Total Pageviews

Sunday, 12 November 2017

Tinggalkan maksiat



Tinggalkan maksiat


MACAMANA NAK TINGGALKAN DOSA YANG KITA KETAGIH?
Ada orang tanya:
“Soalan aku ni mungkin bermain kat fikiran ramai orang. Let say la, kita buat dosa yang ketagih. Contohnya, video lucah, onani, atau ketagih drama, obsess artis, atau couple, couple ketagih kot, sikit-sikit nak mesej dia. Huhu. So, macamana nak tinggalkan dosa yang kita ketagih ni eh? Susah beb…. Kadang-kadang dah taubat, tapi still buat balik…”
Hmm….
Macam ni la, sebenarnya, dosa ni, ada yang ketagih, dan ada yang tak ketagih. Dan, dosa yang ketagih ni, serius susah nak tinggalkan. Kita kena usaha dengan satu usaha yang luar biasa!
Aku pun takdela sempurna sangat. Aku pun tengah bergelut dengan dosa dan aib aku. Aku sendiri pun tengah struggle nak tinggalkan maksiat dan jahiliah yang masih bersarang dalam hati aku. Huhu… Kau doakan aku tau!
Apapun, aku nak kongsi sikitla beberapa tips, macamana nak tinggalkan dosa yang kita ketagih ni.
Aku nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan sebagai:
”Teori memanipulasikan syaitan”.
Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!
Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang menguntungkan dia, dan merugikan kita. Dan, syaitan akan elakkan kita buat benda yang kita untung dan dia rugi
Bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatan ni supaya boleh faham:
1) Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku tengok drama yang ada aurat, pergaulan bebas dan lain-lain, rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video lucah, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”
2) Macamana teori ni berfungsi?
Kita tengok eh.
Contohnya, kau buat dosa onani.
Kalau kau onani, jangan jadi macam orang munafik yang anggap dosa tu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap, dosa onani tu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!
Maka korang kena bertaubat dan menangis!
Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar seperti yang aku cakap tadi. Dah onani, denda diri baca quran satu juzuk ke, sedekah RM50 ke, puasa 3 hari ke, solat tahajud 1 jam ke. Apa-apalah.
So, meh aku tunjuk teori ni dalam bentuk matematik sikit.
Macam aku cakap tadi, syaitan akan suruh kita buat benda yang menguntungkan dia, dan merugikan kita. Dan, syaitan akan elakkan kita buat benda yang kita untung dan dia rugi.
Onani = Dosa = Syaitan untung = Kita rugi.
Tapi bila kau denda diri kau dengan amalan dan pahala yang besar, dia akan jadi macam ni.
Onani = Dosa = Syaitan untung = Kita rugi.
Denda dengan:
Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =
Maka perkara ini akan merugikan syaitan (<) dan mengutungkan korang (>), sebab:
Bila taubat korang diterima = maka dosa akan terampun.
Bila korang menangis = api neraka akan padam.
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar = Darjat akan naik, pahala akan dapat banyak.
Dan, apa akan jadi?
3) Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok ke, onani ke, tengok video lucah ke, drama bagai ke, apa-apalah dosa yang ketagih ni, syaitan tahu yang kita akan hukum diri kita taubat, menangis dan buat amalan yang pahala dia sangat besar.
Sebab, bila syaitan goda kita buat dosa, dia tahu kita dapat dosa.
Tapi, once kita taubat, menangis dan hukum diri dengan amalan, dosa kita tu akan terampun dan pahala akan banyak!
So, syaitan akan ragu-ragu nak goda kita!! Sebab syaitan tak nak kita untung!
Akhirnya, syaitan sendiri yang akan goda kita untuk tinggalkan maksiat!
Itulah namanya teori memanipulasikan syaitan. Hehe.
4) Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:
Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal takbir pertama dan akan beriktikaf selama 3 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal takbir pertama.
Dalam riwayat yang lain, Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal solat berjemaah dan akan beriktikaf selama 7 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal Solat Berjemaah.
Hazrat Abu Talhah telah mewakafkan kebun kerana tidak kyusuk dalam solat.
Saidina Umat RA menebus SAF pertama yang tertingal di belakang Nabi dengan pendapatan seharian.
Hazrat Abdul Rahman sedekah semua keuntungan dalam satu perniagaan kerana tertinggal Takbir pertama.
Dan lain-lain..
4) Aku nak kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!
Aku pernah dengar seorang ustaz menceritakan tentang kisah Abdullah b Ummu Maktum.
Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia tanya nabi, kalau buta, perlu ke dia pergi masjid ketika azan untuk solat berjemaah? Nabi kata, kena pergi masjid jugak.
So, ada kisah, dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dua kali benda ni terjadi. Dia nak pergi masjid tapi terjatuh. Dan, kali ketiga dia nak pergi masjid, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!
Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:
“Aku IBLIS!”
Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:
“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”
Iblis jawab:
“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!”
Tamat kisah.
Hehe.
Nampak tak? Iblis yang bawak dia pergi masjid.
Inilah namanya teori memanipulasikan setan.
Aku ada beberapa kawan.
Ada sorang ni, dia ketagih video lucah. Apa dia buat? Dia kata kat aku, setiap kali dia tengok video lucah dan onani, dia akan sedekah RM50. Kau tahu tak, dia kata dia dah sedekah lebih RM10,000! Dan, akhirnya dia berjaya tinggalkan video lucah. Nampak tak usaha dia?
Ada sorang lagi, dia kata, setiap kali dia buat satu dosa, dia akan denda diri dia dengan baca 50 muka surat buku agama. Sekarang, dia dah baca ribuan muka surat buku agama! Akhirnya dia jadi seorang ustaz yang cukup hebat!
Ada yang tengok drama korea 1 jam. Dia denda diri dia, baca quran 1 jam! Lama kelamaan, dia berjaya tinggalkan drama bagai tu.
So, tu la tips yang aku nak kongsi kat kau.
Moga bermanfaat!!
*Kredit: Hamka (Kereta Mayat) . Tips ini kami banyak ambil dari Hamka Kereta Mayat. Moga Allah kurniakan syurga buat beliau!
* Jom dapatkan buku baru Ustaz Adnin, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA di kedai buku MPH, Popular, dan SMO. Atau beli secara ONLINE, Whats app 0196803782https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f7f/1/16/1f60a.png😊



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.