Adib
sudah tiada
ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang
parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya
akhir bulan lalu disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Zuraida Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Institut
Jantung Negara (IJN) sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang
Tuah, Kuala Lumpur pagi esok, untuk penghormatan terakhir.
“Selepas itu, jenazah Allahyarham akan dibawa
menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah.
“Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas
solat Zuhur,” katanya pada sidang media di IJN, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, keluarga
anggota bomba itu berada di sisi Adib ketika arwah menghembuskan nafas
terakhirnya.
“Keluarga Adib dimaklumkan mengenai keadaan
Adib sejak pagi tadi.
“Keluarga arwah
termasuk ibu bapa dan adiknya berada di sisi Adib dari pagi tadi hingga malam
ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin,
17 Disember 2018 @ 10:00 PM
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.