ketahui orang2 yang dikatakan kepadanya: Tahanlah kedua tanganmu (dari memerangi orang2 kafir) dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat. Tatkala diperlukan peperangan atas mereka itu, tiba tiba segolongan diantara mereka takut kepada manusia, seperti ketakutan kepada Allah, atau lebih takut. Mereka itu berkata: Ya Tuhan kami, mengapakah Engkau perlukan peperangan di atas kami, mengapakah tidak Engkau undurkan (wafatkan) kami, sehingga waktu yang dekat? Katakanlah: Kesenangan dunia cuma sedikit  dan akhirat lebih baik bagi orang2 yang taqwa; sedang kamu tiada teraniaya sedikitpun.

 

4:103 Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.

 

6:72 Dirikanlah sembahyang dan takutlah kepadaNya (Allah). Dan kamu akan dihimpunkan kepadaNya.

 

8:2 Sesungguhnya orang orang beriman ialah orang orang bila disebut Allah gemetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat ayat Allah kepadanya, bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.

 

8:3 (Dan) orang orang yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

8:4 Mereka itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.

 

9:5 Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah perangi orang2 musyrik dimana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan duduklah mengintip mereka pada tiap tiap jalan yang dilaluinya. Jika mereka taubat dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, maka bebaskanlah jalan mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

11:23 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.

 

11:114 Dirikanlah sembahyang diwaktu dua tepi siang (pagi dan petang) dan sebahagian dari pada malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan. Demikian itu peringatan bagi orang orang yang mau ingat.

 

13:19 Adakah orang yang mengetahui, bahawa Quran yang diturunkan kepada Engkau dari Tuhanmu, adalah suatu kebenaran, serupa dengan orang yang buta (tiada mengetahui)? Hanya orang orang yang berakal, menerima pengajaran.

 

13:20 (Iaitu) orang orang yang menepati janji Allah dan mereka tiada memungkiri janji.

 

13:21 Dan orang orang yang memperhubungkan apa yang diperintahkan Allah, supaya diperhubungkan (iaitu silaturrahim), lagi mereka takut kepada Tuhannya dan takut akan perhitungan yang keras.

 

13:22 Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan bersembunyi dan  berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan kebajikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),

 

13:23  (Iaitu) syurga Aden, mereka masuk ke dalamnya bersama orang orang yang salih di antara bapak2nya, isteri isterinya dan anak anaknya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari tiap tiap pintu.

 

13:24 (Lalu mengucapkan):  Salamun ‘alaikum (keselamatan atas kamu) , kerana kamu telah sabar, maka sebaik baiknyalah akibat di kampung itu (syurga).

 

14:31 Katakanlah kepada hamba2Ku yang beriman, supaya mereka mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan bersembunyi dan berterang terang, sebelum tiba hari yang tidak ada berjual beli dan tidak pula berteman pada hari itu.

 

14:37 Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan anak anakku di lembah yang tiada bertanam tanaman (Makkah) di sisi rumah Engkau (Kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang. Sebab itu hendaklah Engkau jadikan hati manusia rindu kepada mereka dan beri rezekilah mereka dengan buah buahan, mudah mudahan mereka berterimakasih.

 

14:40 Ya Tuhanku! Jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak anakku. Ya Tuhan kami! Dan perkenankanlah doaku!

 

14:41 Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan dua orang ibu bapaku dan orang orang yang beriman pada hari menetapkan perhitungan (waktu berhisab).

 

17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.

 

20:130 Sebab itu, sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu malam, hendaklah engkau tasbih pula dan lagi di waktu tepi siang (pagi & petang), mudah mudahan engkau suka (menerima pahala).

 

20:131 Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia, supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih baik dan lebih kekal.

 

20:132 Suruhlah keluarga engkau (mendirikan) sembahyang dan sabarkanlah hatinya untuk mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (Syurga) adalah untuk orang yang taqwa.

 

22:31 Serta cenderung kepada Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka seolah olah ia telah jatuh (tersungkur) dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

 

22:34 Untuk tiap tiap umat Kami adakan tempat beribadat, supaya mereka menyebut nama Allah, atas (rezeki) yang diberikanNya kepada mereka, iaitu (daging) binatang ternak. Maka Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, maka patuhlah kamu kepadaNya dan berilah khabar gembira orang orang yang ta’at.

 

22:35 (Iaitu) orang orang, apabila disebut nama Allah, gemetar hatinya ketakutan dan orang orang yang sabar atas cobaan yang menimpanya dan orang orang yang mendirikan sembahyang dan orang orang yang menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

22:36 (Mengorbankan ) unta Kami jadikan untukmu sebagian syiar syiar (agama) Allah, untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya, (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah (mati), makanlah sebagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serahkan) hewan itu kepadamu, mudah mudahan kamu berterima kasih.

 

22:37 Daging dan darahnya tiada sampai kepada Allah, tetapi taqwa daripadamulah yang sampai kepadaNya. Demikianlah Dia (Allah)  menyerahkan hewan untukmu, supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang telah ditunjukkanNya kepadamu. Dan berilah kabar gembira orang orang yang berbuat kebaikan.

 

22:78 Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan sebaik baik penolong.

 

24:56 Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan ikutlah rasul, mudah mudahan kamu mendapat rahmat.

