Qarun
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.
28:76
Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Musa (bangsa Israil),
kemudian ia aniaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta benda
yang banyak, sehingga anak anak kunci gudang2nya amat berat dipikul oleh orang
banyak yang kuat kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau
terlalu bersuka ria, kerana Allah tidak mengasihi orang2 yang sangat bersuka
ria itu.
28:77
Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada
engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan
berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada
engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu.
28:78
Qarun berkata: Aku memperoleh harta benda itu, adalah dengan ilmu pengetahuanku
sendiri. Tiadakah ia tahu, bahawa Allah telah membinasakan di antara umat umat
yang sebelumnya orang2 yang sangat kuat daripadanya dan lebih banyak
mengumpulkan (harta). Tiada (perlu) diperiksa orang2 yang berdosa tentang dosa2
yang diperbuatnya, (kerana telah maklum oleh Allah).
28:79
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasannya. Berkata
orang2 yang mengkehendaki hidup di dunia: Hai kiranya, untuk kami seumpama
(kekayaan) yang didapati Qarun itu, sungguh dia mempunyai untung yang besar.
28:80
Berkata orang2 yang berilmu pengetahuan: Celakalah kamu, pahala Allah terlebih
baik untuk orang yang beriman dan beramal salih, tetapi tiadalah yang
memperolehnya, melainkan orang2 yang sabar.
28:81
Kemudian Kami benamkan Qarun itu, beserta rumah tangganya ke dalam bumi. Maka
tak adalah satu kaum yang menolongnya, selain daripada Allah, sedang dia tidak
mendapat pertolongan.
28:82
orang2 yang bercita cita kelmarin, supaya setempat dengan Qarun berkata: Ajaib
seolah olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara
hamba hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau tiadalah Allah memberi kurnia
kepada kami, niscaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib kerana sesungguhnya
tiada menang orang2 kafir itu.
29:39
Dan (telah Kami binasakan pula) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah
datang Musa kepada mereka, dengan (membawa) keterangan keterangan, lalu mereka
menyombongkan diri di muka bumi, sedang mereka tidak akan terdahulu (terlepas
dari siksa Kami).
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.