nabi-allah-selain
25 yang wajib diketahui
Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah
Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak
Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada
Musa dengan langsung
An-Nisa ayat 164
Dianggarkan bahawa nabi dan rasul masing-masing
berjumlah 124,000 dan 312 orang. Namun, yang wajib diimani oleh umat Islam
hanya seramai 25 orang sahaja. Ia dimulai dengan Nabi Adam as dan diakhiri
dengan junjungan besar kita, Rasulullah saw.
Dari Abu Zar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika
ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua
puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?”
Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas(312)”
Hadith riwayat At-Tarmizi.
Peranan Nabi dan Rasul adalah untuk memberi peringatan
kepada manusia untuk sentiasa berada di jalan yang lurus dan memandu mereka ke
jalan tauhid. Kepada mereka terdapat empat orang Rasul diberikan kitab sebagai
panduan dan manual. Mereka adalah:
- Nabi Daud
dianugerah kitab Zabur
- Nabi Musa
dianugerah kitab Taurat
- Nabi Isa
dianugerah kitab Injil
- Nabi
Muhammad saw dianugerah kitab Al-Quran
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Rasul dan Nabi yang
tidak diceritakan oleh Allah swt dalam al-Quran. Allah swt hanya
menceritakan seramai 25 orang Rasul secara menyebut nama mereka dengan jelas
dan mereka itu wajib diimani serta dihayati kisah hidup mereka.
Miskipun demikian, terdapat beberapa Rasul yang Allah
sebutkan dalam al-Quran tanpa menyebut nama mereka dengan jelas. Ada
sesetengah ayat dalam al-Quran langsung tidak menyebut Rasul tersebut. Namun,
para ulama dapat mengetahui siapakah gerangannya berdasarkan asbabul nuzul(sebab
ayat diturunkan) ayat-ayat tersebut. Jadi, pada kali ini, penulis akan nukilkan
beberapa Rasul yang penulis maksudkan tersebut:
Nabi Samwil as
Baginda adalah nabi yang diutuskan kepada bani Israel
pada zaman Thalut menjadi raja Bani Israel. Baginda adalah seorang pemimpin
yang soleh dan taat kepada perintah Allah Taala.
Di dalam al-Quran, baginda telah disebutkan dalam surah
al-Baqarah ayat 246-248,
246. Apakah kamu tidak memperhatikan pemimpin-pemimpin
Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang
Nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami
berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah.” Nabi mereka menjawab:
“Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan
berperang.” Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah,
padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala
perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja
di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka:
“Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab:
“Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan
pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup
banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan
menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan
pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
248. Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka:
“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di
dalamnya terdapat ketenangandari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga
Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang
demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
Ulama seperti Ibnu Kathir dan Ibnu Ishak bersependapat
bahawa ayat ‘nabi mereka’ merujuk kepada Nabi Samwil as. Peristiwa ini
berlaku ketika Bani Israel bertekak sesama mereka untuk melantik seorang
pemimpin dan raja.
Allah swt telah memberikan kelebihan ilmu dan kepimpinan
kepada Nabi Samwil as sehingga baginda dipandang tinggi oleh masyarakat pada
zamannya. Kaum Nabi Samwil as sentiasa merujuk kepadanya dalam apa jua masalah
termasuk masalah politik.
Dalam masalah ini, mereka telah merujuk terus kepada Nabi
Samwil as. Diriwayatkan bahawa Nabi Samwil as telah diilhamkan Allah swt untuk
melantik seorang individu miskin bernama Talut bagi memimpin mereka menentang
musuh-musuh Bani Israel.
Berkat kesolehan dan doa Nabi Samwil as, Talut yang
dulunya seorang petani telah berjaya membawa Bani Israel ke dimensi baru
sehingga datang Nabi Daud as kemudian hari.
Nabi Uzair as
Nabi Uzair as adalah Rasul yang diutuskan Allah kepada kaum Bani Israel
kira-kira 400 tahun sebelum masihi. Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa Nabi
Uzair lahir di antara tempoh kenabian Nabi Sulaiman as dan Nabi Zakaria as,
bapa kepada Nabi Yahya as. Manakala Sayyid Abdul Ala Maududi pula secara
terperinci meriwayatkan baginda hidup pada 450 sebelum masihi.
Nabi Uzair as adalah seorang lelaki yang amat soleh dan hafiz kitab Taurat. Baginda dikatakan
memahami setiap isi kandungan Taurat. Beliau menjadi rujukan setiap masyarakat
Yahudi pada zamannya.