 

25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

 

27:3 (Iaitu) orang orang yang mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka yakin akan adanya akhirat.

 

29:45 Bacakanlah (Ya Muhammad) apa apa yang diwahyukan kepada mu di antara kitab, dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu melarang memperbuat yang keji dan yang mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah terlebih besar (faedahnya). Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu usahakan.

 

30:31 Hendaklah kamu kembali (taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang orang yang musyrik (mempersekutukan Allah),

 

31:17 Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf (yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita citakan.

 

32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya di antara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

35:18 Orang yang berdosa tiada akan memikul dosa orang lain. Jika orang yang berat (oleh dosanya) menyeru, supaya diringankan pikulannya, niscaya tiadalah orang yang mau memikulnya sedikit pun, meskipun karibnya sendiri. Hanya yang engkau beri peringatan ialah orang orang yang takut kepada Tuhannya tentang perkara yang ghaib. (kampong akhirat) dan mendirikan sembahyang. Barang siapa membersihkan (hatinya dari kekafiran) maka sesungguhnya ia membersihkan untuk (kemuslihatan) dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.

 

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Quran), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang terang, adalah mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan merugi.

 

35:30 Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dengan kurniaNya. Sungguh Allah pengampun lagi berterima kasih. (Memberi nikmat dan pahala).

 

39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya (sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah: Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.

 

39:22 Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

 

42:38 Dan (untuk) orang orang yang memperkenankan (seruan) kepada Tuhannya, dan mendirikan sembahyang, sedang urusan mereka bermusyawarat sesama mereka, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

 

50:40 Pada malam hari hendaklah engkau tasbih dan sesudah sembahyang.

 

51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.

 

51:17 Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari.

 

51:18 Dan di waktu sahur (dini hari) mereka itu meminta ampun (kepada Tuhan).

 

51:19 Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang (tak) mau meminta.

 

58:13 Takutkah kamu (akan menjadi miskin), kerana mendahulukan sedekah, sebelum berbisik itu? Ketika kamu tidak memperbuat (sedekah) dan Allah menerima taubatmu, maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan ikutlah Allah dan RasulNya. Allah Mahaamat mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

70:1 Orang yang menuntut telah menuntut siksa yang akan kejadian,

 

70.2 Untuk orang orang kafir, yang tak dapat orang menolakkannya.

 

70.3 Daripada Allah, yang mempunyai tangga tangga tempat naik.

 

70.4 Malaikat malaikat dan roh naik kepadaNya dalam sehari, yang lamanya lima puluh ribu tahun.

 

70.5 Maka sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.

 

70.6 Sesungguhnya mereka memikirkan bahawa siksa itu amat jauh.

 

70.7 Dan kita memikirkan amat dekat.

 

70:8 (Iaitu) pada hari langit itu (hancur) sebagai kotoran minyak.

 

70:9 Dan gunung gunung (pecah) sebagai bulu yang (berterbangan),

 

70:10 (Ketika itu) karib tiada bertanya kepada karibnya,

 

70.11 Pada hal mereka itu berpandang pandangan. Orang berdosa bercita cita, kalau dapat menembusi dirinya dengan anak anaknya daripada siksa hari itu.

 

70:12 Dan dengan isterinya dan saudaranya,

 

70:13 Dan keluarganya, yang memberikan tempat diam kepadanya,

 

70:14 Dan orang yang di muka bumi semuanya, kemudian melepaskannya.

 

70:15 Sekali kali tidak (demikian itu). Sesungguhnya ia api neraka.

 

70:16 Yang membongkar kulit kepala.

 

70:17 Yang menyeru (menarik) orang yang membelakang dan berpaling (dari agama),

 

70:18 Dan menghimpunkan (harta), lalu menyimpannya (tidak membayarkan zakatnya).

 

70:19 Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah,

 

70:20 Apabila ia ditimpa kejahatan, ia keluh kesah.

 

70:21 Dan apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan (bersedekah).

 

70:22 Kecuali orang orang yang sembahyang,

 

70:23 Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.

 

70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.

 

70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,

 

70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,

 

70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,

 

70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.

 

70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).

 

70:32 Dan orang orang yang memelihara amanah dan janji mereka,

 

70:33 Dan orang orang yang melakukan kesaksian (dengan sebetulnya),

 

70:34 Dan orang orang yang memelihara sembahyangnya.

 

70:35 Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.

 

73:20 Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahwa engkau sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya, bersama sama dengan segolongan orang orang yang bersama engkau. Allah menentukan kadar (waktu) malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tiada dapat mengghinggakannya (menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima tobat mu, sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antara Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang orang yang sakit dan yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antaranya (Quran) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik (berderma). Apa apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh di sisi Allah kebaikan pula dan pahala terbesar. Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

87:15 Dan menyebut nama Tuhannya serta bersembahyang.

 

107:1 Adakah engkau ketahui orang, yang mendustakan pembalasan (agama)?

 

107:2 Maka demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim,

 

107:3 Dan tiada menyuruh memberi makan orang miskin.

 

107:4 Maka celakalah (azablah) bagi orang orang yang sembahyang,

 

107:5 Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya,

 

107:6 Lagi mereka itu riya,

 

107:7 Dan enggan memberikan zakat (barang barang rumah).

 

 

Asal usul perkataan sembahyang

https://fb.watch/7aNKEv6qTn/

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.