BISKUT PENYEBAB KANSER
![]()
1. Baru baru ini,
viral di media sosial heboh dengan laporan Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong
Kong Consumer Coucil) yang didakwa mengesan bahan penyebab kanser dalam 60
sampel biskut dan keropok yang dijual di Malaysia.
2. Dalam laporan
tersebut, dikatakan biskut-biskut ini mengandungi kadar Acrylamide dan Glycidol
yang boleh menyumbang kepada punca kanser.
Acrylamides tu apa? ![]()
3. Acrylamides ialah
bahan yang terbentuk melalui tindak balas kimia semula jadi antara gula dan
asparagin, asid amino, dalam makanan berasaskan tumbuhan - termasuk makanan
berasaskan kentang dan bijirin (Rujuk Gambar 1).
4. Acrylamides
terbentuk semasa memasak pada suhu tinggi, seperti menggoreng, memanggang dan
membakar
5. Acrylamides juga
merupakan bahan kimia yang digunakan dalam industri seperti kertas dan pulpa,
pembinaan, tempat peleburan kaca dan logam, penggerudian minyak, tekstil,
kosmetik, pemprosesan makanan, plastik, perlombongan dan industri pertanian. Ia
digunakan dalam membuat kertas, pewarna, dan plastik, dan dalam merawat air
minuman dan air sisa
Adakah Acrylamides
Boleh Menyebabkan Kanser? ![]()
1. Dalam kajian
makmal, Acrylamides mampu menyebabkan kanser kepada tikus makmal , tetapi pada
tahap lebih tinggi daripada yang dilihat dalam makanan. FDA kini menjalankan
penyelidikan untuk menentukan sama ada paras Acrylamides yang lebih rendah
dalam makanan boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada orang ramai atau tidak.
Sejak penemuan
Acrylamides dalam makanan pada tahun 2002, Persatuan Kanser Amerika,
Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), dan organisasi lain telah
mengiktiraf keperluan untuk kajian lanjut mengenai topik ini.
Namun, setakat ini,
ulasan kajian yang dilakukan dalam kumpulan (kajian epidemiologi) mencadangkan
bahawa tiada perkaitan diantara Acrylamides dalam makanan dengan mana mana
kanser yang khusus di kalangan manusia.
Menurut Dr Noor Hisham
juga dalam kenyataan media terkini, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015 bagi produk biskut
di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide
adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark
level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350
µg/kg.
BKKM turut menjalankan
penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia
menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui
pengambilan biskut adalah rendah
.
Dengan membandingkan
proses menggoreng, memanggang dan membakar kentang, menggoreng menyebabkan
pembentukan acrylamide dengan kadar tertinggi.
Memanggang kepingan
kentang menyebabkan kurang pembentukan acrylamide, diikuti dengan membakar
keseluruhan kentang. Merebus kentang dan memasak kentang bersama kulit
menggunakan microwave untuk membuat kentang bakar tidak menghasilkan
acrylamide.[Berdasarkan kajian FDA.]
•••••••••••••
Apakah cara untuk mengurangkan Acrylamide
dalam makanan? sila ikuti tips yang dikongsikan oleh KKM (Rujuk Gambar 2):.
Masak makanan berkanji sehingga berwarna emas kekuningan
Rendam kentang di dalam air selama 15-30 minit atau celur di
dalam air mendidih.
Tidak menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk.
Ikuti cara penyediaan makanan daripada pengilang agar suhu tidak
terlalu tinggi.
Selamat membaca buat
semua...semoga bermanfaat ![]()
RUJUKAN:
https://www.fda.gov/.../chemical.../acrylamide....
https://harianpost.my/acrylamide-biskut-kanser/
https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/acrylamide.html
Ikhlas,
Dr Aida Firdaus MN
Azmi
Pensyarah Kanan
Sains dan Teknologi
Makanan
Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi
MARA, Shah Alam

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.