Daripada Uzair ini, Allah swt telah menunjukkan
kebesarannya dengan membangkitkannya daripada mati dan kembali kepada
masyarakat untuk menyelamatkan isi Taurat.
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui
suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata:
“Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah
mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah
bertanya: “Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya(Uzair
as) tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman: “Sebenarnya
kamu (Uzair as) telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada
makanan dan minumanmu yang belum lagi beubah; dan lihatlah kepada keledai kamu
(yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu (Uzair as)
tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai
itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan
daging.” Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang
telah mati) diapun berkata: “Saya (Uzair as) yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu.”
Al-Baqarah ayat 259
Namun, kejahilan Bani Israel pada masa itu menyebabkan
mereka syirik kepada Allah swt sepertimana yang diceritakan oleh Allah swt
dalam surah At-Taubah ayat 30,
Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera
Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.”
Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan
orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka
sampai berpaling?
At-Taubah ayat 30
Di dalam ayat 259 dalam surah al-Baqarah, nama Uzair
tidak muncul tetapi diganti dengan pengganti nama iaitu saya atau aku. Namun,
para ulama bersependapat bahawa ia sememangnya merujuk kepada Nabi Uzair as
atau Nabi Ezra as. Uzair adalah panggilan Ezra dalam bahasa Arab. Ezra pula adalah
sebutan nama baginda dalam bahasa Ibrani.
Kubur Uzair as
di pinggir sungai.
Nabi Samson as
Nabi Samson as tidak diceritakan langsung dalam al-Quran
namun nama baginda pernah diriwayatkan di dalam kitab Qisasul Anbiya’(kisah
para Nabi). Dalam kitab lama tersebut menceritakan bagaimana Rasulullah saw
tiba-tiba tersenyum sehingga mengundang rasa pelik para sahabat. Lalu seorang
sahabat bertanya Rasulullah saw,
“Mengapa anda tersenyum wahai nabi Allah?”
Rasulullah saw segera menjawab,
Aku diperlihatkan pada hari kiamat di Padang Masyhar,
seorang nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut walau seorang
pun, kemudian masuk ke dalam syurga. Baginda adalah Samson.
Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam
Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah saw berkumpul pada bulan suci
Ramadan. Di dalam usrah itu Rasulullah saw bercerita mengenai nabi Allah saw
bernama Samson as. Rasulullah saw menggelarnya Sam’un Ghazi.
Samson as dianugerahi Allah swt dengan kekuatan luar
biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan
berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.
Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang
engkar dengan perintah Allah swt. Pada masa itu, Raja Israel sendiri adalah
seorang yang engkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat
bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut
sehingga menyebabkan beginda tidak henti-henti untuk memberi hidayah kepadanya
walau dengan apa cara sekalipun.
Sifat istiqamah Samson as mengundang padah padanya
apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya.
Samson as pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang
boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya
Samson as ditangkap.
Samson as telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia
tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Samson as
berdoa kepada Allah swt agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya
dahulu. Allah swt memakbulkan doa baginda.
Samson as telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya
semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri
beliau sendiri.
Selepas kejadian itu, Samson as kemudian bersumpah untuk
beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan
inilah, maka datang wahyu berkenaan malam lailatul qadar yang
keberkatannya lebih baik daripada 1000 bulan.
Kubur Samson as
Bersambung..
Artikel ini berkenaan dengan para nabi Allah swt yang
tidak disebutkan dengan jelas dalam al-Quran namun ada sesetengah mereka
diceritakan oleh Rasulullah saw dalam hadis dan sabdanya seperti Kisah Samson
as. Nabi dan Rasul diutuskan Allah swt kepada setiap tamadun. Tidak terkecuali
tamadun Yunani, Parsi, Mesir, China, Mesopotamia mahupun Indus. Namun, kisah
mereka mungkin terhapus atau tidak direkodkan sepertimana kisah mereka direkodkan
secara terperinci dalam al-Quran, Taurat mahupun Injil. Kepada umat Islam,
tidak salah untuk kita mencari dan mengkaji dengan lebih lanjut para nabi yang
tidak disebutkan dalam al-Quran namun berhati-hati kerana bimbang terpalit
racun Israilliyyat.!
kisah
para nabi yang tidak dicerita dalam al-Quran, Nabi Samson as,
Nabi Samuel as,
Nabi Samwil as,
Nabi Uzair as


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.